Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah balik kampung Hari Raya 1426H


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Kisah balik kampung Hari Raya 1426H


Ada sepasang suami isteri yang agak baru kahwin. Pada hari raya yang
baru-baru ini, mereka menghadapi sedikit masalah untuk menentukan
giliran kampung suami atau isteri mereka patut beraya. Maklumlah ini
kali pertama mereka beraya sebagai suami-isteri.

Setelah berbincang dan berbalah serta berbahas dengan panjang-lebar,
si suami terpaksa mengalah untuk mengelakkan dari tidak mendapat
"bekalan" di masa akan datang. Tapi dalam hati masih panas membara.

Beberapa hari sebelum raya, bertolaklah mereka dengan kereta ke
kampung si isteri yang agak jauh juga dari ibukota. Masing-masing
mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Si suami memendam rasa kerana
"kalah". Si isteri termenung memikirkan tentang giliran tahun depan.

Setelah beberapa jam perjalanan, maka hampir sampailah mereka ke
kampung si isteri. Di kiri-kanan jalan kelihatan beberapa ekor lembu
sedang "berehat" di tepi jalan sambil makan-makan. Maklumlah, lembu
memang tak puasa. Si suami yang masih sakit hati, dapat satu akal
untuk mengenakan isterinya. Si suami bertanya:

"Sedara-mara awak ke tu?" sambil menjuihkan mulutnya ke arah
lembu-lembu itu.

"Ya..." jawab si isteri, "abang, kakak dan adik ipar..."


 



Berfikir dahulu sebelum berkata2.





__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

kekeke sebaik la nampak lembu kalau nampak bende lain

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard