Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Apakah Matlamat AlWahabi..?


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
Apakah Matlamat AlWahabi..?


Ada segelintir masyarakat hari ini yang mengikut fahaman AlWahabi dan mengetepikan fahaman Imam AlSyafie. Mengikut pengetahuan saya AlWahabi ini diasaskan oleh seorang hamba Allah yang berasal dari India. Namanya ALWAHABI bin Sifulan (x brapa pasti). Dia pada asalnya diupah oleh Britain untuk menyamar menjadi ulama' tapi sebenarnya untuk menyesatkan. Jika ditanya pada pengikut AlWahabi, mereka lebih cenderung pergi ke India berbanding Makkah. Antara fahaman mereka ialah tidak mentalkinkan mayat yang akan dikebumikan. Semasa zaman ALWAHABI masih hidup, para Ulama' menyuruhnya bertaubat tetapi dia tidak mahu. Akhirnya beliau dibunuh dan mayatnya dibakar. Renungkanlah sahabat perjuanganku semua. Mudah-mudahan kita tidak disesatkan dengan anasir-anasir kotor ini. ALIF BA TA..30..6666 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

semoga artikel ini dapat memberi sedikit pelajaran...///


 


Wahhabi berleluasa???-Satu fitnah!!!

Assalamualaikum WBT. Mereka yang membaca akhbar Mingguan Malaysia 27-11-2005 pasti mengetahui isu ini. Seorang pendakwah yang terkenal dengan lantangnya menyelar perkembangan sebuah gerakan yang dikenali sebagai 'Wahhabi' yang kononnya terkeluar dari Aqidah Ahl as-Sunnah wa Al-Jamaah. Bahkan dengan bangga di dada akhbar itu didedahkan berbagai-bagai fahaman 'Wahhabi'. Disebutkan pula 'wahhabi' ini mengganggu urusan umat Islam di Malaysia yang sudah sebati dengan mazhab imam asy-Syaffie (?). bahkan disebut pula kononnya 'wahhabi' ini boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan sebagaimana yang berlaku kepada empayar Uthmaniyyah. dan ada pula seorang cerdik pandai berkata bahawa kewujudan 'wahhabi' adalah untuk menghapuskan amalan khurafat maka apa perlunya gerakan tersebut di bumi Malaysia ini. Saya tidak akan mengluas panjang tulisan mereka ini. Bahkan saya juga tidak akan mempersoalkan apakah motif berita ini dipampang di muka depan akhbar. Akan tetapi tulisan saya ini hanya akan mengajak pembaca sekalian untuk menilai beberapa tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka yang digelar 'wahhabi' itu.

Pertamanya, saya ingin mengajak pembaca sekalian melihat satu tuduhan yang amat berat bagi saya iaitu 'wahhabi' menolak berdzikir. Saya hairan, bahkan takjub bagaimana alasan ini boleh timbul. Apakah mereka terlalu jahil dengan gerakan 'wahhabi' atau mereka mendengar dari lidah mulut manusia yang memang memusuhi 'wahhabi' atau mereka melihat sendiri. Tuduhan bahawa 'wahhabi' menolak dzikir adalah dusta. Yang 'wahhabi' tolak ia dzikir dengan lafaz yang tiada asalnya dari Rasulullah SAW dan dengan cara yang tiada asalnya. Tuduhan bahawa golongan 'wahhabi' tidak berdzikir adalah satu pembohongan. 'Wahhabi' berdzikir tapi dengan suara yang perlahan. Begitu juga selepas solat, 'Wahhabi' berdzikir sendiri-sendiri dan bukannya mengikut imam seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat di negara kita. 'Wahhabi' melihat dzikir sendiri-sendiri itu adalah yang sunnah dan bukannya dengan mengikut imam. Realiti ini jauh terpesong dari apa yang disiarkan di dada akhbar kononnya 'Wahhabi' menolak berdzikir kepada Allah. Adakah berdzikir itu hanya dengan mengikut imam, dengan suara yang kuat. Adakah mereka yang menuduh 'wahhabi' tidak berdzikir itu terlalu jahil atau buta hingga tidak melihat apa yang berlaku?

Keduanya, mereka menuduh 'wahhabi' menolak berdoa kepada Allah. Di mana buktinya? Yang ditolak ialah kebiasaan masyarakat kita yang berdoa dengan kuat seolah-olah Allah itu tuhan yang pekak. Memang terdapat sebahagian tempat yang Rasulullah SAW berdoa dengan kuat tapi bukanlah setiap kali berdoa Rasulullah SAW berdoa dengan kuat. Adakah mereka fikir mereka yang berfahaman 'wahhabi' itu terlalu dungu untuk mengharamkan berdoa kepada Allah. Adakah mereka lupa bahawa di dalam solat juga kita telah berdoa. Pasti ada yang merasa hairan kenapa sebahagian mereka yang digelar 'wahhabi' selepas solat dan habis berdzikir akan terus bangun untuk solat sunat. Jadi dengan itu mereka menuduh kita tidak berdoa. Semudah itu tuduhan mereka. Dimanakah nas yang sahih yang mewajibkan kita berdoa selepas solat. Apakah kamu yang menuduh 'wahhabi' menolak berdoa itu tahu apa yang 'wahhabi' pohon kepada Allah ketika bersolat, ketika sujud, ketika selepas tahiyyat akhir dan sebelum salam. Adakah kami perlu berdoa dengan cara yang kuat (seolah-olah Allah itu pekak dan tuli) hanya untuk membuktikan bahawa kami juga turut berdoa.

Ketiga, mereka menuduh 'wahhabi' tidak berqunut. Jadi mereka yang tidak berqunut itu 'wahhabi' dan secara automatik terkeluar dari manhaj Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah. Apakah manusia-manusia yang menuduh ini buta bahawa selain mazhab asy-syaffie, mazhab lain tidak menyuruh ber'qunut' ketika subuh secara berterusan sebagaimana yang kita lakukan. sanggupkah kalian mengatakan bahawa imam-imam besar itu terkeluar dari Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah. Bahkan kenapa kalian yang menuduh tidak melayari sahaja web-web 'wahhabi' untuk melihat kenapakah mereka menolak amalan qunut secara berterusan? Kalau tidak tahu biar saya berikan beberapa web 'wahhabi' yang ada menyediakan analisis ke atas pendapat qunut berterusan antaranya ialah http://almanhaj.or.id . Mereka yang menuduh 'wahhabi' dengan sesuka hati membid'ahkan merek yang membaca qunut sepatutnya meneliti kembali kenapa 'wahhabi' menolak amalan qunut secara berterusan sebagaimana yang diamalkan di bumi Malaysia ini.

Keempat, tuduhan yang hina bahawa 'wahhabi' menolak syafaat. Begitu dangkal tuduhan mereka. Mereka seolah bercakap tanpa pernah merujuk kepada kitab-kitab 'wahhabi. Di sini saya sertakan url bagi sebuah web 'wahhabi' yang jelas membuktikan 'wahhabi' tidak menolak syafaat cuma yang kami tolak ialah syafaat yang bathil, yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Saya tidak mahu berbicara panjang soal syafaat ini cukup sahaja dengan url ini http://assunnah.or.id/artikel/tauhid/17syafaat.php untuk kalian baca dan lihat pandangan Muhammad bin Abdul Wahhab tentang syafaat.

