Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PAHALA YANG KEKAL


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
PAHALA YANG KEKAL


" APAKAH pahala yang dapat diterima seseorang selepas Kematiannya? Dalam hal ini, diriwayatkan daripada Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapat diterima seseorang selepas mati, iaitu:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yang memakannya sama ada manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya

Selain itu, anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam. Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

insya allah....akan ku ingat pesanan itu///

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Jangan kedekut dgn harta, sesungguhnya harta tidak boleh dibawa mati, yang dibawa mati amalan kita di dunia sahaja.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

insya allah...

__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

semoga kita semua tidak sesat ke kancah maksiat / penghinaan.

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

menjadi bekalan kita...................../// bukan harta yg ku cari

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard