Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: "PANGLIMA TIGA SERANGKAI


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
"PANGLIMA TIGA SERANGKAI



Dalam sejarah Islam ada tiga orang panglima perang yang namanya sentiasa disejajarkan, diceritakan pada masa yang sama dan ditulis pula dalam lembaran yang sama. Mereka itu ialah Panglima Zaid bin Harithah, Jakfar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawwahah radiallahuanhum. Ketiga-tiganya diangkat oleh Rasulullah SAW dalam masa yang sama untuk memimpin pasukan kaum Muslimin dalam peperangan Mu’tah melawan pasukan Rom. Dalam peperangan kali ini Rasulullah tidak turut serta, oleh kerana itu Baginda menyerahkan kepimpinan perang kepada orang lain.

Sebab utama Rasulullah SAW menghantar pasukan ke Mu’tah kerana menuntut bela atas kematian Al-Harith bin Umair yang dibunuh oleh Syurahbil bin Amru seorang penguasa Basrah di dalam wilayah jajahan Rom. Al-Harith telah ditugaskan oleh Rasulullah SAW menghantarkan surat perutusan kepada penguasa Rom, tetapi dibunuh oleh Syurahbil bin Amru. Tindakan ini melanggar undang-undang dunia yang melarang menyakiti, menyeksa atau mengambil sebarang tindakan ke atas utusan.

Rasulullah SAW telah membentuk pasukan seramai 3000 orang dan menunjuk Zaid bin Harithah sebagai Panglima Perang. Beliau memberikan arahan : “Jika Zaid gugur, Jakfar bin Abi Talib penggantinya, dan jika Jakfar gugur, Abdullah bin Rawwahah sebagai penggantinya”.

Kedadaan Yang Mencemaskan.

Zaid bin Harithah bergerak membawa pasukannya menuju tempat yang telah ditentukan oleh Rasulullah, iaitu di Mu’tah tempat utusan Baginda yang dihukum pancung oleh Syurahbil. Berita keberangkatan pasukan Islam itu telah terdengar oleh Raja Rom dan dibesar-besarkan oleh si pembawa berita. Raja Rom telah mempersiapkan pasukan yang mempunyai anggota seramai 100,000 orang dan dibantu pula oleh pasukan 100,000 orang lagi yang terdiri dari suku-suku Arab dibawah jajahan takluknya.

Setibanya di suatu tempat bernama Mu’an, pasukan kaum Muslimin menjadi bingung apabila mendapat tahu bahawa mereka telah ditunggu oleh pasukan musuh yang mempunyai kekuatan anggota seramai 200,000 orang. Jumlah ini berpuluh kali ganda dari bilangan pasukan kaum Muslimin yang hanya 3000 orang sahaja. Kalau mereka berlawan juga, bererti setiap seorang tentera Islam mesti berhadapan dengan 67 orang pasukan musuh. Berlawan dengan musuh yang sedemikian besar jumlah anggotanya yang lengkap dengan bekalan senjata, bererti sama dengan membunuh diri. Pasuka kaum Muslimin berkhemah selama dua hari dua malam di Mu’an dan berunding bagaimana cara menghadapi musuh yang demikian besar itu.

Mereka mengajukan beberapa cadangan : “Sebaiknya kita menghantar surat kepada Rasulullah SAW untuk memberitahu tentang keadaan musuh. Mungkin Baginda bersetuju menambah kekuatan yang lebih besar lagi, atau Baginda memerintahkan kita ke suatu tempat yang mesti kita laksanakan”.

Akan tetapi cadangan tersebut dibantah oleh Abdullah bin Rawwahah dengan berkata: “Wahai saudara-saudaraku sekalian ! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujua kita berangkat ke medan perang ini? Kita berperang tidak bergantung kepada bilangan anggota pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata Berdasarkan agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju ! Tidak ada pilihan lain kecuali satu dari dua kebaikan iaitu mengan atau mati syahid !”

Ucapan Abdulah bin Rawwahah itu telah menaikkan semangat pasukan Islam, sehingga hilanglah kebimbangan mereka untuk menghadapi musuh yang 70 kali ganda itu.

Abu Hurairah yang turut serta dalam peperangan tersebut turut merasa bimbang apabila melihat betapa besarnya bilangan pihak lawan serta dengan senjata dan bekalan mereka yang lebih lengkap.

“Wahai Abu Hurairah ! Nampaknya engkau merasa hairan terhadap pasukan musuh yang begitu besar ?” tanya Thabit bin Arqam.

“Ya, begitu,” jawab Abu Hurairah.
“Ini disebabkan engkau tidak turut serta di dalam peperangan Badar bersama kami. Ketika itu kami menang bukannya kerana besarnya jumlah pasukan,” kata Thabit bin Arqam.

Abu Hurairah memang tidak turut serta dalam perang Badar kerana dia baru masuk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah.

Bersambung................
Wallahhuallam.
"


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
RE: "PANGLIMA TIGA SERANGKAI


ALLAH HUAKBAR...........................kibarkan panji-panji ISLAM

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

ALLAH HUAKBAR...........ALLAH HUAKBAR...........ALLAH HUAKBAR

__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
RE: "PANGLIMA TIGA SERANGKAI


TIGA SERANGKAI........................................?

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:
RE: "PANGLIMA TIGA SERANGKAI


Iyo la tuuuu... :)




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

cantik moto pin pin pin

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

pin... I|I

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard