Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RENUNGAN BERSAMA


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
RENUNGAN BERSAMA


Assalamualaikum,

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid,di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa'.

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW.Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah
seperti berikut:
************************************************************************
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian?Adakah sebab kami ini kufur?'
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan
wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad
tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud
tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri,jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi
di suatu ketika,disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun
kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
denganperkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang
sayadapat?".][Tak guna sesen pun']Rasulullah SAW sambung lagi,
'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,saya tak nampak satu pun
kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2
perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar
70Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum mnyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan,umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga
termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
pertama,tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan
perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga,
Jibril a.s setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah
satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga
suatu syair Arab yang berbunyi:  "Nak buat baik, sangatlah mudah,
maniskan wajah, embutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sabda Rasulullah SAW: - "SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT "


__________________
eZra


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SAUDARA EZRA....ATAS ILMU YG DIKONGSI....BERSAMA PARA JEMAAH SEKELIAN....KAUM WANITA BOLEH AMBIL PENGAJARAN....

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard