Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: suami isteri nilaikan


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:
suami isteri nilaikan


Saya nak minta tolong kawan2 nilaikan sifat2 isteri dan sifat suami di bawah.

Apakah yang akan pihak suami lakukan sekiranya mendapat isteri seperti itu dan komen orang lelaki terhadap sifat suami tersebut?

Apakah perasaan isteri apabila mendapat suami seperti ini dan komen anda terhadap sifat isteri tersebut.

Sifat Isteri

1. Bercakap dengan suami menengking-nengking;
2. Apabila marah menghempas barang;
3. Suka merajuk;
4. Suka mengarah suami;
5. Melawan cakap suami;
6. Mempersendakan suami di khalayak ramai;
7. Menyindir suami apabila tidak bersetuju dengannya;
8. Menyumpah seranah suami (bodoh, bangang);
9. Memalukan suami;
10. Menceritakan kelemahan suami kepada kawan2;
11. Tidak mengendahkan nasihat suami agar menjaga aurat;
12. Keluar dengan kawan lelaki walau tidak diizinkan suami;

Sifat suami:

1. Penyabar.
2. Bila isteri marah berdiam diri.
3. Tegur isteri kembali walau telah dimarahi isteri sebelum itu.
4. Sering manasihat isteri agar menjaga aurat.
5. Tidak cerewet tentang makanan, pakaian dan sebagainya.
6. Bukan seorang yang pemarah.
7. Tidak pernah berkasar dengan isteri.
8. Tidak marah sejak di malam pertama apabila isteri tidak mahu bersama sehingga sebulan lebih lamanya.
9. Berlemah lembut apabila bersama dan pemalu.
10. Tidak pernah merungut apabila isteri tidak masak atau masak tak sedap.
11. Membantu menjaga anak apabila isteri sibuk.
12. Tidak pernah lokek duit dan tidak pernah bersungut andai telah berbelanja untuk isteri.


__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard