Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sekadar renungan


Senior

Status: Offline
Posts: 129
Date:
sekadar renungan


Renungan utk semua...renunglah betapa kecilnya kita di bumi Allah ini...
Jadikan kisah ini sebagai pengajarn dan peringatan buat kita semua...

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!...

bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu
mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah takut,
berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan
daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH diperlihatkan sebuah
perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba ALLAH ni pun
terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali
tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di
mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada ALLAH
agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar
bunyi kocakan air di bawah perigi.

AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa
tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba
keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut
tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni
pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....
habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba
ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba ALLAH ni pun
mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH
ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata, "Fuh
manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa
pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di
bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yg
mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg
menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg
jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan
setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya
tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru
la nak ingat ALLAH.

ASTAGHFIRULLAH...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LAA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAH
*LAA ILAH ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLIM WABAA-RIK A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA A'A-LIHI WA
SAHBIHI AJMA-IIN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi perkataan

Step 3:
Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,
berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan
untuk kamu dan di AMIN oleh para Malaikat, INSYALLAH

Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan ALLAH
dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang diredhaiNya
Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan
kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam
apa jua yang kita kerjakan.

Wasalam....


__________________
kja356


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

Alhamdulillah syukur...


moga2 'kesedaran' akan meningkat selepas ini...


I|I INSYALLAH I|I



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard