Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Karnival Keluarga Malaysia - Bera 2005


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Karnival Keluarga Malaysia - Bera 2005



KARNIVAL KELUARGA MALAYSIA Bera 2005 


Untuk makluman semua, satu program besar-besaran iaitu Karnival Keluarga Malaysia akan diadakan di Bera pada 11 hingga 14 Disember 2005 yang akan dianjurkan oleh Sekretariat Islam Hadhari - PEKIDA Malaysia, Pekida Daerah Bera dan JEMMA Malaysia dengan kerjasama sepenuhnya dari Kem. Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, kerajaan Negeri Pahang dan Parlimen Bera. Karnival tersebut akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd. Razak.


Antara aturcara program ialah Expo, Konvensyen, Sukaneka, Forum Perdana, Pertandingan Memancing dan Persembahan Kebudayaan. Program Karnival selama tiga haru bermula 11 Disember hingga 13 Disember 2005. Pada 11 Disember 2005 program didahului dengan Pertandingan Memancing di Kuala Rompin yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Jamaluddin Jarjis, Menteri Sains Dan Inovasi. Selain pertandingan memancing, pelbagai acara diadakan untuk  seperti persembahan kebudayaan, pertandingan melukis, pertandingan karaoke dan sukaneka. Pada 12 Disember 2005 pula, expo atau pameran dibuka untuk orang ramai. Antara acara dan aktiviti di expo/pameran itu ialah sukan rakyat, persembahan kebudayaan, seni bela diri serta program-program tentetif seperti pertandingan karaoke, pertandingan ketawa paling lucu dan pakaian beragam.


Program  adalah pada 13 Disember 2005 di mana konvensyen bermula yang akan dimulai oleh ucapan EMC iaitu Dr. Masjuki. Ceramah dari Jakim serta perbentangan kertas kerja juga akan di adakan. Acara kemuncak ialah perasmian KArnival Keluarga Malaysia Bera 2005 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd. Razak dengan pelbagai acara dan program menarik selepas itu.


Pada 14 Disember 2005 pula di mana hari terakhir, expo/pameran akan dibuka dengan pelbagai aktiviti di tapak expo seperti demo oleh ATM, Bomba, JPA, AADK, PDRM dan banyak lagi. Pertandingan melukis kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan pertandingan karaoke akan diadakan. Pada sebelah malam pula, akan diadakan program Forum Perdana  RTM pada jam 9 malam.


Team RND Pekida Pusat merupakan antara penggerak tenaga penting dalam program Karnival Keluarga Malaysia Bera 2005 ini. Semua adik-adik RND Pekida Pusat diminta menghubungi abang long Dr. Masjuki untuk agihan tugas dan taklimat kerja secepat mungkin.


 





__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

Akum


Tumpang tanya abang Zack. Ni macam kat Lakum ker?



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Waalaikumsalam...


Ya. Memang lebih kurang seperti Lakum.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

terimakasih tolon beri berita ni... projek besar lagi niii...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

assalamualaikum
sayaboleh turut serta ke

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

boleh saja nana oiii... open for all...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

a'kum...wa, ni berita baik nie...tu dah dekat ngan tmloh...leh ar jumpa abg2 kt sner nanti...abg zack cmner nak turut serta utk mnyumbangkan tnaga...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Kemungkinan kita boleh terus jumpa di sana kerana Team RND akan bertugas sebagai penyambut tetamu VVIP. Manakala abang Long Dr. Mas akan bertindak sebagai EMC. Rasanya satu buah bas telah disediakan bagi Team RND Pekida Pusat. Apa2 hubungi saya atau kanda Mas. Pakaian program jika tak silap suit koporat blazer hitam, kemeja putih, seluar hitam, tie seragam, kasut hitam dan songkok jalur serta suit baju melayu lengkap.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Assalammu'alaikum semua,


Khabarnya Karnival Bera ditangguh ke bulan Januari tahun hadapan, ini kerna Sekretariat kesuntukkan masa utk membuat persiapan.


Sumber dari salah seorang sekretariat tersebut (Abu Nawas).


Sambil tu Ayh. nak ucapkan selamat HariRaya kepada semua warga forum dan terutamanya semua warga R&D yang telah banyak menaikkan imej PEKIDA ke Nusantara, SYABAS R&D's.


Maaf kerna lama x bersama, tapi U all have my Blessing.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Waalaikumsalam wbt ayah.....


Terima kasih atas ucapan selamat hari raya dan tahniah ayah. Restu ayah akan sentiasa kami pegang.


Benar seperti kata ayah. Semalam selepas saya bertemu Datuk Fuad, abang Glemey ada maklumkan pada saya yang majlis tersebut terpaksa ditangguhkan kerana sekarang musim tengkujuh dan laluan ke lokasi tersebut dilanda banjir. Namun saya akan dapatkan kepastian daripada abang Long Dr. Masjuki dahulu.


ps: Lama tak berjumpa ayah Paq. Rindu rasanya. Kali terakhir sempat berjumpa di Melaka, Majlis Datuk ALi Rustam.



__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

AbgPaqSB wrote:


Assalammu'alaikum semua, Khabarnya Karnival Bera ditangguh ke bulan Januari tahun hadapan, ini kerna Sekretariat kesuntukkan masa utk membuat persiapan. Sumber dari salah seorang sekretariat tersebut (Abu Nawas). Sambil tu Ayh. nak ucapkan selamat HariRaya kepada semua warga forum dan terutamanya semua warga R&D yang telah banyak menaikkan imej PEKIDA ke Nusantara, SYABAS R&D's. Maaf kerna lama x bersama, tapi U all have my Blessing.


Sejahtera Buat Ayah Paq. Seluruh warga r&d menyambut pengiktirafan dan pengharapan dengan dada yang terbuka. Sokongan dan dorongan ayahanda menjadi nadi perjuangan dan usaha kami.


Selamat tahun baru.


p/s : maaf kerana lama tak menyelongkar forum, terlalu sibuk dengan program harian.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:

Amacam program ni ..? bila jadi nak diteruskan?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

kita tunggu sajer berita dari rnd pekida pusat///


bukan senang untuk melaksanakanya...


banyak kerja yang nak di uruskan///



__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Harus di ingat... Program ini bukan di anjurkan oleh r&d. R&d hanya di minta membantu perlaksanaan program mengikut kepakaran dan disiplin yang ada pada jemaah r&d.


Harap maklum;



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

suluh30 wrote:


Harus di ingat... Program ini bukan di anjurkan oleh r&d. R&d hanya di minta membantu perlaksanaan program mengikut kepakaran dan disiplin yang ada pada jemaah r&d. Harap maklum;


Betul tu... ia di anjurkan oleh Pekida wilayah bersama Jemma yang membentuk satu sekretariat khas.


 


p/s: bagus gak bro suluh betulkan tanggapan umum ni... kalau tak tak pasal pasal r&d yg dapat nama...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard