Hasil dari beberapa siri perbincangan yang serius, permintaan khas oleh sekumpulan orang kurang upaya (OLU), maka pada Ahad lepas R&D berjaya menganjurkan satu program gotongroyong membersihkan rumah Kebajikan Aishah di Bt 18 Ulu Langat.
Rumah yang di sewa oleh r&d ini akan di jadikan rumah kebajikan untuk orang orang daif yang memerlukan seperti orang Cacat, fakir miskin, warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.
Seramai 53 orang hadir untuk program sehari itu dengan 19 buah kereta, lori dan van. Turut hadir ialah Ayahanda Hj Ab Malek Ranting, Pengerusi Wilayah, Kekanda Mazni, dan Kekanda Hatta.
Bagi mereka yang mempunyai saudara mara yang boleh di katagorikan spt di atas bolehlah dan memerlukan tempat perlindungan bolehlah mengajukan permohonan melalui r&d.
Sumbangan ikhlas dari mereka yang berkemampuan juga amat di harapkan untuk menampung kos pengendalian rumah kebajikan ini.
Gotong royong paling teratur dan sistematik. Masing2 ambil tugas. Tak ada yang cekak pinggang dan lenggang kangkung. Berat sama dipukul, ringan kita buat sendiri.
Kira gotong royong dan aktiviti outdoor reakreasi R&D. Memang seronok walaupun letih. Sekejap jer tanah tu bersih. Juga di atas rumah. Alhamdulillah.
Ayahanda Hj Malik, kekanda Glemey dan kekanda Hatta pun sibuk membantu. Nampak terpancar kagum di wajah mereka melihat disiplin adik-adik R&D yang cantik itu.
Setinggi-tinggi penghargaan utk semua jemaah r&d yang tekun berjihad, tekun berdakwah melalui penampilan diri yang berdisiplin... ikhlas melakukan kerja kerja kebajikan.
Tidak sekali kali kanda lupakan juga para srikandi. Tahniah dan terima kasih khas kita ucapkan kepada 12 orang srikandi yg turut serta bertungkus lumus menguruskan bahdian dalam rumah, sementara kaum lelaki menguruskan bahgian luar rumah dan kawasan sekitar.
Terima kasih juga kepada mereka yg menyumbang nasi lemak, nasi ayam, tapai, dll untuk santapan kami setelah penat bekerja...
Alhamdulillah.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
aiseyman... patutla masa saya balik kampung tempoh hari nampak sekumpulan orang yang memakai baju serba putih tengah mengemas rumah! ahli taskforce r&d rupanya? ruginyer tak singgah sbb tak sure sangat... tapi bila nampak ada kereta yang pakai sticker charity club(c3) baru sure! itu pun sempat kasi signal hon je... maybe ada yang perasan kot? apapun tahniah pada unit r&d pekida...
p/s: bro zack tak sound pun ek bukan jauh sekampung je hhuhuhhuuh
Sebenarnya r&d ada terlalu banyak program. Seringkali kami utarakan jemputan di web atau sms. Tapi yang nyata tidak ramai yg ikut serta. Jadi untuk mengelakkan pembaziran kos penghantaran sms (yang kadang-kala tidak di jawab pun) maka pihak pengurusan mengambil pendekatan hanya mereka yang istiqomah dan komitted saja di jemput. Saya yakin Kanda Zack pun terlalu sibuk dgn program r&d dan kerja di pejabat sampai terlupa nak bagi tau.
So, kalau teringin nak ikut serta jenguk-jenguk lah r&d bertanya khabar.
Gambar rakaman keadaan kawasan dan rumah SEBELUM kerja gotong royong.
aiseyman... patutla masa saya balik kampung tempoh hari nampak sekumpulan orang yang memakai baju serba putih tengah mengemas rumah! ahli taskforce r&d rupanya? ruginyer tak singgah sbb tak sure sangat...
tapi bila nampak ada kereta yang pakai sticker charity club(c3) baru sure! itu pun sempat kasi signal hon je... maybe ada yang perasan kot?
apapun tahniah pada unit r&d pekida...
p/s: bro zack tak sound pun ek bukan jauh sekampung je hhuhuhhuuh
tahniah r&d... anda menjulang naik nama PEKIDA MALAYSIA....
Monta maaf la adik langat. Memang saya terlupa langsung. Sebab banyak sangat perogram dan urusan bermain kat kepala ni. Tapi janga risau. Akan ada lagi program di Langat tu. Akan saya sampaikan. Insyaallah.
Ya laaa... takut tak larat lak nak ikut... dan ikut r&d ni dengar katanya tak boleh main main. Abang Mas terlalu serius dalam gerakan dia... terlalu teliti dan berdisiplin.
Assalamualaikum... Monta maaf la adik langat. Memang saya terlupa langsung. Sebab banyak sangat perogram dan urusan bermain kat kepala ni. Tapi janga risau. Akan ada lagi program di Langat tu. Akan saya sampaikan. Insyaallah.
takpe zack takde hal nyer....hehehhe bukan apa sebab dekat je ngan umah tuh heehe petang2 bila main takraw kat situ aku lawat nyer...
zackbikers wrote: Assalamualaikum... Monta maaf la adik langat. Memang saya terlupa langsung. Sebab banyak sangat perogram dan urusan bermain kat kepala ni. Tapi janga risau. Akan ada lagi program di Langat tu. Akan saya sampaikan. Insyaallah. takpe zack takde hal nyer....hehehhe bukan apa sebab dekat je ngan umah tuh heehe petang2 bila main takraw kat situ aku lawat nyer... anyway keep it up! Hidup adik langat....-- Edited by suluh30 at 02:20, 2006-01-13