Saya cadangkan supaya senarai perniagaan dibahagikan kepada beberapa bahagian;(Rebutlah peluang jualan runcit sebanyak 60 bilion setahun yang mana orang melayu sangat-sangat ketinggalan merebut peluang ini berbanding bangsa lain)
1) Kedai servis kereta, washing, repair (Automotif shj)
2) Kedai runcit (Minimarket, supermarket shj)
3) Kedai makan (Restoran, seafood dan sebagainya)
4) Kedai makan (Gerai, warung dan sebagainya)
5) Kedai alatulis, stationary
6) Kedai buku (buku,majalah, suratkhabar dan sebagainya)
7) Kontraktor2
8) Jemaah yang terlibat dgn pasar malam (Jenis brg jualan, lokasi perniagaan dan sebagainya)
9) Kedai komputer (servis komputer, jualan dan sebagainya)
10) Kedai fotostat (buku, binding, jilid dan sebagainya)
11) Kedai dobi
12) Kedai Motorsikal (Jualan, servis, spare parts dan sebagainya)
13) Kedai Farmasi
14) Klinik-klinik
15) Stesyen minyak
16) Kedai Pakaian (Kain, baju dan sebagainya)
17) Kedai Buah-buahan (Jualan, trading dan sebagainya)
18) Kedai alat telekomunikasi (Jualan, servis dan sebagainya)
19) Kedai tayar (servis, jualan dan sebagainya)
20) Kedai Kek dan Bakeri
21) Insurans
22) Khidmat bus (Ekspress, kilang, sekolah lain2)
23) Khidmat teksi
24) Khidmat guaman (Peguambela, peguamcara dan sebagainya)
25) Kedai pertanian, usahawan tani, pengedaran hasil-hasil pertanian ke pasaran
Cadangan:
Jangka Pendek
1) Mempromosikan ahli jemaah mengikuti kursus2 anjuran badan2 kerajaan seperti MARA, Kementerian Perdagangan dan sebagainya di bawah PEKIDA.Bagi kursus2 pemasaran. penyediaan perancangan perniagaan, mengembangkan perniagaan sedia ada, trading, promosi, import eksport, prosedur kerajaan dan sebagainya.
2) Mempromosikan ahli jemaah bagi turut serta dalam karnival, gerai hari terbuka anjuran MARA daerah dan negeri, FAMA, kementerian2 dan sebagainya.
Jangka panjang
1) Mengembangkan perniagaan sedia ada.
2) Membantu mendapatkan lokasi perniagaan, kedai dan sebagainya dengan bantuan badan kerajaan.
3) Mewujudkan rumah trading (Pengumpulan semua brg perniagaan untuk dibeli dengan harga pukal dan murah utuk diedarkan kepada ahli jemaah secara sistematik dan teratur)
4) Mengatur pinjaman2 bank atau kementerian2 bagi perniagaan.
5) Mewujudkan unit usahawanniaga PEKIDA bagi meyuarakan cadangan, pendapat, ketidakpuasan hati, komen kepada badan2 keraan secara berhemah dan profesional.
plan yg amat baik utk menaikkan melayu....thanks bro
setuju!!!
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
cuma perlu diingat cadangan ini hanya merupakan cadangan niaga dan bukan cadangan peribadi.....asas ilmu perlu ada....kemudian baru kewangan.....
langkah pertama...mohon pendapat bagaimana untuk mengumpulkan nama-nama peniaga atau usahawan dan butiran peribadi untuk disenaraikan....dicadangkan dibuat jawatankuasa..tidak perlu ramai kalau ahli jemah sendiri yg buat....10 org pun alhamdullilah....sedangkan di pahang dulu pun masa gathering Pak Lah tak ramai jawatankuasanya....
senarai nama serta butiran ini penting memandangkan sekiranya kita nak buat ceramah atau kursus in-house kita perlu memenuhkan kuota yang diberi.....selain untuk memohon peruntukan kementerian bagi memenuhkan kuota kursus2 yang ditawarkan sepanjang tahun......
langkah ke 2....asingkan mengikuti kategori b'kaitan dan kursus2 niaga yang dpt dimaklumkan atau diikuti sepanjang 2006 sbg peningkatan (sepanjang tahun 2006 terlalu byk kursus dpt dislotkan).....jemaah perlu dibekalkan dgn ilmu untuk maju.....
rasanya buat masa ini terhad kpd 2 langkah ini shj dahulu....selepas tahun 2006 ini kita tgk feedback dan buat postmortem semula....(feedback bermaksud dari segi peningkatan jualannya sekiranya telah berniaga, keyakinan membuat sebarang pinjaman dan masuk pasaran terbuka, aliran tunai niaga yang lebih teratur dan b'sistem dan sebagainya)
pada saya..adalah terlalu awal sekiranya kita bercakap tentang pinjaman niaga atau kewangan....pembelian kedai...promosi produk.....rangkaian pemasaran sedangkan ahli jemaah yang menyahut seruan ini terlalu sedikit untuk digerakkan...