Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: J I T


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:
J I T



Bismillah [hidayahnet] Kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT)-Suatu lagi ancaman umat Islam di Malaysia

PakNgah70
Sat, 08 Oct 2005 17:59:35 -0700


Kumpulan Jangan Ikut Tuhan(JIT)

Kalau ada sesiapa yang membaca mastika, oktober 2005. Di dedahkan satu
lagi kumpulan yang rosak aqidahnya. Perkara ini dulu biasa kita dengar
di Barat tetapi telah menular ke Malaysia.

Kumpulan JIT ini dikatakan kumpulan atheis iaitu tidak percaya pada
Tuhan dan menolak semua agama malah mereka memuja syaitan. Kumpulan
ini berasal dari kumpulan muzik rock metal seperti Black Sabbath di
tahun 60-an dan 70-an. Hentakan muziknya amat keras dan padat dengan
suara lantang dan garau, liriknya bermasej anti sosial dan anti
politik.

Di antara alirannya black metal, death metal, doom metal, folk/viking
metal, gothoc metal, heavy methal, orchestra metal, symphonic metal,
power metal, progresif metal, speed metal dan trash metal.


Mereka ini anti agama, antisosial, antiestablisment dan anti normal.
Pada asalnya mereka hanya anti Kristian tetapi akhirnya anti kepada
semua agama. Mereka menggunakan gambar syaitan kematian dan kegelapan
berbentuk biblical dan salib terbalik. Setiap kumpulan menggunakan
nama-nama syaitan daripada bahasa purba yang terdapat dalam kitab
injil seperti Venom, Burzum dan Mahyem.

Mereka mengadakan upacara anih apabila ingin masuk kelab black metal
iaitu memuja syaitan dan menghina agama dengan membakar kitab suci dan
meminum darah kambing. Mereka memakai lambang-lambang salib terbalik,
tengkorak, bintang bucu lima, kepala kambing dan Lucifer(iblis).
Mereka biasa memakai baju hitam, bersubang pelik ditelinga malah ada
yang menindik lidah dan sebaginya. Memakai cincin pelik yang
menyakitkan pemakainya.

Dari sinilah lahirnya kumpulan JIT di Malaysia. Yang terbaru, mungkin
ada di antara kita yang pernah tengok VCDnya. Penulis belum pernah
tengok. Mereka berkumpul mengelilingi api sambil minum minuman keras
dan membaca mentera(zikir kumpulan JIT), mereka berbogel dan melakukan
perbuatan terkutuk. ketua mereka lelaki berselubung hitam. Peristiwa
ini berlaku di Sungai Petani, Kedah...anak-anak Melayu Islam yang
terlibat.
Malah mereka mecuri al-Quran dari masjid-masjid dan
surau-surau untuk dikoyakan dan dibakar. Sebelum itu mereka kencing di
atas al-Quran.


Wallahu a'lam...sekiranya ini benar....ianya satu lagi ancaman kepada umat Islam
--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/buat adik-beradik diutara... boleh sahkan berita ini...? 


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

ni adalah contoh contoh syaitan yg bertopengkan manusia kitab yg patut dijunjug dibaca adakah dibakar ....masyaallah semoga mereka yg buat perkara nie mendapat pembalasan yg setimpal dan pada sapa yg nak join jit nie baik lupakan nabi tak mengaku umat

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

astargfirullah hal'azim..remaja2 kebanyakkan berkelakuan mcm ini..mereka tidak sedar akan hukum alam dan hukuman islam..setiap yg hidup akan merasa kematian..jika mereka masih teruskan semua ini berleluasa syaitan akan gelak dan bergembira di jahanam itu..kita tidak boleh biarkan ini berleluasa..kita tidak boleh membiarkan syaitan memfoya-foyakan kita..ingat dua khalimah syahadah.."aku bernaik saksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan allah dan aku juga naik saksi bahawa nabi muhammad itu pesuruh allah"..setiap islam akan belajar dua khalimah syahadah sewaktu kita baru dilahirkan..


ingat dunia makin tua,


kita berfoya-foya,


nnt kita tua,


baru tau seksa..


Dakwah dan perjuangan harus dijalankan tanpa mengira waktu dan tempat..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 124
Date:

ASTAGFIRULLAH... ape nak jd zaman ni...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

benarlah kata penghulu kita, muhammad{s.a.w.}


itu tandanya zaman kita sudah hampir lumpuh....


islam hanya di mulut, bukan di hati dan nyawa lagi...


wassalam...



__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

Ini harus ditangani dan ditentang habis2an. kalau dibiarkan akan merosakan umat islam dan rakyat malaysia.

__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

tp btull ker ader kumpulan camtu?aper2 pun wajib dibanteras

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

ada lagi rentetan dari isu ni...


Edisi KL : Amuk Black Metal


Oleh Nazarali Saeril
KUALA LUMPUR: Masjid Tanah, Melaka dan Jalan Klang Lama, di sini, bakal menjadi tumpuan peminat Black Metal, Death Metal serta Trash Metal ekoran perancangan untuk mengadakan konsert besar-besaran membabitkan lebih 40 kumpulan muzik ‘underground’ itu.


 
Jadual padat pemuzik aliran ‘penuh darah’ terbabit bakal bermula pada bulan ini hingga Januari tahun depan di mana pengikut mereka dijangka tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama menyokong gigs (persembahan) itu.

Puluhan kumpulan muzik Black Metal terbabit bakal menggegarkan dua tempat itu di mana sebuah dewan dan sebuah premis hiburan bakal menjadi gelanggang dengan bayaran RM10 dan RM15 bermula jam 12 tengah hari hingga gigs selesai.

Beberapa ibu bapa yang runsing dengan masalah penularan aliran keras terbabit menghubungi Harian Metro selepas menemui beberapa laman web berkaitan aktiviti berkaitan pemuzik serta pengikut underground berkenaan.

Sharifah Aminah Mahmod, 43, berkata dia dimaklumkan oleh anak remajanya berkaitan laman web itu yang diperolehi dari seorang rakannya yang menjadi pengikut tegar Black Metal.

“Saya pernah mendengar berkaitan aliran muzik serta pemikiran Black Metal yang menolak adanya tuhan selain mencaci tuhan agama tertentu.

“Apabila saya melihat laman web terbabit, saya terkejut kerana ia penuh dengan grafik seram selain lambang kumpulan muzik Black Metal yang dipenuhi dengan bentuk darah, kepala kambing hitam serta kemusnahan,” katanya.

Sharifah yang bekerja sebagai guru di Kepong berkata, ada antara perkataan yang ditulis di dalam laman web terbabit amat menakutkan pembacanya.

Antaranya ialah ‘Keep the darkness bleed for eternity! Many HAILZ from MYSTICUM dan PLANET SATAN REVOLUTION!!’.

“Ia seolah-olah mahu mengajak pembaca serta pengikutnya untuk melupakan tuhan selain menjadikan syaitan sebagai idola atau bahan sembahan.

“Saya tidak mahu anak saya terpengaruh seterusnya menjadikan aliran terbabit sebagai ikutan atau cara hidup,” katanya yang mempunyai empat anak remaja yang masih bersekolah di tingkatan satu hingga enam.

Seorang bapa, Sulaiman Mahad, 51, meminta supaya laman web aliran Black Metal ditutup terus supaya tidak ada remaja yang terpengaruh dengan budaya negatif dibawanya.

“Seorang anak lelaki saya sering menceritakan perkara berkaitan Black Metal kepada kami sekeluarga berdasarkan apa yang didengar daripada beberapa rakannya.

“Saya sering juga melihat dia melayari laman web yang khusus untuk peminat aliran terbabit dan terkejut kerana ia langsung tidak mencerminkan adat, adab, budaya serta bertentangan dengan agama,” katanya yang juga peniaga makanan di Gombak.

Menurut Sulaiman, dia sempat melihat laman web terbabit beberapa kali dan mendapati ia penuh dengan unsur terlampau seperti mengecat muka dengan warna penuh kejahatan dan kebencian selain lambang salib terbalik.

Dalam masa sama, terdapat juga lambang pentagram selain kepala kambing yang menjadi ‘trademark’ pengikut Black Metal diselitkan dalam hampir semua gambar diselitkan dalam laman web terbabit.

Tinjauan Harian Metro terhadap laman web itu menunjukkan aduan diberikan ibu bapa runsing berkenaan tepat di mana pelayar web itu diminta hadir memberi sokongan kepada puluhan kumpulan muzik Black Metal yang bakal beraksi ganas.

Selain gigs, terdapat juga majalah berkaitan asal-usul selain perkembangan kumpulan muzik Black Metal di negara sejak 1980-an hingga kini.

Jadual gigs besar-besaran pula diiklankan bakal berlangsung pada 11 Disember di Jalan Klang Lama manakala 24 Disember pula di Masjid Tanah. Satu lagi gigs yang dijadualkan di Masjid Tanah akan berlangsung pada 21 Januari 2006.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, pengendali laman web terbabit turut menyediakan laman sembang di kalangan ahlinya. Laman sembang itu digunakan oleh ahli untuk bertukar fikiran atau menyanjung kumpulan muzik serta lagu Black Metal negara dan antarabangsa.

Selain itu, pelbagai gambaran kemusnahan turut diselitkan. Dalam masa sama, penganjur gigs menyediakan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut berkaitan gigs terbabit serta perkara lain.

Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan polis Daerah Seremban menyerbu Dewan Persatuan Masyarakat Ceylon yang dipenuhi 105 pengikut kumpulan Black Metal yang datang dari seluruh negara termasuk dari Singapura.

Ketika serbuan jam 8.20 malam itu, kebanyakan pengikut Black Metal terbabit sedang sibuk menyanyi dan menari lagu aliran itu yang dipasang di dalam dewan.

Serbuan hasil maklumat awam itu turut dibuat kerana terdapat maklumat ada cubaan berunsur ganas selain menyimpang dari ajaran Islam seperti dipercayai berhasrat mahu memijak al-Quran.

Seramai 30 yang ditahan positif dadah termasuk tiga warga Singapura. Sebelum itu, kumpulan sama dikatakan pernah menganjurkan aktiviti sama di Port Dickson dan dikatakan berhasrat untuk mengembangkan sayap aliran terbabit ke beberapa daerah lain.

Pengikut budaya songsang terbabit sebelum ini pernah bertindak di luar batasan termasuk membakar, memijak al-Quran selain berzina di depan kitab suci itu.

Baru-baru ini, kerajaan membatalkan konsert Mayhem iaitu kumpulan Black Metal dari Norway di ibu kota dan dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2006.
 
apa action???

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

askm..


saya mengikuti cerita2 sensasi di mastika setiap bulan..dan setakat ni tak pernah terlepas melanggan mastika...melalui mastika la saya tau kewujudan JIT dan tak sangka black metal pun mempunyai pengikut yg ramai di Malaysia..dahsyat dan teruknya anak bangsa kita...tak sangka ada juga remaja kita mengikuti ajaran JIT yg bercanggah dengan ajaran Islam...nauzubillahiminzalik..semoga ada pihak2 yang cuba memantau keadaan ini seterusnya menangani sehabis2an...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


campak kat kandang rimau lagi baik puak ni, tupun klu rimau nak makan



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

hapuskan segera



__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

langsuir tol rrr


die org nie patut di rejam sampai mati...


hdp pun memalukan bangsa wat per???



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

Patutnye bebudak nih diletakkan dalam satu rumah. Pastu bomkn rumah tu. Buat malu bangse sendiri jer.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

 


 Patahkan hujah2 mereka...dengan senyuman.


Khabarkan pada mereka..


''Dah nyata mereka telahpun berada hampir di depan pintu api...N.. paling bawah


Tempatnya Neraka itulah tempat seburuk seteruk sehina hina tempat.


Minumannya mereka adalah air nanah dan air paling panas.Pada ketika itu nyawa bersatu dengan jasad tetapi tiada mati.


 Sesungguhnya mereka mendustakan Ayat2 Quran.


Berikan tempoh sahaja pada mereka.


Pada setiap mereka ada penjaganya.


 


 


 



__________________
mohd hawarie
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard