Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Solat Tahajud Dari Perspektif Perubatan


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Solat Tahajud Dari Perspektif Perubatan


Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya
tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga
sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para
pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak
meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan pada
malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam.

Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik
dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan
para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka,
sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang
menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan
pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai
perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam
sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray
Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University
of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam
selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian -
tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep
sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam
adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang
sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat
ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak
cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu
diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu
pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan
itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas.
Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,
mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu
badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan
jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao,
Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan
pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka.
Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih
kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu.
Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,
Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

BARAT Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan
mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya
apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely,
dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai
temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur." "The heights by
great men reached and kept
were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were
toiling upwards in the night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian kerjaya
yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi
mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka
sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu
tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali
kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita
perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia
sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa
suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman
kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan
lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula,
kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi
antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan
otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan
gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting
dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari
atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok
pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen
tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada
mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di
atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru
akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika
ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala
lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya
menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan
tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya
di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan
otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan
persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita
duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam
gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah
besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki
bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan
dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat.
Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang,
jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan
otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara
tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak
otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh
badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang
selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa
yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat"



__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard