Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: REFLEKSI DATI TULISAN ABGABGLONG


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:
REFLEKSI DATI TULISAN ABGABGLONG


Assalamualaikum,


Memang menarik tulisan atau luahan dari 'abgabglong' namun ramai lagi yg masih tepu dan dunggun, ianya pedih namun itulah hakikat yang berlaku, memperkatakan TS memang mudah tapi nak disusuli dengan perbuatan tidak semudah itu. Ini saya katakan pada semua baik merah atau putih dengan ini saya sertakan dibawah coretan & luahan hati hamba allah baik untuk kita renungkan, lihat didalam diri kita masing-masing kene tak batang hudung kita sendiri:


wassalam


MEMPERJUANGKAN AGAMA ATAU MEMPERGUNAKAN AGAMA?


Engkau perjuangkan agama dan bangsakah?
Atau engkau memperjuang mengunakan agama dan bangsa?
Memperjuangakan agama dan bangsa tidak sama dengan
berjuang menggunakan agama dan bangsa.
Kalau engkau berjuang untuk agama dan bangsa
engkau berkorban untuk kedua-duanya
Engkau sanggup susah dan menderita kerana kedua-duanya
Engkau sanggup menjadi miskin kerana agama dan bangsa
Agama dan bangsa lebih engkau cintai dari diri mu sendiri
Bahkan engakau sanggup korbankan nyawa kerana kedua-duanya.

Kalau engkau berjuang menggunakan agama dan bangsa lain sifatnya
Ertinya engkau berjuang memperalatkan agama dan bangsa
Untuk kepentingan diri engkau
Berjuang menggunakan agama dan bangsa
Agama dan bangsalah yang akan terkorban
Engkau tidak akan sanggup berkorban lebih-lebih lagi tidak sanggup terkorban
Jika engkau sanggup berkorban tentulah engkau hendakkan pulangan
Kalau tidak ada pulangan jangka pendek mahu pun jangka panjang
Engkau tidak sanggup berkorban

Jika sanggup juga berkorban hanya hendak menyorokkan
tembelang jangan orang perasan
Tanda-tanda orang yang berjuang menggunakan agama dan
bangsa kalau orang perhatikan nampak dan terang.

Tanda-tanda itu boleh disenaraikan seperti yang dinyatakan:-
Jawatan menjadi rebutan
Kerana berkehendakkan jawatan sanggup menjatuhkan kawan atau dibeli dengan wang
Sekiranya tidak ada jawatan hati sakit dan meradang
Kerana hendak jawatan menggunakan pengaruh pemimpin yang ada jawatan.
Jika sudah diusahakan untuk mendapatkan jawatan, gagal juga, tenaga dan pengorbanan dibekukan
Suka menonjolkan diri dan memperlecehkan kawan sekali pun nampak berkawan
Berkawan didalam satu perjuangan tidak ada kejujuran
Berkawan selama mana kawan itu dapat diperalatkan
Jika tidak boleh diperalatkan hubungan pun renggang Kalau parti sudah jadi kerajaan, banyaklah projek menjadi rebutan

Itulah dia antara sifat-sifat oarang yang berjuang menggunakan agama dan bangsa. Rakyat biasa atau orang tidak peka tidak akan perasan
Kerana orang berjuang atas niat apa pun sibuk dan tidak ada kerehatan
Jadi orang ramai tidak dapat mengesannya
Rupa-rupanya mereka berjuang menggunakan agama dan bangsa untuk kehidupan mereka.

Tidak hairanlah umat Islam berjuang diseluruh dunia
Yang berlaku hanya perpecahan sesama sendiri
Yang berlaku peperangan sesama umat Islam
Yang berlaku ialah kemunduran dan kemiskinan
Yang berlaku hanya kepentingan diri, yang kuat senang,
Yang lemah miskin merempat, terbuang
Yang berlaku pemimpin–pemimpin pejuang agama dan bangsa kaya raya
Rakyat jelata dalam kemiskinan.



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:

 Assalamualaikum!!!


Ada yang tersurat dan ada yang tersirat...



__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:

Assalamualaikum,

Banyak maksudnya tu, Renungkan dan Fahamkan...

__________________

Panglima 7 @ Ayahanda Mr.T



Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Tak tau nak ckp camaner dah.Diorg ni tak faham2

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

apa apa jerk

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

masing2 paham2 laaa..

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

assalamualaikum,


hm..byk maksudnya..begitu juga isi tersurat dan isi tersirat..tp jika kita renungkan betul2 kita akan tahu ape yg disampaikan oleh abg betara..fahamikan..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

bijak menilai..........

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Assalamualaikum...


Suatu yg bagus untuk kita hayati dan renungkan bersama sebagai pejuang...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

 


Kekuatan bukan satu keputusan yg nyata, sesuatu yg terjadi hanya milik mutlak ALLAH sahaja. bawalah sikap Tawakkal dan jgn pula kita hanya berserah sahaja, kerna ALLAH mengurniakan Akal & Fikiran. Harus berusaha. Yang Batil tidak akan kekal, ia terjadi cuma Allah ingin memperlihatkan sebagai tauladan kepada kita. ambillah iktibar dari semua kejadian tersebut.



__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

insyaALLAH
ble di wat panduan...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...

mcm2 ada sekarang ni...sendiri fikir2 kan dan renung kan sebentar...

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

Sendiri mau ingat.


Kita ada akal untuk berfikir.


Kita ada mulut untuk bersuara.


Kita tangan untuk menulis.


Kita juga mempunyai hati dan perasaan.


Jadi gunakan la semua itu untuk kebaikan.


LAKUKAN APA YANG DITUNTUT JANGAN JADI PAK TURUT.



__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

Yeah... bagus dan padat!!!


Jgn memperjolikan agama , bangsa dan tanah air kita


JALAN DGN MARUAH DIRI KITA IlI



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum ...


Memang tepat dan tajam. Memang benar, tulisan adalah senjata yg paling tajam. Dia hanya tepat kepada orang yg bok bang jer ...



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

5 cara pilih kawan


-berakal                


-berakhlak                                                                                                             


-jauhkan berkawan dgn org yg fasiq                                                                 


-jgn berkawan dgn org bida'ah                                                                                        


-jgn kawan dgn org yg cintakan dunia.                                            


 


-hanya meluah-



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

betara wrote:


Assalamualaikum, Memang menarik tulisan atau luahan dari 'abgabglong' namun ramai lagi yg masih tepu dan dunggun, ianya pedih namun itulah hakikat yang berlaku, memperkatakan TS memang mudah tapi nak disusuli dengan perbuatan tidak semudah itu. Ini saya katakan pada semua baik merah atau putih dengan ini saya sertakan dibawah coretan & luahan hati hamba allah baik untuk kita renungkan, lihat didalam diri kita masing-masing kene tak batang hudung kita sendiri: wassalam 


        Assalamualaikum wbt...


        Berkaitan dengan MEMPERJUANGKAN AGAMA ATAU MEMPERGUNAKAN AGAMA?


Sejauh Manakah Makna Penggabungan Diri dalam apa yang kita laung-laungkan PERJUANGAN...Sebenarnya menggabungkan diri dengan harakah Islamiah bukan hanya memadai dengan membuat permohonan menjadi ahli dan mendaftar nama sahaja, bukan juga sekadar berulang-alik ke markas-markas gerakan atau kelab-kelabnya dan menghadiri ijtimak-ijtimak anjuran jemaah semata-mata. Penggabungan ini mestilah membawa kepada pengertian yang lebih jauh dari itu. Penggabungan yang tidak sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ia adalah penggabungan yang membuktikan kemantapan akidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim.


1. Penggabungan Akidah.


Perkara pertama yang wajib diketahui apabila kita menggabungkan diri dengan Harakah Islamiah ialah sejauh manakah berlakunya penggabungan dari sudut akidah kerana Harakah Islamiah menolak penggabungan yang berdasarkan kepada (kecenderungan atau thiqah terhadap) peribadi (sahsiah) seperti yang berlaku pada pertubuhan-pertubuhan asing yang hanya mementingkan soal-soal teraju kepimpinan sahaja dan hubungan seperti inilah yang menjadi kuman-kuman yang menghancurkan pertubuhan-pertubuhan tersebut.


Oleh itu penggabungan Harakah Islamiah pertama-tamanya ialah penggabungan dengan agama Islam sendiri. Penggabungan ini seterusnya menuntut kita mentaati segala titah perintah Allah s.w.t, mengharapkan rahmat serta keredaannya. Dengan cara ini penggabungan dengan harakah Islamiah tidak terjejas sekiranya berlaku kematian peribadi tertentu atau kehilangan mereka dari medan dakwah kerana sesuatu sebab, kerana penggabungan akidah mengikat seseorang dan jamaah dengan Allah s.w.t. Inilah sebenarnya yang merupakan rahsia berlakunya gerakan dakwah serta penerusannya. (Sayidina Abu Bakar r.a berkata:) "Sesiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak mati".


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Surah Al-Fath, Ayat: 10).


Harakah Islamiah juga menolak penggabungan yang didorong oleh semangat dan perasaan yang melulu kerana Islam itu sendiri adalah sistem yang ditegakkan di atas dasar kefahaman, juga kerana matlamat bekerja untuk Islam itu sendiri adalah untuk menegakkan manhaj hidup Islam di dalam masyarakat di mana perlaksanaannya dilakukan dengan penuh kesedaran, penelitian dan secara lebih objektif. Oleh yang demikian kesedaran yang timbul dari akidah, kesedaran dalam bentuk haraki dan pegangan yang kukuh dari sudut amalan merupakan perkara yang disyariatkan untuk penggabungan diri dengan gerakan Islam. Bahkan keteguhan pendirian seseorang dalam melaksanakan amal-amal dakwah dan jaminan untuk terus kekal bersama arus dakwah serta turut mengecap kejayaannya menuntut seseorang itu memiliki kefahaman yang betul dan kesedaran yang murni terhadap makna penggabungan ini. Ramai di kalangan mereka yang gugur tercicir dari jalan dakwah ataupun bertindak meninggalkan perjalanan ini dengan begitu cepat adalah terdiri dari mereka yang turut serta atas dorongan dan perasaan yang melulu atau atas semangat dan tekanan suasana tertentu sedangkan mereka tidak memahami gambaran sebenarnya tentang jalan perjuangan ini.


Harakah Islamiah menolak penggabungan yang mengandungi maslahat atau tujuan tertentu atau dalam erti kata yang lain dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencapai maksud dan kepentingan diri sendiri. Mereka menjadikan penggabungan diri mereka dengan jamaah sebagai satu cara untuk mencapai keuntungan peribadi sama ada dalam bentuk kebendaan ataupun masyarakat.


Sebenarnya penggabungan diri ke dalam Harakah Islamiah bererti seseorang itu mestilah mengorbankan seluruh kekuatan dan kemampuannya untuk jamaah, menyerahkan kepentingan diri untuk kepentingan jamaah, bukan sebaliknya. Inilah yang menambatkan amal dengan niat (seseorang). Intima' atau penggabungan dengan Harakah Islamiah adalah intima' dengan seluruh ruang lingkup gerak kerjanya. Oleh yang demikian tidak dapat tidak seseorang yang bergabung dengan Harakah Islamiah mestilah membersihkan (menyucikan) dan memurnikan diri dan jiwa mereka dari segala kepentingan yang rendah. Rasulullah s.a.w bersabda:


Yang bermaksud:


Sesungguhnya amalan-amalan itu hanya (dikira) dengan niat. Sesungguhnya (ganjaran) bagi setiap orang itu (diberi) berdasarkan apa yang ia niatkan. Malah sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka (balasan) hijrahnya (ialah pahala kerana) Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang hijrahnya untuk dunia yang diingininya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka (balasan) hijrahnya itu ialah mengikut apa yang dia niatkan.


(Muttafaqun Alaih).


IkhwanMuslimin.


 



__________________
Ikhwan Muslimin


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

ikhwanmuslimin wrote:


betara wrote: Assalamualaikum, Memang menarik tulisan atau luahan dari 'abgabglong' namun ramai lagi yg masih tepu dan dunggun, ianya pedih namun itulah hakikat yang berlaku, memperkatakan TS memang mudah tapi nak disusuli dengan perbuatan tidak semudah itu. Ini saya katakan pada semua baik merah atau putih dengan ini saya sertakan dibawah coretan & luahan hati hamba allah baik untuk kita renungkan, lihat didalam diri kita masing-masing kene tak batang hudung kita sendiri: wassalam          Assalamualaikum wbt...         Berkaitan dengan MEMPERJUANGKAN AGAMA ATAU MEMPERGUNAKAN AGAMA? Sejauh Manakah Makna Penggabungan Diri dalam apa yang kita laung-laungkan PERJUANGAN...Sebenarnya menggabungkan diri dengan harakah Islamiah bukan hanya memadai dengan membuat permohonan menjadi ahli dan mendaftar nama sahaja, bukan juga sekadar berulang-alik ke markas-markas gerakan atau kelab-kelabnya dan menghadiri ijtimak-ijtimak anjuran jemaah semata-mata. Penggabungan ini mestilah membawa kepada pengertian yang lebih jauh dari itu. Penggabungan yang tidak sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ia adalah penggabungan yang membuktikan kemantapan akidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim. 1. Penggabungan Akidah. Perkara pertama yang wajib diketahui apabila kita menggabungkan diri dengan Harakah Islamiah ialah sejauh manakah berlakunya penggabungan dari sudut akidah kerana Harakah Islamiah menolak penggabungan yang berdasarkan kepada (kecenderungan atau thiqah terhadap) peribadi (sahsiah) seperti yang berlaku pada pertubuhan-pertubuhan asing yang hanya mementingkan soal-soal teraju kepimpinan sahaja dan hubungan seperti inilah yang menjadi kuman-kuman yang menghancurkan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Oleh itu penggabungan Harakah Islamiah pertama-tamanya ialah penggabungan dengan agama Islam sendiri. Penggabungan ini seterusnya menuntut kita mentaati segala titah perintah Allah s.w.t, mengharapkan rahmat serta keredaannya. Dengan cara ini penggabungan dengan harakah Islamiah tidak terjejas sekiranya berlaku kematian peribadi tertentu atau kehilangan mereka dari medan dakwah kerana sesuatu sebab, kerana penggabungan akidah mengikat seseorang dan jamaah dengan Allah s.w.t. Inilah sebenarnya yang merupakan rahsia berlakunya gerakan dakwah serta penerusannya. (Sayidina Abu Bakar r.a berkata:) "Sesiapa yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak mati". Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Surah Al-Fath, Ayat: 10). Harakah Islamiah juga menolak penggabungan yang didorong oleh semangat dan perasaan yang melulu kerana Islam itu sendiri adalah sistem yang ditegakkan di atas dasar kefahaman, juga kerana matlamat bekerja untuk Islam itu sendiri adalah untuk menegakkan manhaj hidup Islam di dalam masyarakat di mana perlaksanaannya dilakukan dengan penuh kesedaran, penelitian dan secara lebih objektif. Oleh yang demikian kesedaran yang timbul dari akidah, kesedaran dalam bentuk haraki dan pegangan yang kukuh dari sudut amalan merupakan perkara yang disyariatkan untuk penggabungan diri dengan gerakan Islam. Bahkan keteguhan pendirian seseorang dalam melaksanakan amal-amal dakwah dan jaminan untuk terus kekal bersama arus dakwah serta turut mengecap kejayaannya menuntut seseorang itu memiliki kefahaman yang betul dan kesedaran yang murni terhadap makna penggabungan ini. Ramai di kalangan mereka yang gugur tercicir dari jalan dakwah ataupun bertindak meninggalkan perjalanan ini dengan begitu cepat adalah terdiri dari mereka yang turut serta atas dorongan dan perasaan yang melulu atau atas semangat dan tekanan suasana tertentu sedangkan mereka tidak memahami gambaran sebenarnya tentang jalan perjuangan ini. Harakah Islamiah menolak penggabungan yang mengandungi maslahat atau tujuan tertentu atau dalam erti kata yang lain dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencapai maksud dan kepentingan diri sendiri. Mereka menjadikan penggabungan diri mereka dengan jamaah sebagai satu cara untuk mencapai keuntungan peribadi sama ada dalam bentuk kebendaan ataupun masyarakat. Sebenarnya penggabungan diri ke dalam Harakah Islamiah bererti seseorang itu mestilah mengorbankan seluruh kekuatan dan kemampuannya untuk jamaah, menyerahkan kepentingan diri untuk kepentingan jamaah, bukan sebaliknya. Inilah yang menambatkan amal dengan niat (seseorang). Intima' atau penggabungan dengan Harakah Islamiah adalah intima' dengan seluruh ruang lingkup gerak kerjanya. Oleh yang demikian tidak dapat tidak seseorang yang bergabung dengan Harakah Islamiah mestilah membersihkan (menyucikan) dan memurnikan diri dan jiwa mereka dari segala kepentingan yang rendah. Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sesungguhnya amalan-amalan itu hanya (dikira) dengan niat. Sesungguhnya (ganjaran) bagi setiap orang itu (diberi) berdasarkan apa yang ia niatkan. Malah sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka (balasan) hijrahnya (ialah pahala kerana) Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang hijrahnya untuk dunia yang diingininya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka (balasan) hijrahnya itu ialah mengikut apa yang dia niatkan. (Muttafaqun Alaih). IkhwanMuslimin.  


terima kasih ikhwan,,, apa yg kamu tulis ni btul2 membuatkan sy terfikir sejenak.. trima kasih skali lagi



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard