Mari kita mengambil iktibar dari kisah ini > >Berdasarkan al-kisah dari satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad >Ismail daripada Singapura. Ada satu bahagian tu.. yang betul-betul harus >kita jadikan panduan dan teladan. Di riwayat kan begini..... > >Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari >dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam >kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah >terjadi kepada nya. > >Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh >menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa >kepada Allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan >lelaki tersebut. > >Doa nya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang >lelaki yang sedang terbakar menjerit-menjerit memi nta tolong. Melihat akan >keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah >kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu >menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi >Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan >lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia >taat akan perintah Allah.... > >Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu >diseksa sebegitu rupa ? > >Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api >dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa >yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli >menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar >ke rumahnya. > >Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas >kayu di ikat nya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si >pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya >berhenti untuk makan....selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah >pembeli kayu itu. > >Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah >gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dgn lidah tetapi tak >berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya >...tetapi tak berjaya juga. > >Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang >dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah >mengeluarkannya. > >Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, >saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak >meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya >diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah >tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim... > > >Eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini... > >Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd >sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa >balik kerumah untuk di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak >anak kita ??? Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi >tidak dikembalikan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan >sebagainya....? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati >itu adalah benar... Azab neraka itu ada lah benar... Dan syurga itu >adalah benar... wassalam...15