Pada 18 November 2005, RND Pekida Pusat telah dijemput menguruskan event management Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Abdul Rahman Bakar, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Persint 10, Putrajaya.
Team RND Pekida Pusat turut dibantu oleh RND Johor, Perak dan Terengganu dibawah penyeliaan Ayahanda Masrur. Dengan seragam sut lengkap baju melayu hitam serta songkok jalur menyerikan majlis. Masing-masing mengambil fungsi diri seperti penyambut tetamu, keselamatan, pelayan VIP, PA System dan Betara. Majlis yang bermula pada jam 3 petang itu pada mulanya agak perlahan perjalanan lebih-lebih lagi dengan cuaca hujan lebat. Namun para petugas RND begitu berdisiplin dan komited hinggakan hujan lebat yang turun tidak langsung membuatkan adik-adik RND berganjak dari possisi dan tugas masing-masing. Yang paling ketara adalah para penyambut tetamu yang basah kuyup dari songkok hinggakan ke kasut memayungkan para tetamu datang dan pulang dalam hujan lebat. Tahniah dan syabas!
Ketaatan para petugas juga turut mendapat pujian daripada VVIP yang hadir seperti Speaker DewanUndangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Onn Ismail, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Ng Yen Yen, Datuk Jamal dan banyak lagi.
Pada sebelah malam, majlis makin meriah lebih-lebih lagi dengan selingan lagu-lagu raya yang diputarkan oleh MC, Abang Long Dr. Masjuki serta dendangan karaoke dari VVIP. Dan paling bermakna lagi ialah dendangan lagu karaoke duet oleh Datuk Rahman Bakar dan isteri.
Majlis tamat pada jam 11.00 malam. Datuk Rahman Bakar serta keluarga turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada RND Pekida Pusat yang berhempas pulas menjayakan majlis tersebut.
ps: Gambar-gambar kenangan akan didownload kemudian.
Tahniah buat Team RND Pekida Pusat serta RND Johor, Perak dan Terengganu kerana telah menjalankan tugas dengan sempurna bagi menjayakan majlis tersebut. Harapan agar aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi dengan jayanya..