22 November adalah hari yang penuh berkah bagi R&D Johor kerana berjaya mengadakan majlis perasmian pejabat sulung R&D nya di peringkat Negeri.
Majlis yang turut di namakan majlis silatulrahim Aidilfitri itu turut di sertai oleh para srikandi dan anak anak para anggota r&d Johor. Abang Long Dr Masjuki telah berkenan merasmikan pejabat tersebut, di temani oleh Kekanda Utz Hafiz dan Kekanda Fazil (Terengganu) dan Kekanda Hasri Puchong.
Majlis yang simple itu benar benar dapat di rasakan kedaulatannya apabila semua anggota r&d johor menunggu dengan pakaian rasmi sama dengan r&d pusat, diserikan dengan bacaan alquran oleh Ustaz Yaacob dan ceramah Motivasi oleh abang Long Dr Masjuki sendiri.
Sekalung tahniah untuk Kekanda Budin selaku pengarah r&d Johor yang banyak berkorban untuk menjayakan program perasmian dan mengujudkan pejabat urusan r&d Johor amnya.
Semuga ia menjadi satu titik mula ke arah pengurusan Pekida r&d seluruh negara yang lebih maju dan mantap dalam usha membantu Pekida Negeri-negeri seluruh negara mengangkat martabat pertubuhan ini.