Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RAHSIA UTK LELAKI PJG UMUR


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
RAHSIA UTK LELAKI PJG UMUR


PETALING JAYA 16 Julai - Seorang suami yang memeluk isterinya untuk
sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan
tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana
pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun,
sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan
Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan
Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel
Sheraton Subang di sini hari ini.


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, "Selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan
sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan
sunah Rasulullah s.a.w."


Tambah beliau, "Ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan
memeluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh
peserta persidangan itu.


Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri


WALLAHUALAM BISAWAB..AMIN



__________________
eZra


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:



__________________
alllang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard