> > > > -Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh > > > > Utas Travel and Tours Sdn.Bhd. > > > > > > > > Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, > > > > saya mula terdengar cerita-cerita daripada jemaah > > > > yang saya bawa tentang hubungan dingin antara > > > > seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si > > > > ibu berusia 60-an sementara anak dan menantunya > > > > akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa > > > > ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji > > > > beberapa tahun lalu. > > > > > > > > Saya diberitahu, hubungan dingin itu > > > > sebenarnya bermula sejak di Malaysia lagi kerana > > > > wanita berkenaan kurang senang dengan perangai > > > > menantunya yang sombong dan mengongkong suami. > > > > Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak > > > > menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai > > > > mentua, apatah lagi seperti ibunya sendiri. > > > > > > > > Seperkara lain yang wanita itu benar-benar > > > > kecewa ialah biarpun anaknya itu ahli perniagaan > > > > berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, > > > > dia jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa > > > > sahaja kehendak isteri diturutkan walaupun > > > > kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya. > > > > > > > > > > > > Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan > > > > rumahtangga, wanita tersebut kesal kerana anak dan > > > > menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah > > > > lagi hendak tidur disana. Kalau singgah pun > > > > menantunya tidak mahu berada lama di rumahnya. > > > > Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat > > > > pulang. > > > > > > > > Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya > > > > menegur sikap buruk isterinya itu, tetapi ia seperti > > > > tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. > > > > Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu > > > > menurut kehendak isteri, namun dari sehari ker > > > > sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk > > > > isterinya. > > > > > > > > Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut > > > > berkecil hati kerana menantunya tidak senang dengan > > > > kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke > > > > tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana > > > > lelaki berkenaan berkeras juga hendak membawa ibunya > > > > sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir > > > > yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta > > > > sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai ke > > > > Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi > > > > semakin parah. > > > > > > > > Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak > > > > dapat melihat sendiri di depan matanya hubungan > > > > buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia > > > > tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang > > > > yang dia sayang. Tambahan pula dialah yang membayar > > > > semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah. > > > > > > > > Tetapi semakin hari perselisihan faham itu > > > > bertambah parah. Hubungan ibu lelaki tadi dengan > > > > isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka > > > > bertegang leher. Si ibu yang telah agak lanjut > > > > usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan > > > > hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong > > > > dan panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak > > > > mentuanya itu yang baginya cerewet. > > > > > > > > Akibat perselisihan faham, mereka tidak > > > > menegur sapa dan si ibu pula enggan memakan makanan > > > > yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si > > > > anak tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk > > > > ibunya. > > > > > > > > "Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak > > > > dihormatnya. Emak minta tolong sikit dia membebel. > > > > Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, > > > > "rungut si ibu kepada anaknya. > > > > > > > > "Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. > > > > Cerewet, nak itulah, nak inilah, macam-macam. Saya > > > > dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. > > > > Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula > > > > dengan suara yang kasar. > > > > > > > > Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing > > > > hingga si anak berasa amat tertekan. Hendak > > > > dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. > > > > Hendak dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula > > > > terasa hati. Jadi sedaya yang boleh dia cuba > > > > memekakkan telinga dan membutakan mata daripada > > > > pertelingkahan itu. > > > > > > > > Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa > > > > keluar. Apabila berjalan, duduk di meja makan atau > > > > bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. > > > > Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. > > > > Mereka mula menjadi perhatian. Begitu juga saya. > > > > Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka. > > > > > > > > Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit > > > > demi sedikit menyebelahi isterinya. Bagi lelaki itu, > > > > ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak meminta, > > > > cerewet dan terlalu ambil hati. > > > > > > > > "Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu > > > > memujuk isterinya. > > > > > > > > Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, > > > > boleh tak kau belikan sejadah untuk emak? Di kedai > > > > bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal > > > > anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa > > > > banyak-banyak?" soal si anak lagi. "Alaaah....nak > > > > buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan > > > > dan orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat > > > > pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum. > > > > > > > > Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si > > > > anak menarik muka masam. Matanya merenung tajam > > > > wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" > > > > Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, > > > > si anak yang pada mulanya mahu menuruti permintaan > > > > ibunya, kembali ke tempat duduk. > > > > > > > > "Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah > > > > bila nak balik nanti saya belikan," jawab si anak. > > > > > > > > Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya > > > > berkecil hati. Dia kecewa anak kesayangannya itu > > > > sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya > > > > menurut saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau > > > > nih Man,emak nak benda tu pun tak boleh beri. Tapi > > > > kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun > > > > kau nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan > > > > sedikit aja. Sampai hati kau Man." > > > > > > > > Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan > > > > keinsafan tetapi tanpa disangka anaknya naik > > > > berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi > > > > ibunya. > > > > > > > > "Emak ni! Apa mak nak buat dengan > > > > barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat apa nak beli > > > > itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri > > > > macam-macam, sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya > > > > nak belikan barang-barang untuk anak kami juga!" > > > > katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun > > > > naik menahan marah. Isterinya pula tersenyum puas. > > > > > > > > Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati > > > > kau cakap macam tu dengan emak. Aku ni emak kau, tak > > > > boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun > > > > janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, > > > > engkau marah-marah, "katanya dengan kecewa. > > > > > > > > Si anak bertambah berang. "Emak tu dah > > > > tua,buatlah cara tua! Jangan nak minta itu minta > > > > ini!" > > > > > > > > Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur > > > > apabila anak yang dipeliharanya sejak kecil dengan > > > > penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu > > > > rupa. Tindakan anaknya yang sudah melampau itu > > > > menyebabkan si ibu marah. > > > > > > > > Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu > > > > berkata, "Man, Aku ni emak kau tau. Aku yang > > > > lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan > > > > kau? Bila masa dia besarkan kau? > > > > > > > > "Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, > > > > cari duit nak besarkan kau, hantar ke sekolah sampai > > > > kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau buat > > > > emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau > > > > sendiri. Dengan isteri kau cakap dengan baik tapi > > > > emak kau sendiri kau tengking-tengkingkan." > > > > > > > > Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, > > > > "Kalau beginilah sikap engkau Man, mulai hari ini > > > > emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!" > > > > > > > > Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu > > > > tadi,anaknya terus jatuh terjelepok ke lantai. Bagai > > > > panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah > > > > "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat > > > > balasan Allah kepada hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada > > > > anaknya yang terbaring di lantai, si ibu tadi > > > > bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia > > > > mengesat air matanya yang menitis dengan lengan > > > > bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. > > > > Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata > > > > terkebil-kebil. Badannya longlai dan lembik. > > > > Isterinya pula menangis tersedu-sedu. > > > > > > > > Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. > > > > Badannya seperti sedang sakit, namun apabila > > > > diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. > > > > Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal > > > > menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap > > > > enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah > > > > menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi > > > > lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan > > > > Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu > > > > petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia > > > > cuma kebetulan. > > > > > > > > Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal > > > > dan kecewa. Biarpun duduk sebilik dia diasingkan > > > > oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan > > > > minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di > > > > bilik, dan apabila berada di luar dia lebih banyak > > > > termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya > > > > mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita > > > > tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus menangis > > > > dan menangis. > > > > > > > > Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada > > > > balasan Allah. Kesihatan si anak tadi semakin buruk. > > > > Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya > > > > untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu > > > > terpaksa dipapah dan diusung semasa wukuf, sai, > > > > melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya > > > > benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah > > > > tersebut. > > > > > > > > Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat > > > > bergantung, si ibu tadi menunaikan haji bersama-sama > > > > kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan > > > > oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan > > > > diri dan tidak bertegur sapa seolah-olah tidak kenal > > > > antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui > > > > wanita tersebut. > > > > > > > > "Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik > > > > tu. Yang lepas tu lepaslah, dia dah terima > > > > balasannya,"kata saya. > > > > > > > > Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis > > > > dan mengesat air matanya yang gugur. Saya terus juga > > > > menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu > > > > langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia > > > > sebaliknya cuma menangis. Dari raut wajahnya > > > > ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan > > > > menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap > > > > tentang mereka. > > > > > > > > Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki > > > > berkenaan seolah-olah terpinga-pinga dan tidak tahu > > > > apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya > > > > dibuat untuk menyelesaikan masalah > > > > tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir bila > > > > saya sebut nama mentuanya. > > > > > > > > Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim > > > > haji dan seterusnya kembali ke tanah air. Sejak itu > > > > saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya > > > > terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak > > > > pulang ke tanah air si anak tadi sakit > > > > terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal > > > > diubati doktor. > > > > > > > > Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga > > > > beranak tetap tidak berubah. Anak yang telah > > > > mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan > > > > kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan > > > > sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya. Sejak > > > > kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi > > > > antara satu sama lain. > > > > > > > > Berita terakhir saya terima ialah lelaki > > > > terbabit telah meninggal dunia selepas menderita > > > > sakit selama 10 tahun. > > > > > > > > "TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU > > > > TIDAK BERBAKTI KECUALI KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK > > > > KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU > > > > KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM > > > > PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA > > > > MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK > > > > MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA > > > > KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA > > > > BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH > > > > KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU > > > > SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU > > > > MASIH KECIL." > > > > > > > > [Surah al-Israa' 7:23-24.] > > > > > > > > Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya > > > > Rasulullah s.a.w bersabda: > > > > > > > > "SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH > > > > SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA > > > > KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA > > > > SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA > > > > PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."