Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jendela Hikmah: Usah buat tuduhan melulu terhadap mangsa musibah.


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
Jendela Hikmah: Usah buat tuduhan melulu terhadap mangsa musibah.


Assalamualaikum ...
Jendela Hikmah: Usah buat tuduhan melulu terhadap mangsa musibah.

HIDUP manusia pasti akan mengalami masa suka dan duka. Ini adalah sunatullah. Pernahkah terfikir kenapa setiap yang hidup akan melalui liku duka, di samping saat-saat suka? Apakah hikmah di sebalik suka dan duka. Kalau ini sunnatullah, tentu ada sebab setiap perkara itu berlaku.




 

Setiap kali musibah besar berlaku, ada yang rugi dan dirundung malang. Kadang-kadang skala musibah itu tidak difikirkan dengan minda. Ada yang tidak dapat menerimanya walaupun berlaku di depan mata.

Memang ada kalanya bencana berlaku kepada orang yang jahat dan tidak ingatkan Allah, sebab manusia terlalu biadap hingga patut saja dimusnahkan? Namun bukan semua musibah akibat perangai manusia yang melampau batas. Ada juga musibah ditimpakan untuk menguji dan menduga keimanan dan ketabahan. Kadang kala kita belum tahu kehebatan seorang sehingga krisis melanda. Pada saat itu, barulah kita tahu hati budi orang yang dilanda krisis dan orang di sekelilingnya.

Sering kali kita terlalu mudah memperkatakan dan menghukum seseorang, sedangkan tidak berada dalam keadaan seperti itu. Maka, saya sendiri tidak tergamak hendak melakukan demikian iaitu menuduh orang yang ditimpa malang sebagai mencetuskan keadaan malang itu sendiri. Namun lihat pada firman Allah yang bermaksud: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahanmu).” (Surah Asy Syuura, ayat 30)

Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa setiap musibah yang menimpa adalah akibat perbuatan kita sendiri dengan tidak ada kecualinya. Ayat ini juga diikuti dengan peringatan keampunan Allah terhadap sebahagian besar kesalahan kita.

Bagaimana harus kita mengambil ayat ini, lebih-lebih lagi apabila malapetaka yang berlaku dalam skala gempa bumi dan tsunami serta ribut taufan dan banjir besar? Apatah lagi yang ditimpa bala adalah umat Islam yang kita rasakan umat yang patuh taat kepada Allah? Adakah tsunami dan gempa bumi itu, semuanya adalah akibat perbuatan diri ini?

Contohnya, seorang kanak-kanak lelaki umur lapan tahun mati kena kejutan elektrik setelah mencelup tangannya ke dalam air pancut. Adakah anak itu membuat dosa besar, sedangkan anak itu belum baligh?

Faktanya begini.


  • Anak itu mencelup tangannya ke dalam air. Ini perbuatannya sendiri. Salahkah perbuatannya itu? Pada hakikatnya tidak salah.


  • Air pancut itu mempunyai kebocoran kuasa elektriknya ke dalam air dalam kolam. Salah siapa? Kemungkinan besar salah pihak majlis yang tidak membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan keselamatan air pancut berkenaan.


  • Tiada yang tahu cara untuk menyelamatkan anak itu dengan tidak membahayakan diri sendiri. Salah siapa? Salah orang sekeliling sebab tidak tahu dan tidak mempelajari langkah keselamatan.

    Melihat fakta di atas, maka fahamlah kita apa yang dimaksudkan dengan musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.

    Kamu yang dimaksudkan bukan seorang manusia tetapi sekumpulan manusia yang masing-masing perlu mainkan peranannya untuk memastikan keselamatan. Begitu juga memahami langkah yang patut diambil pada setiap krisis yang melanda.

    Kita boleh yakin bahawa walaupun malang yang menimpa adalah akibat keputusan yang kita buat, ini tidak bererti kita mungkin tidak berdosa dengan keputusan itu walaupun ia menyebabkan musibah menimpa diri.

    Justeru, sikap yang diambil oleh orang yang terkena musibah adalah seperti yang disebutkan dalam firman Allah bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun."(Surah al-Baqarah, ayat 155 dan 156)

    Ramai juga yang sebelum diduga menjangka mereka manusia yang hebat dan gembira dan merasakan diri mereka disayangi Allah. Tetapi, apabila ditimpa musibah, amat kecewa dan sedih.

    Malah, ada yang memarahi Tuhan dengan mengatakan: “Inikah balasan-Mu Ya Allah dengan kesetiaan dan ketaatanku terhadap-Mu?”

    Allah berfirman mengenai perkara ini bermaksud: “Dan apabila Kami rasakan suatu rahmat pada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.” (Surah ar-Ruum, ayat 36)

    Ayat itu menegaskan ayat yang disebut awal tadi serta menyatakan sikap orang beriman yang tetap akan beruntung walaupun dirunding malang.

    "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah at-Taghaabun, ayat 11)

    Firman Allah kepada mereka yang ditimpa malang, maksudnya: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman." (Surah Ali Imran, ayat 139)

    Ayat di atas ini diturunkan selepas peperangan Uhud. Umat Islam ditimpa kekalahan dan ramai yang syahid.

    Berikutan itu, Allah menasihatkan umat Islam yang ditimpa malang supaya jangan lemah semangat dan bersedih hati, sedangkan mereka sebagai orang yang beriman tinggi darjat jika benar-benar beriman.

    Ayat ini menunjukkan kecekalan dan keanjalan yang patut ada kepada orang yang benar-benar beriman dan menyerah diri bulat-bulat kepada Allah.

  • Wa'salam.



    __________________
    Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
    Page 1 of 1  sorted by
     
    Quick Reply

    Please log in to post quick replies.

    Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


    Create your own FREE Forum
    Report Abuse
    Powered by ActiveBoard