Rukun syahadah ketiga mengajar kita untuk mengenali perbuatan Allah...setiap apa yang berlaku tanpa kehendak tanpa afal allah tak berlaku...melihat apa yang berlaku adalah tentuan allah...mengaku setiap sesuatu tidak berkuasa melainkan allah... "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." Janganlah sampai kita beriktikad bahawa ada kuasa yang sebanding dengan kuasa Allah nanti takut membatalkan syahadah kite...
Tidak bergeraknya kereta tanpa afal allah...minyak dan enjin tu cuma tempat/syarat aje.. Sekiranya kita berpegang dengan syahadah tadi, nampaklah kita setiap sesuatu itu berlaku dengan izin allah..dengan kudrat allah..
Perdalamkan lagi pengatahuan kita pada rukun islam pertama ni...kalau mencari tarikat, ilmu tasauf, jangan kita tengok guru yang mengajar hakikat, mengajar makrifat mengajar zikir-zikir tinggi-tinggi...nanti takut tak sampai... cari lah guru yang mengajar asas agama, yang ilmu syahadahnya penerangan nya mendalam...sebab kat situlah asas/tiang agama..sebab kalau nak membina KLCC kita bukan buat puncak menaranya dulu...tapi ilmu asas/foundation nya dulu mesti dikaji dan dikukuhkan dahulu...
Carilah syahadah...segalanya ada didalamnya..cari lah yang zahir...dan carilah yang batin..sebab diri manusia ni dua...dan yang nak balik adalah yang didalam. yang sampai kepada allah ialah yang didalam...
Kalau solat, yang dalam tak solat cemana? kalau Puasa yang dalam tak puasa cemana? kalau mengaji yang dalam diam cemana? Kalau yang diluar dipandang cantik, yang dalam belum tentu lagi..Kalau Allah nak menilik hambanya, yang ditilik ialah hatinya. bukan perbuatan atau pakaiannya...
Hati itu haram bagi sesuatu selain Allah...Bila dalam hati kita dipenuhi dengan duniawi tu yang makin sakit bila nak dicabut nyawa dari badan... cuba bayangkan andaikata duit kita RM10 000 yang baru dikeluarkan dari bank hilang? Pasti sakitnya hati, frust , kecewa semua ada...Bayangkan plak camna ketika kita nak mati nanti akan kehilangan semua sekali..anak-anak, isteri-isteri (hehe)..rumah, harta, kereta, dan macam2 lagi.. sebab tu lah dunia ni haram diletakkan didalam hati..
Sebab hati tu tempatnya hanyalah untuk allah...hidupkan hati berzikir mengingati allah..allah...allah setiap saat..
Bak kata orang kalau kita nak sayangkan Ani tapi kita tak kenal, ce sebut nama ani seribu kali sehari, sebut berhari-hari, berbulan bulan.... lama-lama datanglah perasaan nak kenal siapa Ani..kemudian datangnya perasaan cinta merasakan kasih sayang pada nama Ani tadi..dan kemudian pastinya cinta tadi akan sentiasa dihati..masa tu dah tak perlu susah payah menyebut nama ani lagi..nama tu pula akan sentiasa berbunyi dengan sendiri beserta perasaan cinta kasih sayang....
Itulah roh kepada syahadah tadi..perbuatan yang didalam..roh syahadah inilah yang akan mencuci hati kita..akan membersihkan sisa-sisa duniawi dalam diri..yang membuatkan cinta kita kepada allah...yang menampakkan kita kepada afal allah sentiasa...
bila syahadah batin ini telah sebati dengan diri, time tu kalau duit kita hilang RM10 000 pun kita bleh bersabar, kita bleh redha, kita nampak perlakuan allah...Dari syahadah tu juga datangnya sabar, redha, ikhlas, merendah diri dan lain lain lagi sifat yang bebaik. Sifat yang ada pada rasullullah.
Barulah kita dapat mengikis dunia dari hati. Dapat meninggalkan dunia sebelum kita mati. Matikan diri kita sebelum kita mati.