Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Senior

Status: Offline
Posts: 172
Date:
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi  Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
 
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

 
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.

 
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa,  penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
 
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

 
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik,  kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah  "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
 
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur,  senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!
 
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

 
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,  tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
 
10) Kekalkan wuduk

 
11) Bersedekah
 
12) Belanja orang makan.
 
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
 
14) Berkawan dengan ulama
 
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
 
16) Pesan pada orang, jadi baik
 
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat. 
 


__________________
Sifu_sgtinggi ---lll---
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard