Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: rahsia untuk cemerlang


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:
rahsia untuk cemerlang


Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya
tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga
sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada
para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak
meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu
juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.


TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan
jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti
Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England
University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya
perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur
lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia
perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah
ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga
jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana
kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika
tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba
lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula.
Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian
jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,
mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu
badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan
jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur
yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan
ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh
yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan
latihan untuk tidur malam seperti :

Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika
kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk
dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
Tunaikan solat Isya' sebelum tidur. Bersihkan tempat tidur seperti
tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran. Amalkan doa-doa
sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk
bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada
enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga
kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu
diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi
pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari
tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.
Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari
Kolej Perubatan Lioning. Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan
manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir.
Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka
sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit
sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon
ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya
apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab: " The woods are lovely,
dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I
sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai
temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden
fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the
night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh
orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras
sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak
tidur." Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk
mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah
kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud
sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran
logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan
kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk
menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha
Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang
wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit
matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah
menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan
gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan
manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan
tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada
waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur
lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.


RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar,
pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan
bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga
dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di
kedua belah tangan.

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas
kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus
ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang
pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas
otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot
kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan
persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud
lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini
kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada
, bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain
otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk -
pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk
ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan
lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher
tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan
oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu
akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh
menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak
tidur dan bangun lewat dari tidur malam.


"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai
suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke
tempat yang terpuji." (Surah al-Isra' 17: 79)


__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard