ini untuk yg dah kahwin, nak kahwin dan belum kahwin...
jadikan ini sebagai panduan......along sendiri bila dilanda badai rumahtangga...along refer panduan nie....alhamdulillah.....insyaallah.....SELAMAT....
baca ye....
Wahai SUAMI ..... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia ... ISTERI yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah ... Tidaklah setaQwa Aisah ... dan juga .. Tidaklah setabah Fatimah ...
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi isteri solehah ... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama ... Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya ... Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya ... Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya ... Isteri adalah murid, kamu mursyidnya ... Isteri bagikan anak kecil, kamulah tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuas-puasnya ... Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawa bisanya ... Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya ...
Pernikahan atau Perkahwinan
Menginsafkan kita, perlunya iman dan taQwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana ... Memiliki isteri yang tak sehabat mana ...
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Syyidina Ali
Karamallahhuwajhah
Cuma ...
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi
SOLEH ...
Amin ...
Wahai ISTERI pula ..... renungkanlah
Perniakahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia ...
SUAMI yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaQwa Ibrahim ...
Tidak setabah Ayyub ...
Tidak segagah Musa ...
Apa lagi setampan Yusuf ...
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh ...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya ...
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya ...
Suami bagikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya ...
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singahsanannya ...
Sekiranya suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya ...
Seandainya sumi bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya ...
Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajar kita perlunya iman dan taQwa
untuk belajar meniti sabah dan redho ALLAH s.w.t. kerana ...
Memiliki suami yang tak segagah mana ...
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa ...
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu empurna di dalam menjaga ...
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ...
Cuma WANITA akhir zaman yang berusaha ...
menjadi SOLEHAH ...
Amin ...
Justeru itu wahi SUAMI dan ISTERI ...
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya ...
SUAMI dan ISTERI ingatlah:-
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah?
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. ...
Tidak perlu isteri secantik BalQis ...
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan SUAMI setampan Yusuf?
Seandai kasih tak setulus Zulaikha ...
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sar
SEMOGA RUMAHTANGGA YG DIBINA DIRAHMATI ALLAH SEHINGGA KE SYURGA...ALLAHUAKBAR!!!