salam sejahtera buat paduka ayahanda˛,abang Long˛,abang˛ dan Adik-beradik sekalian!
di sini ada sedikit kemusyikilan terhadap had umur minima untuk menjadi ahli pekida.saya adalah salah seorang dari pengguna irc (Internet Relay Chat),dan baru baru ini saya mendapat berita ada satu chatroom yang dibuka untuk ahli pekida diserver dalnet.saya lihat begitu jelas chatroom tersebut dipegang oleh ahli kita sendiri,tetapi malang nya setelah beberapa lama berada disitu saya di Private chat oleh beberapa user bawah umur 18 thn yang mengaku mereka adalah ahli pekida.saya rasa begitu terkejut sekali dengan hal ini ,bukankah didalam perlembagaan tertulis bahawa had minima untuk menjadi ahli mestilah berumur 18 thn dan ketas?bukan seorang dua yang berumur bawah 18 thn mengaku menjadi ahli pekida akan tetapi setiap hari ada sahaja user baru yang mengaku menjadi ahli pekida dengan umur bawah 18thn.pada permulaan saya fikirkan mereka mungkin menyamar ..tetapi begitu banyak sekali rahsia kita yang mereka ketahui . dan sudah mesti pula ada antara kita yang membuka rahsia ini pada mereka secara sengaja atau tidak.
lantaran itu saya berasa begitu terpanggil sekali untuk mengutarakan isu ini di dalam forum untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.mereka sepatutnya mengisi masa mereka dengan pelajaran yang ditetapkan disekolah.isikan dada dengan sebanyak mungkin ilmu untuk masa depan.belum masa nya mereka bersama kita untuk berjuang.perjuangkan dulu harapan IBU-BAPA dengan memberikan tumpuan sepenuh mungkin dalam pelajaran di sekolah.saya amat berharap pihak yang berkenaan dapat menjelaskan perkara ini atau mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan anak-anak ini terus hanyut dalam arus deras yang belum mampu mereka randuk!
saya pohon seribu kemaafan andai isu yang saya utarakan ini menyinggung perasaan atau menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.Maaf sekali lagi ..
owh hang nie la jalak lentenggg biaq la depa nak timba ilmu punh tak salah kannn..aku pun bawah 18 tapi ada la tau skit skit pasal pekida nieee ..yg penting pandai makan pandai la simpann
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
yer la maksud saya kalau dah tau rahsia tuh senyap senyap ja la..bukan nyer nak kecow kecow
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
owh hang nie la jalak lentenggg biaq la depa nak timba ilmu punh tak salah kannn..aku pun bawah 18 tapi ada la tau skit skit pasal pekida nieee ..yg penting pandai makan pandai la simpann
memang la tak salah kalau nak timba ilmu tapi bukan la timba ilmu sampai yg tersirat pun dapat ditimba...lepas tu jual nama n berlagak mcm org dalam
budak2 sebegini hanya menunjuk..mereka tidak tahu akan ape yg mereka lakukan..mereka hanya tahu menunjuk..tetapi hakikatnya mereka sebenarnya tidak tahu perihal pekida..lagipun ape yg nak dibanggakan??kita umat islam..saudara islam..nawaitu tu penting..tidak begitu??pekida ni juga adalah dari umat islam..kita didunia sebagai manusia..bukan untuk menunjuk kuat,bersombong,ego dan lain-lain..tetapi berdakwah..bukan sebab itu kah manusia diturunkan dibumi??kita makin sesat kerana kemodenan dan keselesaan..cuba kita bayangkan dan hidup semasa zaman2 rasulullah s.a.w..wallahualam..kenapa sekarang kita hidup senang dgn kemewahan kebanyakkan menyalahgunakan kemewahan tersebut???begitu juga pekida ini..jgn sesekali yg tidak berkenaan menyalahgunakan nama dan mengeruhkan nama pekida..seelok-elok ia ditubuhkan biar ia berkekalan elok dan jernih..harap tidak ada pihak yg tersinggung atau terasa..ini hanyalah sebagai teguran sesama saudara seislam..saya minta maaf jika ada tersilap kata..pejuangan masih jauh kehadapan..
Lang Sari Putih wrote: hafiz_halim wrote: owh hang nie la jalak lentenggg biaq la depa nak timba ilmu punh tak salah kannn..aku pun bawah 18 tapi ada la tau skit skit pasal pekida nieee ..yg penting pandai makan pandai la simpann memang la tak salah kalau nak timba ilmu tapi bukan la timba ilmu sampai yg tersirat pun dapat ditimba...lepas tu jual nama n berlagak mcm org dalam
Kadang2 kita nampak mcm adik-beradik tapi musang muda... macam nilah adik beradik sekalian...nampak saja budak2 x dak bukti yg dia pekida tapi mengaku atau main buah jika ternampak kita WAJIB ambil tindakan...kita PAAANGGGG!!! Bawa pi kat abg long atau ayah biar kena dam skit baru nak sedar...Ni rahsia kita...sanggupkah kita tengok depa dok buat main2 benda mcm ni...??? Maknanya mereka menghina dan mempermain-main kan kita...Fikirlah semua... Buat sau dara hafiz,pi sekolah dulu...belajar pandai2 pastu baru belajar pasai pekida...kat sini bukannya boleh pandai makan,pandai simpan...
huh...pandai makan pandai simpan? heheh...lawak tu....kalau budak skolah lagi..xpayah nak 'pandai makan pandai simpan' la beb..pi abihkan skolah dulu...dah berapa kali aku habaq...pi skolah bjalar rajin2 dlu..penuhi hajat ibu bapa tu dulu...duk dlm forum nie..duk tgk 2 je lah..xpayah nak 'menari' lebih sangat...mmg la org kata ' dalam ke luar ke..semua sama' tp tu cuma maksud tersurat..maksud tersirat lain...kalau 'luar' buat2 perkara sama cam 'dalam' tu namanya menyamar...harap2 paham la adik oi....jgn risau...ko dpt result cemerlang SPM nanti, aku bawak ko masuk PEKIDA! semangat sangat ko nie...
Izinkan saya mencelah sikit. Untuk makluman, Pekida ini nama penuhnya Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia. Ia merupakan satu NGO yang berdaftar dengan ROC. Perlembagaan menyatakan bahawa hanya yang berumur 18 tahun ke atas sahaja boleh menjadi ahli.
Berkait dengan masalah dalam thread ini, itu gunanya berdaftar sebagai ahli Pekida. Mengisi borang, membayar yuran dan mendapatkan kad ahli. Soal rahsia itu adalah tersirat. Dan banyak lagi pertubuhan lain sama ada berdaftar dan tidak berdaftar mengunakan rahsia dan konsep yang sama. Dan sesiapapun boleh dapatkan acces rahsia dengan apa cara sekali pun. Jika ada yang tahu rahsia dan mengaku Pekida, tanyakan kad ahli. Jika tiada, dah tentu menyamar (ataupun belum hantar borang ke pejabat pusat). Dan untuk makluman, masih ramai yang mengaku ahli Pekida, tapi tidak mendaftar sebagai ahli Pekida. Macamana tu?
nice info bro zack..cuma aku kengkadang x paham..kenape budak2 skolah begitu bersemangat sangat dalam nak join benda2 nie..padahal mereka ada matlamat dan impian yang perlu dicapai terlebih dahulu sebelum diaorg bercerita atau berminat ttg benda2 nie...sori la kalau terkasar bahasa ok...aku duk perati je tgk posting budak2 skolah nie...rasa lain macam je..tlg la adik2 yg skolah tu...ni pesanan kali ke 10067, perabihkan spm tu dulu..jgn duk semangat sangat nak join persatuan nie...nanti dah abih skolah tu...xde hal la k...adussss.....
