SUASANA MAJLIS PERNIKAHAN ADINDA PEREMPUAN ZACK BIKERS
SABTU, 24 DISEMBER 2005
BT 9, ULU LANGAT, SELANGOR.
GAMBAR DAN LAPURAN OLEH : UNIT R&D PEKIDA
Anggota Pekida R&D di jemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Satu kelainan dalam majlis ini ialah apabila Kekanda Zack Bikers sendiri mewakili Imam dan arwah bapanya, sebagai wali menjadi juru nikah untuk adik kandungnya.
Tahniah khusus buat Zack bikers di atas keberanian dan keyakinan diri untuk menikahkan sendiri adik perempuannya. Inilah contoh yang paling baik sekali.
Kanda juga ucapkan setinggi tinggi tahniah dan bersyukur di atas komitmen yang ditunjukkan oleh adik adik r&d sehingga menerima pengiktirafan dan penghargaan dari pelbagai pihak. Kanda tahu bahawa kalian telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik dan itulah yang kalian dapat.
Ingatlah wahai adinda sekelian, bahawa segala pujian itu milik Allah, bukan untuk kita, kerana kita lakukannya semata-mata untuk Allah, untuk mendapatkan keredaan Allah... bukan untuk wang ringgit yang di hadiahkan utk kalian. Ia nya terlalu murah untuk di gantikan dengan keredhaan Allah.
Tahniah dan teruskan istiqomah dalam perjuangan ini... teruskan sehingga Islam mendapat pujian dari semua pihak, setiap masa, di mana saja... biarkan dan abaikan apa orang nak kata...
Kita teruskan ssehingga ...
ISLAM di puji - Allahuakbar
MELAYU dipuji - allahuakbar
MALAYSIA di puji - Allahuakbar
Sekalipun orang kafir yang tidak mengakuinya membenci - walaukarihalkaafiruunnn.
Baru lunak dan puas menyebut ALHAMDULILLAHIRROBBILAALAMIIN....
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kalau tak silap saya, majlis gembira dalam sedih. Kanda Zack mewalikan adik dia kerana ayah kanda Zack baru meninggal dunia hari raya baru ni. Tapi tak ramai wali yang nikahkan waris. Syabas kanda zack. Tak sia2 diiktiraf sebagai abang long RnD. YM Ayahanda Datuk Fuad dan Abang Long Dr. Mas tentu bangga.