Tersebut al-kisah, pada zaman kesultanan Melayu Melaka ke-16 dahulu ada 3 orang sahabat iaitu Ali, Muthu dan Ah Chong. Maka merantaulah mereka di seluruh negeri Melaka. Sedang berjalan-jalan di pinggir hutan, maka ternampaklah mereka akan sebuah dusun buah-buahan mengambil keputusan untuk mengambil buah yang mereka suka. Si Ali dikatakan menggemari buah langsat, maka penuhlah guninya dengan buah langsat. Muthu pula menggemari buah manggis. Maka dia pun mengambil buah manggis. Berlainan dengan Ah Chong, dia amat meminati buah durian. Maka sendatlah guninya dengan buah durian. Nak dijadikan cerita, semasa mereka hendak melarikan diri bersama-sama buah-buah mereka itu, mereka telah terserempak dengan pengawal diraja. Bertambah tenatlah lagi apabila kebun yang mereka rompak itu hak milik Sultan Melaka ke-16. Mereka dibawa menghadap Sultan Melaka ke-16 dahulu mengikut seksyen 16/2A mengikut kamus perancis edisi ke 6. Barang siapa yang mencuri buah dari dusun diraja akan disumbat buah itu sebiji-sebiji di dalam lubang hidung pencuri tersebut. Sultan Melaka ke-16 meringankan hukuman dengan memberi arahan kepada pengawal supaya disumbatkan buah yang mereka curi itu sebiji-sebiji di dalam dubur mereka. Ali mencuri buah langsat maka disumbatkan sebiji-sebiji buah langsat di dalam duburnya. Kini sampailah giliran Muthu. Dia kelihatan tidak takut sebaliknya ketawa berdekah-dekah. Maka Sultan Melaka ke-16 pun bertanya kepada Muthu. “Mengapa engkau ketawa?”. Maka Muthu menjawab “Patik tak dapat bayangkan bagaimana reaksi Ah Chong apabila buah durian disumbat sebiji-sebiji di dalam duburnya”.