Kelima, tuduhan dusta kononnya 'wahhabi' menolak sunnah. Saya hairan siapakah yang sebenarnya menolak sunnah. 'Wahhabi' atau kaum jumud yang meletakkan kata-kata tok guru mereka melebihi kata-kata Rasulullah SAW? Saya hairan, jika benar 'wahhabi' menolak sunnah, buat apalah tokoh hadith yang dianggap 'wahhabi' hardcore berhempas pulas menyusun kitab 'Sifat Solat Nabi' di mana setiap bab solat akan disertakan dengan nas-nasnya. Saya hairan, tokoh-tokoh 'wahhabi' di Malaysia inilah yang berhempas pulas membuat kuliah-kuliah hadith seperti Sahih Bukhari, Muslim, kitab sunan dan lain-lain. Tapi malang dengan angkuh golongan yang berpenyakit hati ini memfitnah kononnya 'wahhabi' menolak sunnah. Siapakah penolak sunnah? Kalian lihat sahaja mereka yang menuduh 'wahhabi' ini menolak sunnahlah yang bila dibawakan hujah-hujah dari al-Quran dan as-Sunnah yang menyalahi amalan mereka maka dengan cepat mereka akan berkata ' Tok-tok guru pun buat, takkanlah mereka tak tahu'. Lihat mereka melebihkan tok-tok guru mereka melebihi Rasulullah SAW. Hal ini juga telah disentuh oleh seorang pendakwah yang dicop sebagai 'kepala wahhabi' di Malaysia di dalam Majalah I yang boleh dibaca di url ini http://www.ibn-qayyim.info/artikel/viewtopic.php?t=47 . Bahkan di url ini pembaca akan dapat melihat jawapan kepada tuduhan bahawa 'wahhabi' itu pemusnah mazhab dan menghina ulama-ulama mazhab.

Di dalam akhbar Utusan hari ini 28-11-2005, sekali lagi nama Wahhabi dikaitkan dengan elemen negatif. Kali ini 'wahhabi' dikaitkan dengan Noordin Mat Top, manusia yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Asia Tenggara dan Amerika. Noordin Mat Top yang dituduh terlibat dalam pengeboman-pengeboman bersama Dr. Azahari Husin disebut sebagai antara penyebar fahaman 'wahhabi' di Malaysia. Nama mereka dikaitkan dengan Abdullah Sungkar yang dikatakan membawa fahaman 'wahhabi' ke Malaysia. Maka dengan mudah mereka mengaitkan 'wahhabi' dengan pengganas dan pembunuhan insan-insan yang tidak berdosa. Jika benar sekalipun mereka itu semua berfahaman 'wahhabi', apa perlu dikaitkan dengan 'wahhabi' jika mereka benar-benar pengganas. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kenapa tidak disiarkan kenyataan-kenyataan ulama-ulama 'wahhabi' yang menentang pengeboman-pengeboman ganas itu. Jika anda mahu melihat pandangan-pandangan ulama 'wahhabi' tentang pengeboman itu, pembaca boleh melayari sendiri di http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1663&bagian=0 http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1664&bagian=0. Anda lihat, ulama-ulama 'wahhabi' sendiri mengecam kegiatan keganasan tetapi tiba-tiba mereka pula dikaitkan dengan pengganas.

Sebagaimana yang disebut dalam akhbar tu sendiri, wujudnya gerakan 'wahhabi' adalah kerana fahamn-fahaman khurafat yang tersebar. Maka seorang cerdik pandai di dalam akhbar bertanya apa pula perlunya 'wahhabi' di bumi Malaysia. Adakah dia fikir bumi Malaysia ini sudah suci dari amalan khurafat. Adakah dia mahu menunggu golongan penyembah kubur bermaharajalela di Malaysia dan ketika itu barulah dia terhegeh-hegeh mencari jalan peneylesaian. Adakah dia mahu melihat fahaman sesat dan menyesatkan seperti Nur Muhammad, Martabat 7 tersebar luas dan ketika itu baru dia mahu bertindak. Ketika golongan khurafat ini sudah menjadi barah, ketika itu baru mahu mencari penawar. Atau dia mahu golongan yang mendakwa mereka golongan sufi (bukan semua golongan sufi sesat) yang akan memuja keranda sambil percaya bahawa roh wali mereka akan pulang bermaharajalela. Atau dia mahu golongan songsang yang berdzikir sambil menari, menghentak-hentak kaki ke lantai dan berkelakuan seperti orang gila menguasai bumi Malaysia ini.

Bukanlah hairan jika kita ketahui selain daripada tuduhan-tuduhan di atas, terlalu banyak tuduhan dilemparkan ke atas 'wahhabi' antara yang paling popular ialah tuduhan sebagai penghapus mazhab, bahkan yang lebih teruk menuduh aqidah 'wahhabi' sebagai aqidah mujassimah dan musyabbihah. Tuduhan-tuduhan yang terlalu banyak ini tidak saya jawab di sini. Sesiapa yang mahu melihatnya dan mahu melihat jawapan-jawapan dari pihak 'wahhabi' sendiri boleh melayari web-web 'wahhabi seperti http://al-ahkam.net , www.ibn-qayyim.info, dan banyak lagi website seumpamanya yang anda akan menemui jawapan kepada fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh mereka.

Saya mengakui bahawa ustaz-ustaz yang di 'cop' sebagai 'wahhabi' itu tidak pernah mendakwa mereka 'wahhabi' bahkan saya juga tidak pernah menggelar mereka begitu. Cuma saya terpaksa menggunakan perkataan 'wahhabi' kerana perkataan inilah yang masyhur dilemparkan kepada mereka. Dan bila disebut 'wahhabi' di Malaysia sudah pasti tiada nama-nama lain yang akan dikaitkan selain ustaz -ustaz tersebut. Saya merasakan sudah cukup tulisan saya untuk pembaca melihat siapakah pendusta yang bertopeng agama. Amat mendukacitakan mereka ini bukanlah golongan yang bodoh dan dungu, sebaliknya mereka yang menabur fitnah ini datang dari golongan berpendidikan dan dipandang tinggi masyarakat. Apakah tujuan tuduhan-tuduhan ini dilemparkan tidak saya ketahui. Adakah kerana iklim politik sekarang? atau mencari populariti? atau mahu melindungi fahaman yang bathil? Kita berdoa semoga Allah membantu kita dan memberikan kemenangan dan semoga mereka yang melemparkan tuduhan-tuduhan palsu ini akan diberi hidayah oleh Allah.


 


Wallahu'alam



-- Edited by tontoyo at 09:20, 2005-12-13

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 94
Date:

thankz 4 ur information.....

__________________
stella


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

huh pjgnye.. fenin pale den bace wooo


anyway thanz 4 da information!!!



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

Terima Kasih kepada saudara tontoyo yang memberi penjelasan panjang lebar.. Moga-moga apa yang saudara katakan benar.. Kerana zaman sekarang ini terlalu banyak fahaman yang negatif dari yang positif.. Iman kita hanyalah senipis kulit bawang dan amat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang terpesong dari ISLAM sebenar.. Innaddinaindallahilislam.. Wasalam

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

semoga allah memandu kita ke jalannya yang lurus... artikel tersebut bukan saya yang tulis... cuma sebagai info untuk kita nilaikan...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum ...


saya merasa terkejut dan sedikit perasaan hampa apabila membaca artikel saudara dan url2 yg saudara lampirkan. Sampai begitu dasyat pertelingkahan yg. berlaku diantara sesama ISLAM. Yang si A mengata si B penipu dan yg. si B mengata plak dekat si A penabur fitnah. Macam-macam isu timbul. Tapi apa2 pon informasi yg. saudara lampirkan begitu menarik dan satu isu yg. memang patut diperbincangkan kerana Umat ISLAM di Bumi MALAYSIA ni memang perlukan penjelasan yg jelas mengenai isu WAHABI ini. Semoga Semua Umat ISLAM akan bersatu kelak.


 


pHiz: patutlah ISLAM tidak bisa maju dan berjaya. Marilah kita berdoa agar kita menjadi satu ummah yg terbilang.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard