Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sayangi la IBU anda


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
Sayangi la IBU anda


INI ADALAH MENGENAI KASIH SAYANG SEORANG IBU:

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang
sibuk menyediakan makan malam di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan
di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

KOS UPAH MEM BANTU IBU:
-Tolong pergi kedai =$4.00
-Tolong jaga adik =$4.00
-Tolong buang sampah =$1.00
-Tolong kemas bilik =$2.00
-Tolong siram bunga =$3.00
-Tolong sapu sampah =$3.00
-Jumlah : =$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang
si anak sambil sesuatu berlegar-legar di
mindanya.Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum,pakaian,
dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen
dan menulis'TELAH DIBAYAR MALAH TERHUTANG'
pada mukasurat yang ditulisnya.Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu
(dan diulang sebanyak tiga kali),kemudian ayahmu,
kemudian saudara-saudara terdekatmu."


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

ibu adalah segala2nye...


syurga d bawah tapak kaki ibu...



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

betul beb, isteri bolih cari lain, anak bolih buat lain tapi ibu tiada gantinya.

__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

kuzairi wrote:


betul beb, isteri bolih cari lain, anak bolih buat lain tapi ibu tiada gantinya.


 


betul betul sangat setuju dengan saudara



__________________
alllang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard