assalamualaikum...saya ingin tahu apa yang harus dibuat jika ada adik beradik yang melakukan keganasan seperti memukul seorang isteri...kita semua tahu yang kaum wanita ini kaum yang lemah...kita di beri tanggungjawab untuk melindungi yang lemah bukan menindas...tetapi ada adik beradik yang suka memukul isterinya tanpa sebab yang munasabah...dari mana asalnya adik beradik itu tak payahlah saya nyatakan disini...cuma saya ingin tahu,apa yang harus dilakukan terhadap adik beradik itu...seperkara lagi isteri beliau sedang sarat mengandung...mungkin akan mendatangkan mudharat kepada si ibu dan si anak...saya sebagai kawan kepada mangsa berasa simpati...tetapi siapa yang boleh tahan jika seorang lelaki memukul wanita yang lemah lebih˛ lagi wanita itu mengandung...tetapi saya tidak berani mengambil tindakan sesuka hati...oleh itu,saya ingin meminta pandangan adik beradik lain apa yang harus saya buat...sekian...wassalam...
kalau masih boleh dinasihat... nasihatkanlah... tapi urusan rumahtangga ni sensitif... susah nak masuk campur... nak selamat ikut undang2... buat laporan polis...
waalaikumussalam warahmatullah... kalau masih boleh dinasihat... nasihatkanlah... tapi urusan rumahtangga ni sensitif... susah nak masuk campur... nak selamat ikut undang2... buat laporan polis...
tontoyo wrote: waalaikumussalam warahmatullah... kalau masih boleh dinasihat... nasihatkanlah... tapi urusan rumahtangga ni sensitif... susah nak masuk campur... nak selamat ikut undang2... buat laporan polis... A'kum saya sependapat saudara tontoyo
betul kata saudara semua..cuma kalau saya sendiri yg tgk..saya akan cuba untuk tegur..kalau tidak jln gak baru lah tegur menggunakan hati..tindakan tak boleh diambil sesuka hati kerana ini dah masuk campur dlm hal rumahtangga..kita hanya mampu lakukan ape yg terbaik..moga2 allah berikan petunjuk pada mereka..AMIN..
assalamualaikum...terima kasih kerana memberikan sedikit idea...sekarang ini masalahnya adik beradik ni dah tak makan nasihat...bukan sekali dua dia pukul si isteri...sekarang ni si isteri sedang sarat mengandung...tetapi suami ni buat endah tak endah...balik lewat pagi...pergi disco...banyak lagi benda yang tak sepatutnya dia sebagai seorang adik beradik dan seorang suami lakukan...wassalam...
untuk mengelakkan penganiayaaan berterusan... kenalah buat laporan polis... tapi saudara hafiz perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan tindakbalas dari yang membuat masalah... bersedia dgn kekuatan... semoga allah memberkati usaha saudara...
langkah terbaik..kena lapor pada pihak polis..kita ada undang2 yg membela nasib kaum wanita..apa la lelaki tu pukul isteri yg bakal melahirkan anaknya..tak kesian ke?? kang anak dia cacat ke,mati ke..kan salah dia juga!!!!
Negara kita ni ada undang-undang so kalu agak-agak dah "tak makan saman" tu buat lah ikut saluran yang ada lagipun Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat kan dah diwujudkan...
Perempuan kan dari rusuk kiri lelaki...kita lindung dia dengan tangan kita..dia lindung organ dalaman kita...
Dari rusuk agar dekat dengan hati, untuk dikasihi... Bukan dari kaki untuk dipijak2 atau dari kepala utk dijunjung2...
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2
nape lerk kita memukul pompuan..apa salahnye kaum hawa sampai kaum adam memukul kaum hawa..kepada ahli forum yg prnh pukul isteri bgtau saya nape saudara memukul isteri saudara..?
kita yg hanya saudara seislam ni rasanya baik tok sah campur... kalau nak tolong...kita tolong telefon TELE DERA jer... nnti tak pasal2 kita lak kene pukul... biar pihak yg berkuasa menyelesaikannya... negara kita ada undang-undang..
kita yg hanya saudara seislam ni rasanya baik tok sah campur... kalau nak tolong...kita tolong telefon TELE DERA jer... nnti tak pasal2 kita lak kene pukul... biar pihak yg berkuasa menyelesaikannya... negara kita ada undang-undang..
Ini hal peribadi keluarge... kite cube sedaye upaye menasihatkan mereka... kalau tak boleh kite gune muslihat supaya mereka sedar akan kesalahan yg mereka buat...
perkara2 sebegini lah yang menyebabkan cerai berai berlaku dan banyaklah anak2 terbiar disebabkan masalah orang tua mereka...kesian, tak dapek den nak tolong do....
penderaan rumahtangga jgn dibiarkan lama2. kita tak berani nak masuk campur TAKUT kena pukul...repot kat pihak berwajib...tapi sifat tunggu dan tengok bila teruk baru nak bertindak...toksah kot..kita letak tempat kita kat kakak yg kena dera tu...
saudara-saudara ku,diri ini terasa di kerat-kerat dan di panggang di dalam api yang membara apabila mendengar kes tersebut,
di sini adinda ada pendapat dan terpulang kepada yang berkenaan jika ingin menerima atau tidak.....
kita lelaki dijadikan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini sebagai khalifah dan sebagai khalifah kita memikul tanggungjawab yang berat kerana kita telah di amanahkan oleh allah s.w.t untuk melindungi kaum yang lemah...jadi kaum yang di maksudkan itu ialah kaum hawa...
jika yang berkenaan tersebut tahu dan faham akan tanggungjawab beliau sebagai suami dan sebagai khalifah di muka bumi ini maka tidak seharusnya dia melakukan perbuatan tersebut...
kita sebagai adik beradik,kita hanya boleh menasihatkan yang berkenaan dan membimbing beliau untuk menuju ke jalan yang seharusnya agar perkara tersebut tidak berulang....
tetapi jika keadaan yang sama masih berulang maka isteri beliau haruslah melaporkan kejadian itu pada pihak polis dan merujuk perkara tersebut ke mahkamah unutk menuntut keadilan baginya...
gurlz wrote: Haikal wrote: kita yg hanya saudara seislam ni rasanya baik tok sah campur... kalau nak tolong...kita tolong telefon TELE DERA jer... nnti tak pasal2 kita lak kene pukul... biar pihak yg berkuasa menyelesaikannya... negara kita ada undang-undang..
tol tue saudara... hal owang jgn cmpur... bior die setel sndri... agak2 da melarat br cmpr...