Saya , mempunyai kemusykilan mengenai rahsia buat teh tarik mamak yang pekat, pahit semacam tapi cukup membuatkan saya ketagih untuk menikmatinya setiap hari. Kalau boleh puan dapatkan rahsianya supaya saya tidak berkunjung kekedai mamak setiap hari.????
OK, masalah ini adalah masalah global - ketagih teh mamak - dan saya pasti, tiada seorang mamak pun akan berkongsi rahsia mereka... Namun saya 'bernasib baik' kerana saya juga mempunyai 'masalah' yg sama dengan ANDA dan ada hamba allah yg memberikan 'resepi' ini, dari kedai mamak yg telah setia dilangganinya hampir 10 tahun!!
Pertama, rahsianya, mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg 'diperfectkan' sendiri oleh mereka). Mungkin ia kombinasi teh cap R, S, T, U, V, W, X, Y, Z... (mampukah kita menyediakan ini di rumah??)
Kedua, mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Jika suka manis, lebihkan susu pekat manis. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.
Ketiga, minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari, dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut. Harap ANDA akan berpuashati dan bolehlah "buka" warung teh tarik sendiri dirumAH
uihhh ya ka....kalau nak wat teh tarik tongkat ali lak camne???
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."