Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: serangan bom berani mati


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
serangan bom berani mati


 
serangan bom berani mati







PEKERJA perubatan membawa mangsa yang cedera parah dalam kejadian letupan bom untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Bangladesh semalam. - AP.




DHAKA 29 Nov. - Seramai sembilan orang terbunuh manakala 65 lagi cedera dalam dua kejadian letupan yang dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati di dua buah bandar, di sini hari ini.


Pengeboman itu dipercayai didalangi oleh kumpulan militan yang berusaha menuntut negara ini mengamalkan undang-undang Islam.


Dalam kejadian pertama, tiga orang terbunuh manakala 15 yang lain cedera selepas satu letupan berlaku di tempat pemeriksaan polis di luar bangunan mahkamah di bandar Chittagong.


Bagaimanapun, pihak polis percaya bahawa seorang daripada mereka yang terbunuh itu merupakan anggota pengebom berani mati.


Kejadian letupan lain berlaku di sebuah kompleks mahkamah di Ghaziphur yang terletak 30 kilometer utara Dhaka.


Dalam kejadian itu, tiga orang terbunuh dan hampir 50 orang lagi cedera.


Kumpulan tersebut juga telah membunuh dua orang hakim di bandar Jhalakthi pada November lalu dan mengancam untuk membunuh lebih ramai lagi hakim sekiranya pihak kerajaan enggan mengubah sistem kehakiman di negara ini.


Pihak polis mengakui bahawa kejadian pengeboman kerap berlaku di negara ini berikutan pertambahan dalam bilangan anggota pengebom berani mati dalam kumpulan itu.


Selain itu, kumpulan tersebut dikatakan telah membentuk kira-kira 2,000 orang pengebom berani mati yang dikenali sebagai ``Skuad Berani Mati'' yang terdiri daripada anggota Jamaatul Mujahideen dan dua lagi kumpulan yang haramkan iaitu Janata Muslim Janata Bangladesh dan Harkatul Jihad. - Reuters






__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

huh ape nak jadi skunk nie...


takziah pada yang mengalaminye...


semoga ALLAH mencucurinye...amin



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

fisabillilah cam tu ker?


minta saudara semua jelas / huraikan



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Cuba kita fikir...

Zaman Nabi dulu jihad macam ni ka???Jihad la dengan al-quran dan buat sunah Rasul-Nya...

Ni kira bunuh diri...bukan mati shahid...tapi dosa besar...zalim terhadap diri sendiri...

Ni cuma renungan untuk saya dan semua untuk muhasabah diri...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

tongkat30 wrote:


Cuba kita fikir... Zaman Nabi dulu jihad macam ni ka???Jihad la dengan al-quran dan buat sunah Rasul-Nya... Ni kira bunuh diri...bukan mati shahid...tapi dosa besar...zalim terhadap diri sendiri... Ni cuma renungan untuk saya dan semua untuk muhasabah diri...


 


 sy pun tak tau nak kata apa..  bg sy kalau pengebom brani mati di palastine dan iraq itu adalah sah kata mufti al-azhar... tp yg ni saya pun tak tau laaa kena tanya tok guru minta pendpt dia.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

uihhhh sebijik cam ayam tandoori kena bakar kat atas tuhh...takda penyakit cari penyakit

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard