Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mari kita mengambil iktibar


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Mari kita mengambil iktibar


Mari kita mengambil iktibar dari kisah ini
>
>Berdasarkan al-kisah dari satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad
>Ismail daripada Singapura. Ada satu bahagian tu.. yang betul-betul harus
>kita jadikan panduan dan teladan. Di riwayat kan begini.....
>
>Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari
>dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam
>kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah
>terjadi kepada nya.
>
>Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh
>menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa
>kepada Allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan
>lelaki tersebut.
>
>Doa nya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang
>lelaki yang sedang terbakar menjerit-menjerit memi nta tolong. Melihat akan
>keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah
>kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu
>menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi
>Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan
>lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia
>taat akan perintah Allah....
>
>Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu
>diseksa sebegitu rupa ?
>
>Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api
>dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa
>yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli
>menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar
>ke rumahnya.
>
>Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas
>kayu di ikat nya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si
>pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya
>berhenti untuk makan....selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah
>pembeli kayu itu.
>
>Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah
>gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dgn lidah tetapi tak
>berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya
>...tetapi tak berjaya juga.
>
>Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang
>dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah
>mengeluarkannya.
>
>Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu,
>saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak
>meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya
>diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah
>tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
>
>
>Eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...
>
>Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd
>sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa
>balik kerumah untuk di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak
>anak kita ??? Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi
>tidak dikembalikan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan
>sebagainya....?
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati
>itu adalah benar... Azab neraka itu ada lah benar... Dan syurga itu
>adalah benar... wassalam...15

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

btull tu. jgn pandang remeh benda kecik2

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard