Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAGSAVER.....alat penjimat petrol,diesel dan gas


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
MAGSAVER.....alat penjimat petrol,diesel dan gas


Magsaver tembusi pasaran Indonesia


Oleh Noor Azam Abdul Aziz ( 10 Disember 2005 )
azam@hmetro.com.my



ADAKAH anda rungsing dengan kos minyak yang meningkat dan inginkan produk yang menjimatkan petrol atau diesel? Alat tambahan untuk penjimatan dan prestasi enjin kenderaan jenama Magsaver mampu membantu pemilik mengatasi masalah berkenaan.




Dipasarkan Megasave Marketing & Service di Jalan 2/7, Taman Puchong Intan, Puchong, Selangor, ia adalah alat yang dihasilkan daripada magnet berkuasa tinggi jenis neodymium yang tahan suhu tinggi serta dijamin ketahanan hayat oleh pengeluarnya.

Pengurusnya, Mohd Nazri Mat Jusoh, berkata komitmen syarikat itu memasarkan produk berkenaan berikutan permintaan menggalakkan terhadap alat menjimatkan minyak serta prestasi kenderaan.

Sejak ia diperkenalkan di pasaran tahun lalu, Magsaver kini berjaya menembusi pasaran automotif Indonesia berikutan keberkesanannya dalam menjimatkan minyak kenderaan.

Dari sudut teknikal berhubung peningkatan penggunaan minyak, katanya, ia berkaitan masalah sebatian hidrokarbon dalam bahan api. Untuk mengatasinya Magsaver bertindak mengecas atau mengionkan bahan api secara magnetik.

Ketika bahan api menerusi medan magnetik yang terhasil dari produk berkenaan ia terurai menjadikan molekul hidrogen dan karbon berasingan serta mudah ditembusi molekul oksigen.

Malah, penciptanya juga memberi jaminan terhadap kesesuaiannya untuk semua jenis enjin kenderaan atau jentera yang menggunakan petrol, diesel atau gas.

Penciptaan Magsaver disesuaikan untuk semua jenis saiz salur bahan api serta bertindak dua kali terhadap bahan api bagi penjimatan bahan api serta prestasinya.

Untuk pemasangan produk ini, ia langsung tidak memerlukan kerja ubahsuai seperti pemotongan wayar atau hos dan dijamin tiada kesan sampingan terhadap enjin.

Penggunaannya sesuai dengan enjin teknologi baru kenderaan yang menggunakan sistem iVtec, VVTi, Vanos, DVVT, CamPro, VTC, Turbo dan SuperCharge.

Jika pemilik ingin menukarnya kepada kenderaan lain, alat berkenaan boleh dipindahkan tanpa menjejaskan prestasi kedua-duanya.

Penjimatan maksimum Magsaver boleh dicapai selepas tiga bulan penggunaannya dengan kadar penjimatan lebih dari 35 peratus.

Bagi pengguna yang sering memandu dalam kesesakan jalan raya di bandar penjimatan boleh mencapai 20 peratus dan tidak dinafikan ada pengguna mendapat kesan maksimum selepas pemasangannya.

Pengguna yang berminat memiliki produk berkenaan boleh menghubungi talian 012 – 5643807 ( mohd adzhar a.k.a along chaq )


 


***sila lihat iklan di akbar harian metro,news sunday times dan majalah kerata.


website : www.magsaver.com.my



__________________
amal ma'aruf nahi mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

assalamualaikum....


produk baru berapa harganya     ada  diskaun tak macam jual minyak hitam keluaran PEKIDA...Ahli ada ada diskaun...............berapa harganya



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:

produk ni sama saja macam Esaver,harganya pun sama.kecuali motosikal RM 120.00 sahaja.

__________________
amal ma'aruf nahi mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard