Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 3 elemen sahkan Azhari -- Berdasarkan cap jari, kepala menyamai rupanya dan susuk tubuh


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
3 elemen sahkan Azhari -- Berdasarkan cap jari, kepala menyamai rupanya dan susuk tubuh


Assalamualaikum ...


Sekadar untuk makluman kita ...


3 elemen sahkan Azhari -- Berdasarkan cap jari, kepala menyamai rupanya dan susuk tubuh










Sekumpulan anggota polis mengumpulkan bukti untuk siasatan di rumah yang musnah selepas Azhari dipercayai meletupkan dirinya dalam kejadian berbalas tembak dengan pihak berkuasa Indonesia. - AP/AFP.



BATU (Malang), Indonesia 10 Nov. - Polis Indonesia mengesahkan Dr. Azhari Husin, pakar bom rakyat Malaysia, terbunuh berdasarkan: Cap jari, kepala yang menyamai rupanya dan susuk tubuhnya.


Sehingga berita ini ditulis keputusan ujian DNA belum diperoleh.


Selain pihak polis, jurucakap Presiden Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta turut mengesahkannya.


Bagaimanapun, belum pasti apakah rakan Azhari, Noordin Mat Top - juga rakyat Malaysia - yang merupakan perancang utama pengeboman J.W Marriot, Jakarta turut terbunuh bersama-samanya dalam serangan polis di sini semalam.


Setiausaha Pertama Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Suprintendan Nazir Datuk Noordin yang berada di tempat kejadian di sini berkata, Malaysia telah membekalkan data cap jari Azhari dan setelah dibuat pemeriksaan dengan cap jari mayat itu, ia disahkan padan dengan contoh cap jari tersebut.


Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutanto petang ini juga telah membuat kenyataan bahawa satu daripada mayat itu disahkan Azhari, kata Nazir ketika dihubungi Bernama.


Nazir yang terbang dari Jakarta ke tempat kejadian pagi ini berkata, data cap jari yang digunakan oleh polis Indonesia juga disahkan sama, membabitkan rekod cap jari Azahari yang disimpan oleh Jabatan Imigresen Indonesia ketika bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu masuk ke republik berkenaan pada 1998.


Polis turut memberitahu Azhari yang dikatakan meletupkan dirinya sendiri gagal berbuat demikian.


Azahari dipercayai terbunuh terkena tembakan atau terkena letupan bom yang diletupkan oleh pengikutnya.


``Azahari mengalami kecederaan teruk pada kaki dan badan. Dia tidak dapat mencapai butang (bom) kerana polis terlebih dahulu menembaknya, tetapi rakannya berjaya meletupkan dirinya,'' kata Sutanto.


Katanya, keadaan tersebut menyebabkan agak sukar untuk mengenai pasti punca kematian Azahari.


Nazir berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, polis Indonesia memasuki rumah No. 7, Jalan Flamboyan Raya, Kota Batu, Malang itu pagi ini dan menemui barang peribadi Azhari seperti gambar-gambarnya dan keluarga di rumah itu.


``Keputusan ujian DNA mungkin memakan masa seminggu tetapi bagi kita nampaknya sudah sahlah itu Azhari,'' katanya.


Ditanya mengenai laporan awal media massa tempatan bahawa badan Azhari hancur kerana dipercayai akibat bom bunuh diri, Nazir berkata, tubuh badan yang dilihatnya masih utuh dan sedang menjalani bedah siasat di hospital di Surabaya.


``Tidak hancur, badannya utuh kerana itu kita dapat mengesan cap jarinya dan kemungkinan besar dia mati akibat tiga tembakan di dadanya manakala dua lagi lelaki yang ditemui mati bersamanya dalam rumah itu memang hancur,'' katanya.


Beliau berkata, mayat dan cebisan badan manusia di rumah itu hanya dikeluarkan pagi ini dan polis juga mendapati masih banyak lagi bahan membuat bom dan alat-alat peledak di situ yang yang memperkukuhkan keyakinan bahawa rumah itu memang sarang kumpulan pengganas.


``Selepas selesai bedah siasat, baru kita dapat tahu dengan jelas apa lagi bentuk kecederaan yang dialaminya,'' katanya.


Akhbar dan media massa tempatan hari ini menyiarkan berita kematian Azhari dan dua rakannya itu di muka depan akhbar masing-masing dan menjadi tajuk berita utama televisyen dan radio serta urutan kejadian serangan itu yang bermula pukul 2 petang waktu tempatan sehingga berakhir pukul 5 petang.


Beliau berkata, kehadiran Azhari di rumah di kawasan peranginan tanah tinggi itu dihidu polis Indonesia melalui Pasukan Antipengganasnya sejak seminggu sebelum Hari Raya Puasa ketika dia berada di Semarang dan menjejakinya ketika dia tiba di Malang pada 7 November.


Azhari menjadi penjenayah yang paling dikehendaki polis Indonesia sejak berlakunya letupan bom di Paddys Cafe di Bali pada 12 Oktober 2002 yang mengorbankan 202 pelancong di situ, diikuti kejadian pengeboman Hotel JW Marriot di Jakarta pada 5 Ogos 2003 yang membunuh 14 orang.


Dia juga diburu selepas kejadian letupan bom di depan Kedutaan Besar Australia di Jakarta pada 9 September 2004 yang mengorbankan 12 orang dan kes terakhir membabitkan letupan bom Bali II pada 1 Oktober lalu yang membunuh 23 orang termasuk tiga pengebom berani mati.


Dalam semua kejadian itu, polis Indonesia percaya Azhari yang membuat bom-bom itu merupakan dalang utamanya.


Nazir berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memberi bantuan yang diperlukan oleh polis Indonesia dalam usaha mengenal pasti lelaki itu.


``Selain itu kita akan membantu memulangkan mayatnya ke Malaysia jika keluarganya ingin berbuat demikian atau menguruskan jenazahnya di sini saja,'' katanya.


Sementara itu, maklumat mengenai kedudukan Azahari di Malang itu, dikatakan diperoleh polis daripada seorang lelaki yang ditangkap dalam kejadian di Semarang yang juga dikatakan turut terlibat dalam kejadian bom Bali II, katanya.


pHiz : Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi kalau benar apa yang disahkan oleh polis indonesia bahawa Dr. Azhari terbunuh, Al-Fatihah untuk beliau.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard