Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT


Allah SWT selesai  menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,  
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap  itu
antara timur dan barat (ada pendapat  lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang  dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah  engkau menciptakan makhluk yang lebih baik  
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman  yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri  serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah  swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya  20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as  solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.  "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku  dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun  yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan  tetapi di akhir zaman nanti akan
datang  seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.'  Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,  
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat  yang hanya sebentar
sahaja, dan mereka dalam  keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka  melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun  besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya  solat mereka
itu aku lebih sukai dari  solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan  solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan  solat bukan atas perintahKu."  

Kemudian Jibrail as berkata:  "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada  mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"  

Lalu Allah berfirman yang  bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan  
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal.."

Kemudian Jibrail as meminta  izin kepada Allah untuk melihat syura  
Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat  izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan  mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap  dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh  jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama  300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan  akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku  menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman  yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat  terbang selama 3000 tahun dan meskipun  aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki,  lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu  lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada  sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat  
yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan  dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T  telah menyembunyikan enam perkara iaitu  :

* Allah S.W.T telah  menyembunyikan redha-Nya dalam taat.  

* Allah S.W.T telah  menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.  

* Allah S.W.T telah  menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di
dalam  Al-Quran.

* Allah S.W.T telah  menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan  
Ramadhan.

* Allah S.W.T telah  menyembunyikan solat yang paling utama di dalam  
solat (yang limawaktu).

* Allah S.W.T telah  menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di  
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat  daripada ilmu ini.
Wallahualam  

Kalau rajin... Tolong  sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim  
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan  pelajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu  amal yang berkekalan bagi
orang yang  mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...  


__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

time ksh tuk dis knowledge...


al fatihah pd yg tlh tiada...amin



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard