Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman


100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
 





  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  2. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Bertawakal apabila mempunyai rancangan/program;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal ke atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan bersusah hati dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri hati ke atas kejayaan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu bercita2 tinggi kepada sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur kerana kezaliman;
  14. Jangan goyah kerana fitnah;
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  17. Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
  19. Jangan sakiti anak yatim;
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
  25. Biasakan solat malam;
  26. Perbanyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah;
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  28. Sayangi dan hormat fakir miskin;
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
  30. Jangan marah berlebih-lebihan;
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
  32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
  33. Berlatihlah memusatkan pemikiran;
  34. Penuhi janji apabila telah dilafazkan dan mintalah maaf apabila ada sesuatu sebab yang menghalang;
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan syaitan dan iblis;
  36. Jangan percaya ramalan manusia;
  37. Jangan terlampau takut miskin;
  38. Hormatilah setiap orang;
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  41. Hormatilah jiran tetangga.
  42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
  43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
  45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  46. Perbanyak silaturahmi;
  47. Tutup aurat menurut suruhan Islam;
  48. Bicaralah secukupnya;
  49. Berkahwinlah kalau sudah siap segala-galanya;
  50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
  51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
  52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
  53. Sediakan waktu untuk beriadah dengan keluarga;
  54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
  56. Sering-seringlah bershalawat kepada nabi;
  57. Cintai keluarga Nabi S.A.W.;
  58. Jangan terlalu banyak hutang;
  59. Jangan terlampau mudah berjanji;
  60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahwa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
  61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti berbual kosong;
  62. Bergaullah dengan orang-orang shaleh;
  63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
  67. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendirian mereka;
  68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
  69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
  70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
  71. Jangan melukai hati orang lain;
  72. Jangan biasa berkata dusta;
  73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
  74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
  75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
  77. Jangan membuka aib orang lain;
  78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
  79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
  81. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
  82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
  83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
  85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
  86. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
  87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
  88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
  89. Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
  90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan tubuh badan atau mental kita menjadi terganggu;
  91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan  berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
  94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk mengenai  rakan kita,sebelum diperiksa kebenarannya;
  95. Jangan bertangguh melaksanakan  tugas dan kewajiban;
  96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
  98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
  99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
  100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.


__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

bagus sungguh mutiara kata darimu saudara kuzairi baik untuk renungan semua

__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:

Assalamualaikum...


Bismillahirohmanirohim...


HIKMAT 7 AYAT


Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak  buih-buih laut. 


 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 
 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 
 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak  patut 
 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari  esok. 
 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi  sesuatu tak disukai dan tak diingini. 
 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 
 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari 
    lidahnya. 


      Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat  mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan  jadi  bisa, kerana sudah biasa.


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

Alang 0 wrote:


bagus sungguh mutiara kata darimu saudara kuzairi baik untuk renungan semua

slm... HAMBA skg 100%... perjuangan WJB dtrskn DM menegkkn KEBNRN... wslm...

__________________
HONEYBEE
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard