Majlis perasmian Forum kempen anti dadah serta perasmian Pekida Daerah Klang Barat oleh YB Dato Noh Omar telah dijayakan dengan cemerlang pada 3 Disember 2005 yang lalu.
Turut hadir dalam majlis itu ialah YB Adun Kelang, YB Dato Fuad, YBhg Dato Hj Ab Malek Ranting, YDP Majlis perbandaran Kelang, Ketua Polis Kelang, Dato Presiden Pengilang2 daerah Kelang, beberapa YB AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, ayahanda Dato Hj Mat (Pak Mat Botol Penang), Pak Non Kelang, Kekanda Gleme dan ramai lagi ayahanda dan abang abang Long yang hadir.
PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT yang di ketuai oleh abang Long Dr Masjuki telah di beri amanah untuk menghidupkan majlis tersebut dengan PA SYATEM, PENYAMBUT TETAMU, DJ / MC, PERSEMBAHAN KOIR - LAGU NEGARAKU DAN PEKIDA MALAYSIA, PERSEMBAHAN MARHABAN DAN BACAAN DOA yang telah di sumbangkan oleh Ustaz Yaakob dari unit r&d Johor.
Gabungan anggota r&d dari Pusat, Terengganu dan Johor telah menurunkan sekitar 75 orang lengkap berpakaian baju Melayu hitam (15 orang) dan selebihnya dengan pakaian korporat r&d, iaitu kot hitam, bertali leher, seluar hitam dan semuanya memakai songkok jalur r&d.
Urusan sajian TETAMU VVIP di serahkan seluruhnya kepada kebijaksanaan r&d dan alhamdulillah berjaya di laksanakan walaupun tidak mendapat penjelasan yang sempurna sebelum majlis.
Tetamu kehurmat, YB DATO NOH BIN HJ OMAR tidak segan silu menyuarakan kepuasanhati dan menuji kecekapan dan kebijaksanaan r&d dalam mengolah dan mencorakkan majlis itu, sahingga ia kelihatan hidup dengan selingan musiknya, kepetahan MCnya, dengan kelantangan marhabannya, dengan keunikan cenderahatinya dan disiplin dan kepantasan anggotanya.
Beliau juga berkenan untuk menempah klip video yg di buat oleh unit r&d untuk di edarkan kepada agensi dadah seluruh negara.
Kepuasan dan kegembiraan jelas terbayang di wajah YB Dato fuad dan ayahanda Dato Hj Malek Ranting serta Pengerusi Penganjur, kekanda Rahim dan Penasihat Kelang Barat Ayahanda Pak Non.
Sebelah petangnya abang Long Dr Masjuki terpaksa mengendalikan forum sebagai moderator atau pengacara dengan bijaksana kerana ramai para tetamu meninggalkan majlis. alhamdulillah kebijaksanaan abang Long Dr Masjuki berjaya menghidupkan forum yang walaupun tidak ramai yang ambil bahgian (kecuali anggota r&d yang masih kekal bersama beberapa ahli di Kelang) namun kesannya nampak nyata.
Tahnish tidak terhingga kepada r&d dan kekanda Rahim dan ayahanda Pak Non.
Saya ada disana..jumpa adik beradik lama. Terkejut jugak tengok RND. Semua berkot dan bertali leher. Macam pegawai lak. Ramai pulak tu. Sempat jumpa Wan Bos saje. Tahniah la.
Naik pangkat? No komen. Hanya abang Long Dr. Mas je boleh komen. Maaf Bon21. Saya bz sangat di Majlis Pekida Klang tu. Terpaksa duty menyambut tetamu, escort Dato Noh, arrangekan VVIP, pastu arrangekan hidangan VVIP. Berpeluh. Tapi Alhamdulillah siap. Dengar cerita ada keluar berita TV1 malam tu. Bengang betul saya sebab bukak TV3. Hampeh tak ada apa2 berita. Ni ada gambar kenangan di majlis tersebut.