Di sini saya mungkin ada isu yang sentiasa menjadi perdebatan di antara mereka-mereka yang berkaitan dengan masyarakat sekeliling. Yang terbaru, dalam sebuah majalah hiburan tempatan turut membicarakan pendapat artis-artis seksi yang begitu bersungguh-sungguh memberi hujah masing-masing. Mungkin isu pakai seksi ini sudah agak basi tetapi saya rasa terpanggil untuk membicarakannya di sini supaya mereka-mereka yang berkenaan memahami apa pandangan masyarakat terhadap mereka..
kekadang tu timbui ghasa jelek melihatkan aksi ''berahi'' mereka yang dah tak seghupa orang melayu lagi...
Saya tak faham betui(memang susah nak faham) prinsip hidup mereka-mereka yang berkaitan ini sampai kekadang tu timbul rasa jelek melihatkan aksi ''''berahi'''' mereka yang dah tak serupa orang melayu lagi. Ada tu berpakaian lebih hebat dari Mariah Carey. Hai..kot ya pun nak sehebat artis barat takkan budaya mereka pun nak dicedok bulat-bulat. Takkan mereka pakai bra saja..artis kita pun nak ikut pakai bra saja.. takkan mereka pakai skirt pendek sendat..artis kita nak ikut juga.. mereka tayang pusat pun artis kita juga ikut nak tayang pusat..???
Seringkali jika ditanya kepada mereka-mereka yang berkaitan ini tentang gaya mereka, jawapan yang seringkali kita dengar ialah "Pakai seksi tak mesti jahat..", "Jangan pandang artis seksi dari luaran saja!!" Malah ada juga di kalangan mereka yang menjawab mereka hanya seksi di majalah..di rumah mereka masih lagi berkain batik!! Tak ka lawak jawapannya tu. Jawab macam budak tak sekolah.Kalau kat rumah memang la mereka nak pakai apa pun ada siapa yang nak tengok?? Kalau paparan di majalah tu siapa yang tengok?? saudara mara mereka saja ka?? sudah tentu tidak.. yang pasti ribuan mata akan memandang dengan rasa kurang senang dan memualkan. Apa kena-mengena aksi mereka menyeksi di majalah dengan aksi mereka berkain batik di rumah?? Takdak kaitan langsung!!
Malah yang lebih melampau lagi ada di kalangan mereka-mereka yang berkaitan ini yang dengan berani dan lantangnya memperlekehkan wanita lain yang sopan dan bertudung semata-mata mahu membela diri sendiri yang seringkali dipandang serong dek masyarakat kerana selalu pakai tak sopan di majalah dengan jawapan "alaaa...perempuan bertudung tak semestinya baik. saya yang pakai ''''begini'''' tak semestinya jahat"!! lagi satu jawapan yang tak patut dikeluarkan oleh seorang wanita yang mengaku beragama Islam seperti itu. Sungguh memalukan!!
Ada lagi satu jawapan kelakar yang pernah saya baca dari mereka-mereka yang berkaitan ini ialah.. "Seksi ke saya ni??Kat bahagian manalah yang seksi tu??" seperti yang semua sedia maklum, maksud seksi yang sebenarnya di mata masyarakat ialah berpakaian terdedah..bukannya seksi yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan. Samada mereka tak tau atau pura-pura tak faham.. saya tak pastilah pulak.
Masyarakat melayu yang rata-rata beragama Islam sudah tentu tidak senang dengan gaya-gaya yang ditonjolkan oleh sesetengah artis kita yang berkaitan ini. Kita ada budaya. Ada agama. Allah juga melarang umat-umatnya berpakaian membuka aurat, apatah lagi berpakaian menjolok mata untuk dipertontonkan kepada masyarakat(bukan di rumah cik kak oiii..). Boleh dikatakan majoriti di kalangan masyarakat kita yang lebih senang melihat artis-artis kita berpakaian sopan sebagai contoh terdekat ialah pendekatan yang dibawa oleh Wardina Saffiya. ( ye kaer ). Namun berapa keratkah artis bersopan seperti wardina di negara kita. mungkin tak sampai pun sepuluh jari di tangan.
Salah siapa kalau semua pandangan negatif dilemparkan pada mereka-mereka yang berkaitan berlaku?? Salah cameraman ka?? salah wartawan majalah ka?? salah masyarakat ka?? atau salah diri sendiri??
apa ingat populariti boleh jamin masa depan..........??? ini semua kuasa tuhan. kalau tak sedar gak, alamat hari tua nanti ada artus FOFULAR jual apam balik kat tepi jalan.
la nie buat ingat balasan tuhan CASH.........................
kerajaan sama tak letak kod dan etika berpakaian di khalayak ramai utk artis2 pompuan nih...
lagi satu awat laaaa tak wajibkan pemakaian tudung utk pembaca2 berita kat rtm ka tv3 kaaa.. bukannya apa tgk iran@arab saudi camna kan elok kalau camtu... lg satu jaga laaa status kita negara islam... nih tak pasai2 aku kena hentam plak satgi.. lantak laaaa tanggungjawab semua nih bukan aku sowang....
mungkin diorang ni terikut pakai sikap berani kerana salah, takut kecut kerana benar... kita dah jalankan hak kita menegur mereka...mungkin mereka ingin pula merasa libasan dari malaikat Zabaniyah di dalam kubur nanti?
Jangan nama sahaja Islam tapi kulit (syariat) pun tak ada@tak pakai...
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2