Kenyataan DAP di dapmalaysia.org. Pekida harus memberi respon.
Assalamualaikum para sahabat dan rakan seperjuangan.
Berikut adalah satu salinan lengkap kenyataan yang di keluarkan oleh Ronnie Liu, (org yang sama mengeluarkan kenyataan bahawa pejuang komunis juga pejuang kemerdekaan) di webpage dapmalaysia.org
Saya harap dengan posting ini saudara/saudari semua sebagai rakan seperjuangan akan dapat melihat sendiri sikap bangsa cina yang "lupa diri" dengan tag pendatang mereka.
Saya harap Saudara Masjuki (kita pernah bertemu suatu masa dulu, sebelum saudara "naik pangkat") dapat memberikan respon kepada statement Ronnie.
Sikap Pemimpin UMNO amat dikesali
Kenyataan Akhbar oleh Ronnie Liu
(Petaling Jaya, Khamis): Artikel dalam Utusan Malaysia yang bertajuk “Kit Siang, Teresa perlu dikenakan tindakan tegas” hari ini menunjukkan bahawa ramai di antara para pemimpin UMNO mempunyai sikap keterlaluan dan pandangan sempit terhadap kritikan dan fungsi parti pembangkang di tanahair kita.
Mereka mendesak bahawa “Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu dikenakan tindakan tegas termasuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana bertindak keterlaluan dan mengelirukan masyarakat berhubung isu wanita diarah ketuk-ketampi dalam keadaan bogel.”
Saya memetikkan apa yang dikatakan oleh mereka secara sepenuhnya di sini untuk pembaca yang tidak lagi membaca suratkhabar yang “kurang kredibiliti”ini seperti berikut, dengan tujuan membantu mereka memahami sikap dan pandangan para pemimpin UMNO ini.
“Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Chik berkata, beliau hairan apabila DAP tiba-tiba menyalahkan polis kerana tidak mendedahkan identiti wanita tersebut lebih awal sedangkan mereka juga tidak yakin dengan kewibawaan pasukan tersebut pada mulanya.
``Kalau awal-awal lagi sudah meragui polis mengapa sekarang pandai pula minta mereka beri penjelasan dan sebagainya.
``Tindak tanduk mereka (DAP) yang keterlaluan sebelum ini dengan membuat kenyataan sesuka hati tanpa menunggu hasil siasatan atau keputusan inkuiri awam yang diwujudkan jelas menunjukkan mereka mempunyai niat yang terselindung,'' katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Teresa berkata, beliau tidak pernah menyebut bahawa wanita yang dipaksa berbogel dan buat ketuk-ketampi itu adalah warga negara China.
Ahli Parlimen dari DAP itu berkata, tujuan utama pendedahan yang dilakukan di Parlimen itu semata-mata untuk menunjukkan bantahannya terhadap proses siasatan yang dibuat oleh anggota polis tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menyokong cadangan Shabery mendakwa apa yang dilakukan oleh DAP sebagai sesuatu yang serius dan perlu diambil perhatian.
Menurutnya, ada banyak juga kes yang didakwa penganiayaan kepada warga asing sebelum ini tetapi mengapa mereka `memilih' kes yang melibatkan warga China walaupun ia belum dipastikan kesahihan dan kebenarannya.
``Jelas, mereka perlukan publisiti dengan mengusung gadis-gadis China yang dikatakan teraniaya itu ke sana sini.
``Mereka juga boleh berkata tidak menyebut yang wanita berbogel itu warga negara China tetapi tindak tanduk mereka jelas menjurus ke arah itu,'' katanya.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan pemimpin DAP itu menayangkan video tersebut di hadapan para menteri dan wakil rakyat di lobi Parlimen, bulan lepas menjatuhkan maruah tahanan wanita itu.
``Teresa patut didakwa kerana menjaja cerita lucah di Parlimen sehingga memalukan wanita itu, polis kita sebenarnya bagus, apa yang dilakukan ke atas tahanan terbabit adalah prosedur biasa,'' katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Teresa kerana gambar tersebut boleh diklasifikasikan sebagai lucah kerana ia mendedahkan bahagian sulit wanita berkenaan.
Menurutnya, tindakan mendedahkan secara terbuka gambar yang diklasifikasikan sebagai lucah boleh dianggap sebagai satu kesalahan.
``Kalau beliau (Teresa) mahu pihak berkuasa menyiasat, mengapa gambar itu perlu ditunjukkan kepada orang ramai? Jika mahu disiasat, siasatlah secara tertutup dan tidak perlulah gambar itu disebarkan.
``Mendedahkan gambar yang dianggap lucah itu sama ertinya dengan mengedar dan ini adalah satu kesalahan,'' katanya.”
Soalan saya begini.
Mengapa sampai hari ini, mereka masih tidak insaf bahawa tindakan memaksa OKT (Orang Kena Tangkap) menjadi bogel sambil membuat ketuk-ketampi adalah melanggari ajaran agama dan diharamkan dari sudut Islam dan agama lain?
Bukankah memaksa OKT menanggalkan baju dan seluar sehingga bogel merupakan satu tindakan yang menjatuhkan maruah, “YB” Senator Syed Ali? Sekiranya polis kita bagus, mengapa kita hantar Azmi Khalid ke negeri China untuk memberi penjelasan dan meminta maaf?
Isu sekarang bukan gadis bogel tersebut adalah bangsa atau keturunan Cina atau Melayu. Kalau paksaan bogel sambil membuat ketuk-ketampi dianggap di sisi undang-undang ataupun agama, ia tetap salah. Pempimpin DAP termasuk Teresa dan Lim Kit Siang tidak pernah mengatakan gadis lokap itu adalah bangsa Cina ataupun dari negeri China. Saya menggunakan “gadis Asia” dalam kenyataan akhbar saya. “YB” Ahmad Shabery Chik, mengapa awak pandai-pandai membuat tuduhan sekarang?
Mengapa salahkan ahli parlimen yang mendedahkan kezaliman dan salahlaku polis sedangkan pihak polis sendiri telah mengaku bahawa prosedur itu bukanlah satu prosedur standard yang dikatakan oleh Nor Omar pada satu ketika?
Selain daripada Lim Kit Siang dan Teresa Kok, terdapat juga ahli parlimen BN dan juga menteri-menteri UMNO seperti Nazri Aziz dan Azmi Khalid yang tidak puas hati dengan paksaan polis terhadap “gadis lokap” seperti yang dipaparkan dalam klip video tersebut. Kenapa tidak berani salahkan mereka juga?
Jika Teresa membiarkan polis membuat siasatan secara tertutup, tentulah kes ini akan ditutupkan begitu sahaja. Bukankah pihak polis sendiri telah mengaku bahawa kes ini sebenarnya berlaku pada bulan Jun tahun ini dan pihak polis telah mengetahuinya? Mengapa tidak ada siasatan dijalankan oleh polis pada masa itu?
Jika ramai di kalangan kakitangan polis sendiri menganggap bogel sambil membuat ketuk-ketampi merupakan satu prosedur biasa ataupun “heritage”, adakah polis akan memberhentikan prosedur ini secara automatik tanpa memgikut satu prosedur atau peraturan yang baru (yang mungkin digubahkan selepas penyiasatan Suruhanjaya Bebas yang dipimpim oleh Tun Dzaiddin, insyaallah)?
Jika klip video ini dianggap sebagai video lucah, mengapa UMNO membiarkan stesen TV yang dimiliki UMNO seperti TV3 menayangkan “video lucah” ini? Adakah UMNO akan membawa TV ke mahkamah? “YAB” Shahiddan Kassim, bagaimana dengan suratkhabar yang dimiliki UMNO yang juga turut mencetak gambar-gambar yang dipetik daripada klip video ini?
Nampaknya para pemimpin UMNO suka menyalahkan media terutamanya media bahasa cina. YB Zainuddin Mydin, janganlah pandai-pandai memberi " Ajaran" sedangkan beliau sendiri sentiasa mengeluarkan kenyataan akhbar yang berunsur perkauman dengan cara memutar-belit keadaan sebenar tanpa berasas.
Berani kerana benar. DAP tentu tidak akan lepaskan tangan dalam hal paksaan dan seksaan dalam lokap polis. DAP akan terus mendedahkan sebarang kezaliman dan salahlaku anggota polis. Dan lebih penting lagi, DAP akan terus mendesak kerajaan melaksanakan kesemua 125 "reform"yang disyorkan oleh Suruhanjaya Bebas mengenai salahlaku polis pada tahun yang lalu. DAP juga menyeru kerajaan meluluskan satu rang undang-undang dengan serta-merta untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas khas untuk memantau administrasi polis, yang juga disyorkan oleh Suruhanjaya Bebas tersebut. DAP percaya bahawa badan pemantau ini jika ditubuhkan dan diberikuasa yang sewajarnya, ia tentu akan dapat menjadai lokap polis jauh lebih selamat untuk orang asing dan rakyat Malaysia sendiri.
Yang bersalah dah tentu anggota polis yang merakamkan gambar tersebut dan juga ahli parlimen yang membangkitkan isu ini. yang paling jahatnya ialah ahli DAP yang cuba merosakan hubungan negara ini. ini lah orang yang harus dihukum.
Sebelum saya megemukakan pandangan saya, saya minta maaf jika secara kasar saya katakan disini bahawa saudara Lan_Dragon431 awak ialah pro-pembangkang.
Walaupun saya tidak terlibat dalam mana-mana parti politik, tapi saya berpendapat bahawa pandangan saudara nyata meleset sama sekali..
Untuk makluman saudara, memang terdapat Crime Prosuedur Code (Kanun Prosedur Jenayah) bahawa pemeriksaan badan (Body Search) harus dijalankan keatas Orang Kena Tahan (OKT) sebelum didaftar di dalam buku daftar lokap sebelum OKT di hantarkan ke sel masing-masing. Ini kerana untuk mengelakkan OKT membawa barangan-barangan terlarang daripada memasuki sel seperti tiub heroin, pemetik api, rokok dan sebagainya. Namun undang-undang ini meliputi kepada OKT yang ditahan di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952 dan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perbuatan ketuk ketampi bertujuan untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut dari bahagian sulit OKT. Namun pemeriksaan ini diawasi oleh anggota polis yang bertugas mengikut jantina OKT. Maksudnya, tiada istilah percabulan yang terjadi. Yang menjadi masalah ialah anggota yang merakamkan prosedur tersebut yang bersalah dalah insiden ini.
Saya harap saudara Lan_Dragon431 dapat mengubah permikiran berkenaan dengan insiden ini. Perlu diingatkan kepada saudara disini bukanlah Forum Website Politik seperti website-website yang selalu saudara lawati. Jadi saya berharap di masa akan datang, saudara hentikanlah daripada membangkitkan isu politik disini.
Assalamualaikum... Sebelum saya megemukakan pandangan saya, saya minta maaf jika secara kasar saya katakan disini bahawa saudara Lan_Dragon431 awak ialah pro-pembangkang. Walaupun saya tidak terlibat dalam mana-mana parti politik, tapi saya berpendapat bahawa pandangan saudara nyata meleset sama sekali.. Untuk makluman saudara, memang terdapat Crime Prosuedur Code (Kanun Prosedur Jenayah) bahawa pemeriksaan badan (Body Search) harus dijalankan keatas Orang Kena Tahan (OKT) sebelum didaftar di dalam buku daftar lokap sebelum OKT di hantarkan ke sel masing-masing. Ini kerana untuk mengelakkan OKT membawa barangan-barangan terlarang daripada memasuki sel seperti tiub heroin, pemetik api, rokok dan sebagainya. Namun undang-undang ini meliputi kepada OKT yang ditahan di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952 dan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perbuatan ketuk ketampi bertujuan untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut dari bahagian sulit OKT. Namun pemeriksaan ini diawasi oleh anggota polis yang bertugas mengikut jantina OKT. Maksudnya, tiada istilah percabulan yang terjadi. Yang menjadi masalah ialah anggota yang merakamkan prosedur tersebut yang bersalah dalah insiden ini. Saya harap saudara Lan_Dragon431 dapat mengubah permikiran berkenaan dengan insiden ini. Perlu diingatkan kepada saudara disini bukanlah Forum Website Politik seperti website-website yang selalu saudara lawati. Jadi saya berharap di masa akan datang, saudara hentikanlah daripada membangkitkan isu politik disini. Wassalam... -=III=-
Ws pada semua...
Rasanya sang rajuna sudah tersilap faham maksud sebenar saya dalam posting saya.
Saya tidak pro pembangkang! malah pro kerajaan 100%! Berlainan dengan saudara, saya terlibat secara terus dengan politik.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang memang dikenali sebagai seorang Liberal Chinese. (Lebih afdal rasanya kalau saya gelar dia komunis, namum itu cuma pandangan peribadi saya.)
Sebagai rakyat malaysia, kita seharusnya mengambil sikap pro aktif dalam isu semasa.
Masalah kita tidak akan berakhir dengan cara tidak mengambil tahu apa yang sedang diperkatakan oleh musuh-musuh kita. Sebaliknya menjadi tanggungjawap kita mengambil tahu dan membuat respon terhadap apa yang sedang dikatakan oleh musuh-musuh kita.
Kalau saudara ingin mengambil sikap burung unta, (if you dont see it, then it's not a problem.) silakan...
tapi tak payah lah tunjuk SAMSENG, FORUM INI BUKAN HAK SAUDARA!
Selagi mods tidak mengatakan apa apa saya bebas bersuara.
Tak lamer lagi ader la yg bersuara...Jgn cpt naik angin...cakap guna ilmu bukan guna nafsu..Jgn kita salahkan kerajaan atau pun pembangkang...Salahkan diri saudara dulu g melenting tak pasal
Mengapa sampai hari ini, mereka masih tidak insaf bahawa tindakan memaksa OKT (Orang Kena Tangkap) menjadi bogel sambil membuat ketuk-ketampi adalah melanggari ajaran agama dan diharamkan dari sudut Islam dan agama lain? <<<=== bukan semua org yg ditangkap disuruh bogel...baca paper...kalo nak kira undang dlm Islam ,kira nih undang dikala darurat..tak melanggari pun ajaran agama
Bukankah memaksa OKT menanggalkan baju dan seluar sehingga bogel merupakan satu tindakan yang menjatuhkan maruah, “YB” Senator Syed Ali? Sekiranya polis kita bagus, mengapa kita hantar Azmi Khalid ke negeri China untuk memberi penjelasan dan meminta maaf?<<<===utk menjernihkan keadaan yg dikeruhkan mangkok ayun bangsat pendtg nih..saja dia nak api-apikan antara negara..agenda sulit nih...mengapa masa polis melancarkan operasi menjejaki pendtg asing khususnya pendtg china baru isu nih timbul...pelik
Isu sekarang bukan gadis bogel tersebut adalah bangsa atau keturunan Cina atau Melayu. Kalau paksaan bogel sambil membuat ketuk-ketampi dianggap di sisi undang-undang ataupun agama, ia tetap salah. Pempimpin DAP termasuk Teresa dan Lim Kit Siang tidak pernah mengatakan gadis lokap itu adalah bangsa Cina ataupun dari negeri China. Saya menggunakan “gadis Asia” dalam kenyataan akhbar saya. “YB” Ahmad Shabery Chik, mengapa awak pandai-pandai membuat tuduhan sekarang? <<== eleh..cina kalo kena bangsa dia...kelam kabut ler backing.....kena plak org yg sama yg bangkit kan isu tandas awam....mmg sah tadak isu.......
Mengapa salahkan ahli parlimen yang mendedahkan kezaliman dan salahlaku polis sedangkan pihak polis sendiri telah mengaku bahawa prosedur itu bukanlah satu prosedur standard yang dikatakan oleh Nor Omar pada satu ketika? <<<=== kalo pemula topik nih melayu saya nak nasihatkan jgn dok site sgt bangsa pendtg nih....dia kire bangsa dia jer.....ada agenda sulit tu...kalo tak mana pi 50,000 pelawat/ pelancong china yg masok m'sia...they try to boost the number of their people....lepas nih melayu ngan cina kat m'sia jadik 50-50....undi melayu pecah 3 lagi...
Selain daripada Lim Kit Siang dan Teresa Kok, terdapat juga ahli parlimen BN dan juga menteri-menteri UMNO seperti Nazri Aziz dan Azmi Khalid yang tidak puas hati dengan paksaan polis terhadap “gadis lokap” seperti yang dipaparkan dalam klip video tersebut. Kenapa tidak berani salahkan mereka juga?<<<== yg nih salah media...diorg tak beri liputan sama rata...
Jika Teresa membiarkan polis membuat siasatan secara tertutup, tentulah kes ini akan ditutupkan begitu sahaja. Bukankah pihak polis sendiri telah mengaku bahawa kes ini sebenarnya berlaku pada bulan Jun tahun ini dan pihak polis telah mengetahuinya? Mengapa tidak ada siasatan dijalankan oleh polis pada masa itu?<<<=== no komen
Jika ramai di kalangan kakitangan polis sendiri menganggap bogel sambil membuat ketuk-ketampi merupakan satu prosedur biasa ataupun “heritage”, adakah polis akan memberhentikan prosedur ini secara automatik tanpa memgikut satu prosedur atau peraturan yang baru (yang mungkin digubahkan selepas penyiasatan Suruhanjaya Bebas yang dipimpim oleh Tun Dzaiddin, insyaallah)? <<<===isu dah heboh...mesti nak ikut punya..
Jika klip video ini dianggap sebagai video lucah, mengapa UMNO membiarkan stesen TV yang dimiliki UMNO seperti TV3 menayangkan “video lucah” ini? Adakah UMNO akan membawa TV ke mahkamah? “YAB” Shahiddan Kassim, bagaimana dengan suratkhabar yang dimiliki UMNO yang juga turut mencetak gambar-gambar yang dipetik daripada klip video ini?
Nampaknya para pemimpin UMNO suka menyalahkan media terutamanya media bahasa cina. YB Zainuddin Mydin, janganlah pandai-pandai memberi " Ajaran" sedangkan beliau sendiri sentiasa mengeluarkan kenyataan akhbar yang berunsur perkauman dengan cara memutar-belit keadaan sebenar tanpa berasas. <<===sebab paper bhs cina tu pun selalu dok main isu perkauman..sama...cuma tulis cina....org melayu tk tau..tapi bukan semua...13 mei bleh berlaku pun pasai depa dah menghasut melalui paper cina .....
Berani kerana benar. DAP tentu tidak akan lepaskan tangan dalam hal paksaan dan seksaan dalam lokap polis. DAP akan terus mendedahkan sebarang kezaliman dan salahlaku anggota polis. Dan lebih penting lagi, DAP akan terus mendesak kerajaan melaksanakan kesemua 125 "reform"yang disyorkan oleh Suruhanjaya Bebas mengenai salahlaku polis pada tahun yang lalu. DAP juga menyeru kerajaan meluluskan satu rang undang-undang dengan serta-merta untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas khas untuk memantau administrasi polis, yang juga disyorkan oleh Suruhanjaya Bebas tersebut. DAP percaya bahawa badan pemantau ini jika ditubuhkan dan diberikuasa yang sewajarnya, ia tentu akan dapat menjadai lokap polis jauh lebih selamat untuk orang asing dan rakyat Malaysia sendiri. <<<=== terus terang aku nak kata....mmg aku tak percaya DAP (aka parti cina) utk menegakkan keadilan....melingkupkan ada....diorg sgt terikat dgn semangat kebangsaan diorg...tak sesuai utk rakyat m'sia yg berbilang kaum...tgk sektor swasta udah lerr...kalo tadak k'jaan ...bungkuih melayu tak tau nak kerja apa..semua diorg sapu..camtu nak harap depa...
-- Edited by DewaPetir at 02:01, 2005-12-18
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
that's right brother dewa petir.depa ni la talam 2 muka.depan kita punya la bagui,belakang kita senyap-senyap depa pancung kita.cuma kita saja yang dok leka,depa dah siap sedia cuma tunggu dapat kuasa saja.
Sang Rajuna salah faham posting tuan Naga431 masalah kecik jer tu ... masalah besar ni yang patut diberi perhatian DAP ni atau 'malaun' ... menyelam sambil minum air, sedar atau tidak dalam org dok kalut nak cari siapa perempuan dalam klip video tu mana ah-so, ah-so, dan suami ah-so tu? tak dengar pun dia orang ni buat kenyataan yg dalam klip video tu 'wa punya binilah' .. atau 'itu wa la tu' mana ..?? tarak bukan ... saja DAP mau bikin kacau sama kerajaan dan mau kasi nama negara busuk dengan kerajaan China, dah tadak isu .., jadi ada plak kes semacam ini naah .. inilah masanya dia orang nak buat kecuh.
Bahaya 'dhab' ni hehe ...
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
ices wrote: LIM KIT SIANG ni, eloknyer kita siang jer dia ni idup2. campak kat zoo, bagi BADAK makan. ermmmmm boleh ker buat cam tu kalau boleh ok jugak
siang je sampai dah takde sisik... ahahaha
pas tu kite potong insang die biar tak leh nak berenang jauh...