Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: makluman skim pendidikan anak-anak


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
makluman skim pendidikan anak-anak






MAKLUMAT AM

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan suatu instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada ibubapa bagi membantu menyelesaikan masalah dan kesulitan kewangan apabila anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta tempatan.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN juga akan menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk geran sepadan atau matching grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan.

Disamping itu, manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.

SYARAT PENYERTAAN

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.


CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN




    • Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan (matching grant) yang bersamaan dengan jumlah simpanan;
    • Penerima manfaat akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan apabila mereka diterima masuk ke IPT yang diluluskan oleh Kerajaan;
    • Kadar keuntungan atau dividen yang ditawarkan adalah sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;
    • Semua dividen akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
    • Semua simpanan dijamin oleh Kerajaan; dan
    • Manfaat perlindungan insuran/takaful dan khairat/pampasan kematian percuma.

PEMBUKAAN AKAUN

Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat disemua cawangan agen kutipan deposit di seluruh negara iaitu Bumiputra_Commerce Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:



    • salinan Kad Pengenalan / Kad Tentera / Kad Polis Pendeposit; serta
    • salinan Surat Beranak / Kad Pengenalan / MyKid penerima manfaat;
    • salinan Slip Gaji / Borang J / Pengesahan Pendapatan.
Jumlah deposit minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan deposit ialah sebanyak RM20 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Penambahan deposit boleh dibuat sebaik sahaja kad keahlian diterima.


PENGELUARAN

Pengeluaran wang simpanan hanya boleh dibuat selepas satu (1) tahun menyimpan di dalam SSPN. Pengeluaran 10% daripada baki akaun atau RM500 (mana yang terendah) sekali pada setiap tahun (selepas satu tahun menjadi ahli) adalah dibenarkan. Pengeluaran sehingga 100% daripada baki akaun dibenarkan sekiranya penerima manfaat memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:



    • Diterima masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan;
    • Terkeluar daripada sistem pendidikan secara sukarela atau diberhentikan atas sebab-sebab tertentu;
    • Sakit berterusan yang tiada peluang untuk sembuh dengan pengesahan doktor perubatan;
    • Keilatan kekal; atau
    • Kematian.

GERAN SEPADAN ( Matching Grant)

Insentif kewangan ini akan diberikan kepada pendeposit-pendeposit yang memenuhi kesemua syarat-syarat berikut:



    • pendeposit berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan (tertakluk kepada had pendapatan isirumah bulanan yang ditetapkan);
    • pendeposit mempunyai jumlah simpanan minimum RM500 bagi setiap akaun; dan
    • jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit adalah tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan.
Pendeposit hanya layak ditawarkan geran sepadan setelah anak/penerima manfaat ditawarkan masuk ke institusi pendidikan tinggi (IPT) yang diiktiraf.

__________________
-Abdul Malek-
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard