A'kum
renungkan selalu hati kita
kerana ia sumber
kebaikan dan kejahatan
wadah kekufuran dan keimanan
rebutan antara malaikat dan syaitan
hati...perasaan halus
sentuhannya tidak terasa
tapi sangat memberi kesan
dalam kehidupan insan
siapa yang arif perjalanan hatinya
faham akan kebaikan dan kejahatannya
bersungguh bermuhajadah membuang kejahatanya
diganti segera dengan kebaikan
nescaya insan tersebut selamat
daripada tipu daya syaitan dan dunia
ramai yang tidak faham
perjalan hatinya
terima apa saja baik dan buruknya
kemudian merasakan baik semuanya
tiada rasa lagi membuat dosa
disini lah perlunya pimpinan
guru yang mengawal hati dan perasaan