Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERTEMUAN TERTUTUP 4 JAM R&D BERSAMA DATO PRESIDEN


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
PERTEMUAN TERTUTUP 4 JAM R&D BERSAMA DATO PRESIDEN


Unit r&d yang masih bertugas di RUMAH MELAKA Jalan Belemmy, Kuala Lumpur pada 1 Disember lalu telah di jemput oleh Dato Presiden untuk satu sesi perbincangan khusus secara tertutup. Perbincangan berlangsung dari jam 10.30 mlm sampai 2.30 pagi.


Berbagai bagai perkara di sentuh oleh YB Dato Presiden dalam pertemuan itu. Isi perbincangan berkisar pada ucapan setinggi tinggi tahniah sebagai kata dorongan dan semangat kepada anggota r&d agar tidak cepat putus asa, kerana r&d telah berjaya dengan sangat cemerlang mengangkat martabat Pekida di Peringkat Nasional dan antarabangsa.


Seterusnya Dato Presiden merangka dasar perjuangan r&d di masa depan agar berjaya membantu kerajaan membangun negara dan agama di sudut yang lebih luas lagi. di antaranya termasuklah penubuhan YAYASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN dan PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN INSAN PEKIDA MALAYSIA yang di arahkan penubuhannya serta merta untuk mengiktiraf kejayaan unit latihan yang di kelolakan oleh r&d selama ini.


Disiplin kesemua anggota yang masih berpakaian lengkap baju melayu hitam dengan songkok r&d malam itu amat menarik perhatian YB Dato Presiden. Semua anggota duduk tertib, mematikan handfone, mendengar amanat dengan penuh disiplin dan masing masing diberi peluang meluahkan rasa dan pendapat di hujung majlis. YB Dato menyatakan syabas atas kejayaan didikan r&d dan disiplin yg ditunjukkan. Sukar ianya di tandingi oleh mana mana pihak menurut YB Dato Presiden.


YB DATO terus memberikan kata semangat agar jangan di dengan kutukan dan tohmahan mereka yg sememangnya sakit hati dengan kejayaan org lain, memesan agar r&d sentiasa menekankan ahli agar membaca alquran biarpun sedikit setiap hari sebagai pedoman hidup. Itulah pedoman di jalan yang lurus, kata YB Dato Presiden.


Terima kasih kepada sokongan dan pengiktirafan yang diberikan oleh Dato Presiden kita. Tahniah kepada unit r&d.


 



-- Edited by suluh30 at 18:59, 2005-12-05

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
RE: PERTEMUAN TERTUTUP 4 JAM R&D BERSAMA DATO PRESIDEN


sekali lagi tahniah sebanyak banyak nya kepada semua warga r&d. Kejayaan anda adalah kejayaan Islam. Pujian mereka adalah pujian kepada Islam, kerana kanda tahu anda semua melakukan tugas sungguh sungguh kerana allah, maka sudah pasti pujian mereka adalah pujian kepada allah.... itulah hakikat sebenarnya.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Bior aper diorang nak kater pada demer..Fitnah caci maki tu salah satu halangan yg mesti kita tempuhi dalam menuju kemenangan yg besar..Syabas Rnd

__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:

pekida wrote:


sekali lagi tahniah sebanyak banyak nya kepada semua warga r&d. Kejayaan anda adalah kejayaan Islam. Pujian mereka adalah pujian kepada Islam, kerana kanda tahu anda semua melakukan tugas sungguh sungguh kerana allah, maka sudah pasti pujian mereka adalah pujian kepada allah.... itulah hakikat sebenarnya.


hanya bagi yg mengerti dan ikhlas sahaja boleh mentauhidkan allah melalui amalan dan perbuatan. Tahniah kepada yg berkenaan... tahniah r&d.


Maju terus maju.



__________________
Hidup Matiku Hanya Untuk Islam.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard