Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Colgate Halal atau tidak.???


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
Colgate Halal atau tidak.???











 




COLGATE SYARIKAT PALING TIDAK PRIHATIN KEPERLUAN ISLAM .:·







PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) dan MAPAN dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA

terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid Dan Surau, ahli dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan-persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS,

keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional,

PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahlli-ahli politik, para usahawan, ahli-ahli Politik,

para mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja,

PARA PERSATUAN SUKARELA DAN PARA PEJUANG KEADILAN

yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar menghormati pengguna.


Kita renung antara fakta-fakta berikut:-

COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;

Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini;

Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush...?

Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonglah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.

BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.


Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.

“ BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA ”

PPIM 



__________________
Amar Makruf Nahi Mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

saLams..kebetuLan sy mmg tak pernah pakai cOLgate..ntah kenapa ntah!!

__________________
eZra
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard