Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ketua paderi seluruh sabah memeluk islam


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:
ketua paderi seluruh sabah memeluk islam


Ketua Paderi Kristian Seluroh Sabah Memeluk Islam
Edisi/ Tanggal : 100/ 19-Mar-2001

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mei 11 - 13 dan dengan gejala murtad
terus bergolak agak elok perwakilan UMNO merenung kembali temuramah
ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman
Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja
Seluruh Sabah.

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas
perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan
pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang
dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI
AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya,
maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah
dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah
Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar
dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini
berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh
orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh
ketika itu,Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau
banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas
mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian Unit Kristianologi.

Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD.
SALEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya
berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman
Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican
Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia
dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian
pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican.
Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu
Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai
paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman
Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.
Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya
bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang
paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai
adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal
dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai
agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu
langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah
terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di
dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif
bergiat dalam dakyah Kristianisasi
yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik
menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui
agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya
ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi
tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia.

Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai
manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para
Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun
dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula
serius membuat kajian mengenai Islam. Apabila saya diberi
tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi
masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh
manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk
membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya
telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu
Pope John Paul.

Saya telah berdialog
memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata
kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini".
Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata,
"Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di
negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang
datang mengaku buat dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi
pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata,
Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka
kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya
katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau
seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi
Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu
ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka
kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa." Di situlah saya mula
tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak
Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak
Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah
dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa
kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab,
"Dia Tuhan.- "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?
Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ
(Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu
Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus
ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia,
semua bangsa dan agama.- Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi
tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia
Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas
awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan
Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci,
bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai
ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka
mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang
paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh
mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang
meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai
seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu
dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian
Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima
Krisma
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah
paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang
perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia
diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi.
Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak
disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas
seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau
langsung tidak boleh mengucap,
hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi
dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian
beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah
permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa
sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia
katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar
kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya
tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau
meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau
belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum
air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati
dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping
memintanya mengamalkan
surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya
semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat
melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan
permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan
terus menangis.

Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup
mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi
apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai
bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water
ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang
pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar
rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati
dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan
tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya
katakana padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah
memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh
makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi
memakan Khusti Kudus
(sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang
sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa
yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai
rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan
lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik
yang membaptiskan bayi
walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi
yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia
menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia
berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu
adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama Kristian ini
salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian.
Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama
di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian
ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan
Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil)
tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu
mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa
itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad.
Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab
tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat
saya tidak dapat mengikut kelas
pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga
sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga
kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas,
kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu
tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari
yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka
almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat
manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu
semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu
dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron
Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan
kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang
Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam
Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada
orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka
ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut
rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah
pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas
kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal.
Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya
paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan
bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan
tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku
dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau
mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari
mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka
meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan
di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi
tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa
gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih
tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas
al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan
hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja
St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya
bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya
iaitu Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika
itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia,
saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai
sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya
berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di
bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil
sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam,
Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini.
Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini
yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana
mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa
mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.
Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para
Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin
memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan
seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain
sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya
kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh
Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya
MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara
kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya,
Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak
masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta
keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak
membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan
umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani
katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa
ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung
mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak
boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh
masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang
beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).- Alangkah terkejutnya saya
apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya
dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan
sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok
sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.Saya bangun dan
membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia
membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya
saya ingin pergi
ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu
kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka
sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai
menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam
yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin
memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya,
"Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami
hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah."
Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang
ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini
saya mahu peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak
tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang,
tandatangan surat akuan
sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya
katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk
Kristian,hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk
Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke
bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka
apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah.

Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam. Dengan
Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya.
Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu
saya untuk upacara pengampunan. Mereka
melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian
mereka.Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya
keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya
katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak
sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang
kelihatan seperti kehairanan. Saya
meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli
keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah
siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya
apakah mereka sudah makan atau belum.
Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja
yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak
mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat
pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa
saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di
Vatican selama
12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12
tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah
agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli
keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali,
"Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya
mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya
berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya
beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika
itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi
tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari
tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur
saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang
hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat
berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian)
mereka tidak lagi mengaku anak. Selepas itu saya pergi ke Jabatan
Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai
di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah.
Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya
di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya
menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya
adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya
menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di
Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini.Kemungkinan juga selepas
ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan. Di sini
(Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi
terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah
hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah,
saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin
Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang
walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia
setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami
jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya
mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya.
Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah
Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan
rezeki dari Allah (SWT).

Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad
dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya
terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak
terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama
Islam. Itulah yang susahnya. Saya membuat kajian hampir empat tahun
baru mendapat nikmat Islam.Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam
tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah
mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka
yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang
sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai
pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang
melebihi dari keperluan bulanan. Pernah saya katakan kepada seorang
doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan
sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu
dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi
doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana
Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu
tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila
mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan,
mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar?
Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara
pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi
kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi
dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya
dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia
bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi
untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika
di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun
tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong
kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di
kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu
yang mereka minat. Oleh sebab itu
peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya
mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia
terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama
di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat
yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar.
Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini
berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal
kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di
kalangan mereka yang bijak. Semasa
saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk
mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian.
Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka
masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya
mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk
memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya
sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah
memeluk Islam. Masalah Kelemahan Pendakwah Islam Adakalanya saya
terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad
sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang
Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah
pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar
dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada
saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi
tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada
saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama
Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam
salah sebuah ayatnya yang bermaksud; -Tidak akan masuk syurga
melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami
pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis.
Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak
lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan
kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan
seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi
al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul.
Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh.
Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun
baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam
bulan awak sudah boleh membaca al-Quran."
Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir
al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata
mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga
melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah
merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah,
kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan
kosong itu?" Saya katakan," Setiap hari
Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil
berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat
demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah
merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau
kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak
mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang
saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka
yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya? Siapakah Sasaran
Kristian? Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang
menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang
bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak
mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari
Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari
segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu
ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang
menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan
murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak
boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang
mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas
beragama.Apa ikhtiar kita? Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi
keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri
saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua,
barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya
memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu
tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung
kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya.
Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di
lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai
niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang
lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan
menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan
menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja
kita. Wanita jika tidak kuat
pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi
yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk
memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian)
akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya
dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah,
kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah
berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah
dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'



__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard