Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KAIN KAPAN HJ TEEPOO


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:
KAIN KAPAN HJ TEEPOO


Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam m asa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,
koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan
didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo
dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku
nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi
hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran
dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,
Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana
sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri
Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terak hir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain
yang
dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah
insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang
sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain
kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mere ka juga akan
fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang
kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar....


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

cheh..busuk punya olang.

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:

hehehehehhe...



__________________
yusof


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

ni la dia org yg ingat dia pandai tapi yg sebenarnya dia tak pandai

__________________
alllang


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

muanas punya olang...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

heh...macam-macam

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

cam 2 nye org pn ade kt mke bmi ni kn..


bpak selengernye..


amik iktibar geng...!


 



__________________
"BERSAMA MEMARTABATKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU"


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

no komen tp citer ko mmg best ///

Attachments
__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard