"Hutang ku keliling pinggang....dapat gaji beribu habis tak boleh nak simpan. Pendapatan bulanan kurang daripada hutang yang nak dibayar. Ya Allah banyaknya hutangku ..............macam mana ni...
Hutangku dengan bank saja cecah RM 2000.00 sebulan.Kad kredit dah over limit , ada 3 kad...nak berjimat dan selamat konon. Tapi apa dah jadi.. ohhh...! aku buat silap rupanya..
Macamana ni.nak bayar gaji tak cukup.tak bayar boleh di " balck list" kan oleh bank.Tapi macam mana pun mesti kena bayar.pandai hutang mesti pandai bayar.
Itu adalah senario para penghutang.Tak kiralah hutang dengan bank atau dengan manusia apatah lagi dengan Allah mesti kena bayar.
Hutang ku dengan Allah, lebih banyak dari hutang ku dengan bank.Hutang sembahyangku yang masa muda-muda dulu, waktu terlalai atau buat-buat lalai dan tak kisah dengan suruhan Allah, tak boleh nak kira.Hutang puasa lagi...ibadat yang tak ikhlas lagi dan macam-macam jenis hutang dengan Allah yang belum dijelaskan.
Cuba kita bayangkan..kalau kita sibuk dan takut bila kita tak leh nak bayar hutang dengan bank atau orang lain dan orang /bank selalu cari kita bagaimana hutang kita dengan Allah.
APAKAH KITA TAK TAKUT? Allah tak cari dan hantar surat warning pada kita., tapi Allah tak kan redha dengan kita.Bayangkan kalau kita berhutang didunia yang tidak dijelaskan, sekiranya kita meninggal dunia, ALLAH gantung suaratan amalan kita dilangit , bayangkan hutang kita dengan Allah yang berkaitan dengan dosa .Fikir-fikirkanlah." ..........................