Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: WARKAH BUAT TEMAN SEPERJUANGAN


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
WARKAH BUAT TEMAN SEPERJUANGAN


MAAFKAN KAMI WAHAI RASULULLAH..

Betapa Malunya Apabila.
Bayangkan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba muncul
mengetuk pintu rumah
kita.Baginda datang dengan penuh senyuman dan
muka yang bersih di muka
pintu.
Apa yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagia mencium
tangan dan memeluk erat
baginda lantas mempersilakan baginda masuk ke
ruang tamu.Kemudian kita tentu
akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya
baginda tinggal beberapa hari
di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum.

Tapi..
mungkin kita meminta Rasulullah menunggu
sebentar di hadapan pintu kerana
kita baru teringatkan VCD rated XXX yang ada di
ruang tamu dan kita
tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke
dalam.
Adakah baginda akan terus tersenyum?

..Atau kita teringatkan lukisan wanita separuh bogel
yang kita pasang di
ruang tamu kita sehingga kita terpaksa
menyembunyikannya dengan
tergesa-gesa.Barangkali kita juga kelam kabut
memindahkan kalimah Allah
dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita
sebagai gantian kepada
gambar wanita separuh bogel yang telah kita
susupkan.
Adakah baginda akan terus tersenyum?

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di
rumah kita?

Barangkali kita teringat kepada anak atau adik
beradik kita yang lebih arif
tentang lagu-lagu barat yang melalaikan dari selawat
dan zikir.Kita tentu
berasa malu memikirkan yang keluarga kita tidak
mengetahui sirah Rasulullah
kerana kelalaian kita mengajar mereka.
Adakah baginda akan terus tersenyum?

Barangkali kita lebih malu apabila anak dan keluarga
kita tidak mengetahui
walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi
lebih menghafaz nama-nama
artis,penyanyi dan watak-watak kartun.Barangkali kita
terpaksa menukar
sebuah kamar mandi menjadi satu ruang
solat.Barangkali juga kita teringat
bahawa anak gadis atau saudara perempuan kita
tidak mempunyai koleksi
pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan
Rasulullah hingga memaksa
meminjam pakaian muslimat lain.
Adakah baginda akan terus tersenyum?

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan keluarga
kita yang memaparkan gambar
artis-artis yang mendedahkan tubuh jua auratnya
untuk diratah oleh mata
pembaca yang tidak takutkan azab Allah.
Belum lagi koleksi kaset-kaset artis pujaan kita dan
kaum keluarga
kita.Belum lagi koleksi VCD hits popular dan
karaoke.Belum lagi dilihat
komputer dan laman web mana yang kita gemar
melayarinya.
Ke mana harus kita singkirkan semua ini demi
menghormati Nabi akhir zaman
ini?!

Barangkali kita akan merasa malu kepada baginda
apabila baginda tahu bahawa
kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan
tetap setia menyeru para
mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri
kepada Allah.
Adakah baginda terus tersenyum?

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan
maghrib berkumandang kita
masih lagi sibuk dengan bola dan TV.Barangkali kita
rasa malu kerana kita
menghabiskan hampir seluruh masa kita dengan
mengadap komputer,chatting dan
melayari laman-laman web yang tidak senonoh dan
mengghairahkan.
Adakah baginda akan terus tersenyum?

Barangkali kita rasa malu kerana keluarga kita tidak
pernah mengerjakan
amalan-amalan sunat apatah lagi kalau melengahkan
amalan fardhu.Barangkali
kita akan rasa malu kerana keluarga kita hanya
menjadikan Al-Quran sebagai
perhiasan dalam almari dan apabila ditanya kenapa
tidak dibaca maka kita
menjawab ia dibaca apabila ada kematian sahaja.
Adakah baginda akan terus tersenyum?

Bayangkan
Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..?
Apa yang akan kita
lakukan?Masihkah kita akan memeluk Kekasih Allah
itu dan mempersilakan
baginda untuk masuk dan bermalam di rumah kita?

Atau.akhirnya kita dengan berat hati terpaksa
menolak kunjungan Rasulullah
ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita
menjadi kelam kabut dan
malu!!??

Masihkah baginda akan terus tersenyum di saat
itu!!??
Senyuman pedih,senyuman pilu.

Oh,betapa malunya hidup kita di hadapan mata
Rasulullah!Kerana disaat inipun
Rasulullah mengetahui kelakuan umatnya dengan
perkhabaran dari Allah selepas
kewafatan Baginda.
Agaknya,adakah di saat ini Rasulullah sedang
senyum gembira atau sedang
berduka atas kelakuan umatnya yang telah
melupakan segala pengobanannya
selama ini?

Maafkan kami wahai Rasulullah.!!

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 218
Date:

sebaknyaaaa aku........










__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard