Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHHIM


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHHIM


"Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah di antaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wallahhuallam, rujukan dari http://planet.time.net.my/TechnologyPark/dimnoth/ZamZamAjaib.html"


p/s: Pengajarannya.......bacalah Bismillah sebelum minum air....mungkin boleh jadi penawar penyakit dan menghindarkan kejahatan
"



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

nah .........kalau tak sedar lagi tak tau ler


ada yg sanggup bayar beratus ringgit nak teguk air kencing setan minum air kencing kuda lagi baik f.o.c   



-- Edited by flash at 00:40, 2006-01-16

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

 


 


SUBHANALLAH!!!!



__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

flash wrote:


nah .........kalau tak sedar lagi tak tau ler ada yg sanggup bayar beratus ringgit nak teguk air kencing setan minum air kencing kuda lagi baik f.o.c    -- Edited by flash at 00:40, 2006-01-16


 




__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

uishhhhhhhh........... susah2 jer pegi kat kolam kumbahan . nak mandi, minum, tapau pun bleh

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

penemuan itu menunjukkan tanda pengiktirafan serta kesahihan ini membuktikan bahawa kuasa ALLAH itu tidak terbatas dan tidak ada suatu pun yg bersekutu dengannya



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Allah Maha Besar...........Allahhuakbarr!!!!!!!

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:

hurm...kebesaran allah...

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

tuhan maha esa...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

lihatlah betapa besarnya kekuasaan allah.xsedar lg xtau laa..


AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR///



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard