Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bincang2 Ilmu usuluddin


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Bincang2 Ilmu usuluddin


salam...ahli furom Pekida sekalian


kelihatan ramai yang mahir didalam ilmu usuluddin pada forum ini. Oleh itu, sudilah kiranya disumbangkan segala pengetahuan mengenai perkara ini dan lebih baik lagi andainya dapat diperhalusi melalui muzakarah sesama kita agar dapat kita akan manfaat daripada apa yang bakal dihuraikan nanti.


saya juga berharap agar tuan-tuan sekalian dapat menyampaikan dengan hujah yang terang dan jelas supaya dapat difahami.


ilmu usuluddin ini ada mabadi(permulaannya)


saya mulakan dengan penerangan ini:


Definisi usuluddin ialah asas agama (usul dan ad’din). Usuluddin bermaksud mempelajari asas agama untuk membentuk aqidah. Selain itu, ilmu ini juga dikenali dengan nama Aqidul Iman, Ilmu Kalam atau Ilmu Sifat 20.


 


Pengasas ilmu ini ialah  Abu Hasan Al-Asy’ari yang lahir di Basrah pada tahun 873H.


Beliau mulanya adalah murid Abu Ali al-Jubba’i yang berfahaman Muktazilah dan ilmu usuluddin ini seterusnya dikembangkan oleh Abu Mansur Al Maturudi.  


 


Tujuan kita menuntut ilmu Usuluddin adalah untuk kita kenal Allah pada sifat-sifatNya. Mengenal sifat-sifat Allah ini menjadi sebab utama dalam ilmu Usuluddin ini.


 


Dengan mengetahui ilmu Usuluddin, dapatlah kita mengetahui sifat-sifat yang layak bagi  juga dapat pula kita menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah dan menyelamatkan kita daripada mensyirikkan Allah. Maka setelah itu, dengan ilmu inilah akidah Islam dibentuk.


 


 


 



__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

secara kasarnya terdapat beberapa hukum yang diguna pakai didalam ilmu usuluddin ini iaitu :


1. hukum syarak


2. hukum akal


3. hukum adat


bila berkata berkenaan dengan hukum syarak, maka dirujuk pada dua perkara iaitu Al-Quran dan Hadith.


hukum akal pula, merujuk kepada Wajib Akal, Mustahil Akal dan Harus Akal.


sebagai contoh : Wajib akan wujudnya Allah dan mustahil Allah itu tidak wujud akan tetapi hanyalah harus bagi Allah untuk menjadikan kita semua.


kemudian adalah hukum adat. hukum adat adalah perkara dan peraturan yang berlaku disekeliling kita sehari-hari. sebagai contoh ialah bila kaki menendang bola maka bola itu melantun, bila makan maka hilang rasa lapar, bila ada makanan masuk maka najis la yang terkeluar.


harap diperbetulkan sekiranya tersilap ..Kalau betul kena belanja makan..


jika silap adinda rela kena tendang...




__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

bagus topic nih ble gak ilmu..sapa2 yg tau tu posting laaa yer.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

untk lebih mengemaskan lagi tentang apa itu ilmu usuluddin saye perincikan sikit kat bawah ni:

usuluddin adalah asal agama..asal agama adalah islam...sejak dari adam dahulu lagi islam adalah agama umat sejagat (umat islam) bile disebut asal agama maka perlu diingat bahawa "awaluddin ma'rifatullah" asal2 agama adalah mengenal allah..betul ape yang diterangkan oleh sijantung hati...dalam ilmu usuluddin kite perlu mengenal allah..mengenal allah itu bukanlah dalam bentuk hakikat..kerana tiada zat yang menyerupainya..kite tidak boleh mengambarkan allah itu bagaimana..tetapi mengenal allah itu adalah kita mengenal zat2 allah taala..iaitu sifat2 allah.. setelah kita mengenal allah maka kite pergi peringakat yang ke2 iaitu amar makruf nahi mungkar... bagi orang2 takhasus usuluddin kerja2 dan tugas mereka ni adalah mencari punca permasalahan samada dalam aqidah atau syariah dsbg..kemudian datanglah orang2 syariah pula menghukumkan sesuatu itu haram,halal dsbg...usuluddin ibarat kite menebang rumput2 ditengah padang..apabila sudah rata dia menanam benihnya pula...setelah berbuah maka datanglah orang syariah memetik buahnya...ini adalah gambaran bahawa ilmu didalam islam ni tersusun dan teratur...kesimpulannya usuluddin berpaksi kepada


__________________
qastantinedebayzantine


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

Terbahagi pula hukum akal yang 3 itu (wajib, harus dan mustahil) kepada 2 bahagi

1. dhoruri


2. nazhori


Jadilah 2 kumpulan:


1. wajib akal dhoruri
    mustahil akal dhoruri
    harus akal dhoruri


 


2. wajib akal nazhori
    mustahil akal nazhori
    harus akal nazhori

Mintak tuan-tuan lain, kita bincang kongsi2..sampaikan mana ada lebih lanjut



__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

banyaknye pengetahuan yang hambe dapat...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

 


takde sape2 lagi ... nak explain,


disini boleh kita ingat2kan kembali...



__________________
mohd hawarie
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard