Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan jika perkara ini berlaku pada anda...
Suatu hari, pada masa sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1, 000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tidak nampak apa cuma dua biji mata sambil membawa machine-gun. Lalu, salah seorang lelaki itu bertempik, "sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1, 000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat", sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah.
Bagaimana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur, anda fikirlahlah... Adakah lawak, dari 1, 000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 orang sahaja yang betul-betul beriman!
Adakah lawak, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya? Kedua-dua lelaki tadi hanya membawa machine-gun dan mereka tidak kata pun hendak bunuh tapi, generasi sekarang amat lemah. Baru diugut, terus lari lintang pukang, lupa yang dia belum sembahyang Jumaat lagi...
Adakah lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila waktu sembahyang Jumaat, tunjuk muka dekat orang kampung. Ada tu lagi dashyat, setahun sekali sahaja iaitu bila waktu sembahyang raya.
Adakah lawak, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam Al-Quran?
Adakah lawak, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal abadi, tetapi mereka hanya berlumba-lumba mengejar dunia sahaja?
Adakah lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH, alahai... tidak cukup masa katanya.
Dan adakah lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau hantar e-mel yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi hantar artikel-artikel yang berunsur keagamaan?
Lawak?
Kenapa ketawa? Itu kan realiti... tetapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca nota ini akan sampaikan kepada orang lain? Berapa orang yang akan meluangkan masa untuk membacanya? Berapa ramai?!
Wallahualam...
Tiada kebahagiaan tanpa pengorbanan. Tiada kehidupan tanpa dugaan dan cabaran. Moga kita sentiasa menjadi hamba yang dirahmati-Nya, amin!
eeemmmm..... lawak.....lawak.....lawak...... bagi saya adalah lawak yang membina diri.....cerita begini lebih membawa efek yang lebih pada diri yang memahami dari cerita yang selalu kita dengar.....
Lawak?! Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan jika perkara ini berlaku pada anda... Suatu hari, pada masa sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1, 000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tidak nampak apa cuma dua biji mata sambil membawa machine-gun. Lalu, salah seorang lelaki itu bertempik, "sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu!". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1, 000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat", sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah. Bagaimana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur, anda fikirlahlah... Adakah lawak, dari 1, 000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 orang sahaja yang betul-betul beriman! Adakah lawak, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya? Kedua-dua lelaki tadi hanya membawa machine-gun dan mereka tidak kata pun hendak bunuh tapi, generasi sekarang amat lemah. Baru diugut, terus lari lintang pukang, lupa yang dia belum sembahyang Jumaat lagi... Adakah lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila waktu sembahyang Jumaat, tunjuk muka dekat orang kampung. Ada tu lagi dashyat, setahun sekali sahaja iaitu bila waktu sembahyang raya. Adakah lawak, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam Al-Quran? Adakah lawak, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal abadi, tetapi mereka hanya berlumba-lumba mengejar dunia sahaja? Adakah lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH, alahai... tidak cukup masa katanya. Dan adakah lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau hantar e-mel yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat hendak berkongsi hantar artikel-artikel yang berunsur keagamaan? Lawak? Kenapa ketawa? Itu kan realiti... tetapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca nota ini akan sampaikan kepada orang lain? Berapa orang yang akan meluangkan masa untuk membacanya? Berapa ramai?! Wallahualam... Tiada kebahagiaan tanpa pengorbanan. Tiada kehidupan tanpa dugaan dan cabaran. Moga kita sentiasa menjadi hamba yang dirahmati-Nya, amin!
tahniah buat Saudara Zee, hamba rasa artikel ini dapat 'membuka' dan 'mencelikan' minda utk semua umat islam sedunia yang masih terkial2, terkebil2 dan meraba2 dlm keadaan 'kegelapan' selama ini...
ilmu kn bleh disampaikan dengan pelbagai care.........mmg ade sedikit senyuman lepas bace cerita tu...tpi buat yg peka, akan memahami n laksanakan perkara disebalik cerita tu.........tahniah bro......Alhamdulillah.......
biggrin:LAWAK TAPI ITULAH HAKIKAT BETAPA LEMAHNYA BANGSA KITA HARI INI.SAMA2 KITA SEMUA BERUSAHA UNTUK TIDAK MENJADI GOLONGAN HIPOKRIT ITU.LAWAK YG BERMANFAAT..