jemaah Pekida r&d di jemput khas untuk hadir ke jamuan rumah terbuka hari raya YAB KETUA MENTERI MELAKA PADA MALAM ESUK, 12 Nov 2005, di Ballroom, MITC ayer Keroh Melaka. Kanda Mas telah di hubungi beberapa Kali oleh Pengerusi Melaka, dan YB Dato Presiden untuk tidak menguzurkan diri hadir bersama jemaah r&d agar dapat menambah seri majlis tersebut.
YAB Ketua Menteri akan hadir dalam majlis itu.
Alhamdulillah, satu pengiktirafan yang amat membanggakan. Sila PM nick Pekida atau saya sendiri sekiranya berhajat utk hadir agar di berikan tag khas dan taklimat khusus. Pakaian lengkap baju melayu hitam, songket hitam emas penuh dan songkok jalur.
Rombongan akan bertolak dari Kajang sekitar jam 4 petang, selepas taklimat khas di sampaikan oleh Kanda Mas.
Kronologi Perjalanan Jemaah Ke Melaka dan Perjalanan Majlis
Majlis hari raya dan pelancaran majalah Nur PEKIDA Melaka
3.00 ptg - arahan diterima untuk berkumpul di RND Pusat, Kajang
4.30 ptg - adinda-adinda berkemas dan bersiap untuk bertolak
6.00 ptg - bertolak dari Kajang
7.30 ptg - Tiba di Tol Air Keroh - Berkumpul untuk konvoi bersama RND Pusat,Johor, Terengganu dan Perak - Taklimat ringkas dari Pengarah RND Pusat, Dr.Hj.Masjuki tentang disiplin dan tertib dalam majlis.
7.45 ptg - Konvoi mula bergerak ke MITC
8.00 mlm - Tiba di ballroom MITC - Setup meja untuk jualan cenderemata kepada ahli-ahli PEKIDA - Bilangan ahli RND yang terlibat seramai 36 orang secara keseluruhan dengan kekuatan pusat sebanyak 21 orang dan johor sebanyak 15 orang.
8.15 mlm - Berbaris untuk menyambut ketibaan Dato' Ali Rustam
9.15 mlm - Ketibaan Dato Ali Rustam dan Vip-vip jemputan lain
9.25 mlm - Bacaan Doa
9.30 mlm - Nyanyian Lagu PEKIDA oleh ahli yg hadir.
9.35 mlm - Ucapan pembukaan oleh Tn. Haji Rahim - Isi ucapan: 1.Seorang penyelamat, boleh menyelamatkan yang lain. 2.Niat untuk membawa PEKIDA kearah cahaya atau NUR. 3.Bagaimana menjaga situasi dalaman PEKIDA
9.45 mlm - Hadirin dijemput makan
10.00 mlm - Persembahan tarian
10.10 mlm - Ucapan aluan oleh Dato' Presiden - Isi ucapan: 1.Pembangunan PEKIDA Melaka dalam masa setahun, keahlian berjaya ditingkatkan dari 400 orang kepada 5000 orang 2.PEKIDA tidak perlu melihat kebelakang, sebaliknya terus melangkah ke hadapan. 3.Tugas setiap ahli untuk meningkatkan maruah PEKIDA 4.Perpaduan dalam jemaah PEKIDA 5.Ahli-ahli PEKIDA perlu membuktikan kemampuan PEKIDA dalam pembangunan negara 6.Perubahan drastik dari segi pemikiran mampu ubah sikap dan perlakuan setiap ahli 7.Buletin PEKIDA Pusat akan dilancarkan
10.25 mlm - Ucapan perasmian oleh Dato Ali Rustam - Isi ucapan: 1.Beliau berharap PEKIDA terus menjadi pemangkin pembangunan negara 2.PEKIDA perlu memainkan peranan yang aktif 3.Modal insan yang ada dalam PEKIDA amat penting untuk digunakan sebaik-baiknya 4.Ahli PEKIDA perlu memahami dan melaksanakan 10 prinsip Islam Hadhari 5.Kerja itu adalah satu ibadah dan salah satu cara dalam pengabdian diri kepada tuhan 6.PEKIDA perlu aktif dalam pembangunan keluarga dan masyarakat
10.40 mlm - Perasmian NurPEKIDA
10.55 mlm - Pemberian cenderamata
11.00 mlm - Nyanyian lagu 'Bahtera Malaysia' oleh Srikandi PEKIDA Melaka
11.20 mlm - Dato Ali dan diiringi Dato Fuad memotong pulut hijau,kuning dan merah - Bacaan sajak Damai Abadi
11.30 mlm - Majlis tamat
11.40 mlm - Beramah mesra dan bergambar bersama para pemimpin