tak lari gunung dikejar pekida nie..pada budak2 umur 18thn kebawah yg ingin masuk ke pekida..fikir dulu betul2..pelajaran tu penting..kalau tak de pelajaran masuk pekida pun untuk ape??masalahnya bukan 'pandai makan pandai simpan' itu semua org pun leh ckp..tp adakah dpt dilakukan??saya pun budak bwh 18gak..siapa yg ada baca pengenalan diri saya tau le....pada yg tak tau..dlm topik kenal mengenal ada..ingat pada semua yg umur 18kebawah ni..saya pun kesal dulu tak belajar elok2..alhamdulillah start form 4 saya dah start study balik..form 5 ni ok dah skit..ingat satu lagi,keje kat KL ni bukan senang nak dpt..kalau kelulusan tak de..tak kemana kita ni..tul tak??fikirkanlah..belajar dulu,luluskan spm tu..bahagiakan ibu bapa..penat lelah mereka tu hanya kita dpt meredakan..kalau tak kita siapa lagi??jgn juga kita sesekali melawan keras ckp ibu bapa..berdosa dan akan terima jua balasannya kelak..ingat balik mcm mana kita dilahirkan..bukan dari tepi jalan..tp dari ibu kita yg penat lelah melahirkan kita dgn berpeluh-peluh dan melawan untuk nyawa kamu semua..harap kata2 diatas tidak menyinggung sesiapa..saya hanya menyatakan ape yg betul untuk saudara seislam..
assalamualaikum, tak lari gunung dikejar pekida nie..pada budak2 umur 18thn kebawah yg ingin masuk ke pekida..fikir dulu betul2..pelajaran tu penting..kalau tak de pelajaran masuk pekida pun untuk ape??masalahnya bukan 'pandai makan pandai simpan' itu semua org pun leh ckp..tp adakah dpt dilakukan??saya pun budak bwh 18gak..siapa yg ada baca pengenalan diri saya tau le....pada yg tak tau..dlm topik kenal mengenal ada..ingat pada semua yg umur 18kebawah ni..saya pun kesal dulu tak belajar elok2..alhamdulillah start form 4 saya dah start study balik..form 5 ni ok dah skit..ingat satu lagi,keje kat KL ni bukan senang nak dpt..kalau kelulusan tak de..tak kemana kita ni..tul tak??fikirkanlah..belajar dulu,luluskan spm tu..bahagiakan ibu bapa..penat lelah mereka tu hanya kita dpt meredakan..kalau tak kita siapa lagi??jgn juga kita sesekali melawan keras ckp ibu bapa..berdosa dan akan terima jua balasannya kelak..ingat balik mcm mana kita dilahirkan..bukan dari tepi jalan..tp dari ibu kita yg penat lelah melahirkan kita dgn berpeluh-peluh dan melawan untuk nyawa kamu semua..harap kata2 diatas tidak menyinggung sesiapa..saya hanya menyatakan ape yg betul untuk saudara seislam..
Betul tu kata saudara ellie, biarlah abih sekolah dulu kalau nak masuk NGO sebab masuk NGO ni ada kerjanya bukan dok diam sahaja, bukan apa nanti menggangu pelajaran adik-adik kita. Benar pula kata saudara Alang 0, "ilmu kalam tuhan tidak akan habis seusia kita" cuba kita tanya adik-adik kita tu dia masuk ada ke belajar ilmu Allah??? kalau ada pun berapa kerat? baik lagilah pi abihkan sekolah dulu setidak-tidaknya dalam sekolah tu ada matapelajaran Agama Islam ... lepas tu kerja cari rezeki dan cari lagi ilmu Allah tu belajar dengan guru-guru (yang betul bukan yang songsang)... bila faham baru masuk PEKIDA insyallah barulah senang kita nak paham bila ayah-ayah atau abg-abg terangkan nanti apa kita ni.
Bukan setakat kita mengikrarkan dengan lisan, tapi mau dibenarkan dalam hati dan disempurnakan pulak dengan mengerjakannya dengan anggota ...
Nak tambah sikit, " hendaklah ada diantara umat manusia yang mengajak kepada yang makruf, dan menentang yang mungkar " (individu atau persatuaan,..segala yg baik & haram dari hukum syarak). Lagu mana kalau kita tak berapa paham apa tuntutan Islam dan kita masuk PEKIDA, tulah sebab menjadi fardu ke atas diri.
Jadi, pandangan & nasihat saudara Jalak Lenteng, Zee, & Ellie tu bukan nak menzalimi adik-adik yg bawah umur bukan tak kasi masuk, cuma untuk kebaikan semua. Allahualam, sekadar pandangan 3 sen dari saya, selebihnya terpulanglah kepada yang lebih arif.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
hmm..bende ni adalah normal..kalau nak tau..ada saja budak berbaih berumur 18 tahun..salah satu syarat sah berbaiah akil baligh...ahli pekida memang 18 tahun..sebab nak join pertubuhan..kalau menjadi tentera Allah..tak perlu berdaftar..hanya perlu lafaz n niat saja..
Yang membimbangkan kita ialah peresoalan yang ditulis oleh zackbikers ... macamana tu? nak jadi TS nih mudah sahaja, macam kata saudara yamada. Apa yg TS sebenarnya? memang syok dengar (TS), dari tulisan saudara yamada seolah-olah ada perbezaan antara PEKIDA dan TS ... kita nih PEKIDA kulit sahaja. Sudah menjadi isu lama kalau saya nak bangkitkan disini perbezaan pendapat dikalangan ulil amri kita. Pimai-pimai tang tu jugak :)
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
Betoi tu bro betara...kalau budak sekolah ni tak paham lagi...baligh memang baligh tapi tahap akal manusia matang menjangkau 18 tahun...baru bleh beza yg hak dan batil... Nama kata baligh dah boleh jadi TS???matang nya belum...seronok sana sini...belajaq entah ke mana...pastu kat sekolah pakai keichain.sticker dll...pukul cikgu,langsi pastu mula nak buat jahat...ini yang rosak nama pekida sbb budak2 mcm ni lah...budak bawah 18 belum cukup untuk membezakan yg hak dan batil...
hurmm..syarat ahli berbai'ah - akil baligh..heehhehe...mudah nyer...padahal akil baligh ni..banyak lg maksud tersirat nye...kalau cmtu..budak2 skolah lepas je form 3 (mungkin dah akil baligh kot) ..dah boleh masuk..xde hal punya...nak jadik TS? hehehe...TS tu tentera fisabilillah...jgn buat main-main..berat tanggungjawabnye tu...sbb tu zmn2 dulu, abg2 merekrut adik2..maknanya adik2 yg nak bawak masuk ...kena slalu ditarbiyahkan, slalu diskolah kan...agar ilmu penuh di dada..itu baru boleh nak jadik ahli berbai'ah...bkn setakat akli baligh je...adusss
Isi-isi tarbiah tu pun haruslah yang benar kejalan Allah semata-mata tida persimpangan, kalau isi tarbiah tu pun ade konar hehehe .. tarbiah la 30 tahun .. macam tu jugak laaa jadinya ...allahualam.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
Saya mengikuti perkembangan PEKIDA 3thn lamanya sebelum menyatakan hasrat. umur masa tu 28thn.
permohonan kali pertama (Melaka), reject. pakcik tu kata...alasanya ialah..
pengetahuan agama Fail. tak sampai tahap min. pun.
Seni bela diri Fail. (KO)
Matlamat Fail (kurang menyakinkan).
permohonan kali kedua (Penang), sebulan kena sekolah, baru lepas beb..
kesimpulanya, yang jadi introducer tu kena jadi mcm pakcik tuuuh. Lepas tu baru boleh bawak pi Bai'ah. sblm. jadi ahli pertubuhan. tapis lagi & barulah check umur. Sampai le hari ni.. Saya masih bayi lagi.
nampaknye banyak yang mempertikaikan isu saya tadi..memang,tanggungjawab ts adalah besar..pekida hanyalah labah2..sesapa yang nak ambil adik..tak kire brape tahap umornya..kalau abang mereka beri tunjuk ajar yang sempurna..maka sempurna laa barisan jemaah itu..kalau abang die pon loklak...loklak laa jadinyeh..tu yang jatuh hukum najis tuh kadang2...tepuk dada..tanya jantung..asik tanye selera..iman je..cube tanye jantung plak..
setuju ngan saudara semua..pekida ini bukan bleh dibuat main2..jika hendak dibaiah pun perasaan takut dan berdebar pasti ada...ni kan kita salah satu ahli bawah umur 18thn..umur2 seperti ini patutnya berjuang untuk pelajaran..ahli2 disini dah lepas pelajaran dah..jgn salah anggap plak..belajar mungkin ada lagi tetapi fikiran dah matang dgn ilmu..bwh 18 ni..cam kata abg tongkat30..belum habis matang..fikirkanlah..buat aper kita nak menjadi ahli??untuk ape kita menunjuk2 keychain , sticker semua tu??kalau kita nak menjadi ahli..tugas dan tanggungjawab sgt berat..itu budak2 18thn harus tahu..tersurat tu kebykkan mesti dah tahu..tersirat tu...byk lagi...saya sendiri pun belum dibaiah..stakat join forum mengeratkan hubungan antara saudara2 seislam dan seperjuangan..bersatu kita teguh,berpecah kita roboh..jika ada yg tersinggung ngan kata2 saya,saya minta maaf supaya tidak salah faham..ini hanya untuk penjelasan pada 18thn kebwh..
assalam'mualaikum, Saya mengikuti perkembangan PEKIDA 3thn lamanya sebelum menyatakan hasrat. umur masa tu 28thn. permohonan kali pertama (Melaka), reject. pakcik tu kata...alasanya ialah.. pengetahuan agama Fail. tak sampai tahap min. pun. Seni bela diri Fail. (KO) Matlamat Fail (kurang menyakinkan). permohonan kali kedua (Penang), sebulan kena sekolah, baru lepas beb.. kesimpulanya, yang jadi introducer tu kena jadi mcm pakcik tuuuh. Lepas tu baru boleh bawak pi Bai'ah. sblm. jadi ahli pertubuhan. tapis lagi & barulah check umur. Sampai le hari ni.. Saya masih bayi lagi. man-man maaa...
Assalamualaikum semua . . .
sudah sekian lama hamba tidak mengikuti forum nie... banyak dah perubahannya...alhamdulillah...
untuk saudara amirjun...benar sungguh lah kata-katamu itu...hamba juga pernah disuruh balik oleh paduka ayahanda kerana tak cukup syarat...setelah agak lama baru lah paduka ayahanda menerima hamba nie...tetapi kan saudara amirjun...mengapa tidak kembali ke tempat asal???
kenapa jauhnyer merantau???
tapi baguslar...kita semua satu keluarga...tak kira mana jua tempat lahirnya...
bagi saudara-saudara yang lain...andaikata cetek ilmu kita atau kita ini masih menyusu lagi...usahlar kita membuka pekung di dada...tayang sana tayang sini...tunjuk sana tunjuk sini...ingatlar...tatkala kita sedang menunjuk2 itu ada mata yang memerhati...dan dikalangan mata yang memerhati itu ada pula saudara-saudara kita juga...ada juga kekanda-kekanda kita juga...melihat kita yang sedang megah dengan ilmu yang tak seberapa...
usah melenting dengan apa yang hamba hujahkan ini...sekadar peringatan untuk hamba juga...
teringat paduka ayahanda berpesan..."ikut resmi padi...makin berisi makin tunduk kebumi"